klik !

Sunday, 31 July 2011

Teka-teki , Puas jawapan aku cari

Aku ada satu teka-teki yang kawan aku pernah tanya aku. Aku tak pasti sama ada dia reka ke atau memang dia ada terbaca kat mana-mana.Soalannya senang n simple.


" Atas meja ada makanan, bawah meja ada apa?"


Masa tu kitorang dekat meja makan nak lunch. Puas berfikir jawapannya sementara tunggu air. Aku fed-up setelah jawapan aku beri semua salah.


Dengan tenang, kawan aku :

Soalannya :  "Atas meja ada makanan, bawah meja ada apa?"

Jawapan :  Bawah meja ada.. Taik Hidung

Huahuahua....Ko sental ea???

Saturday, 30 July 2011

Mulut Laser

Kalau kita tengok, sekarang ni negara Malaysia begitu pesat membangun. Orang-orang Malaysia ni pun mestilah membangun sekali. Kalau setakat internet tu orang kata tak ada hallah kalau setakat nak ada kat umah. Bukan benda yang pelik bila dengar perkataan internet tu. Aku yang merupakan anak Malaysia yag selalu jugaklah online ni tiba terperasan habitat yang biasanya remaja buat kat alam maya ni.

Sejak ada facebook di alam maya ni, aku perasan banyak sangat gambar macam ni :

Mulut Muncung :






Kenapa ya muncung2? Kamera ada magnet bibir ke? Ke mulut ada laser untuk dipancar kepada kamera? Sampai tertarik mulut semua. Aku rasa mungkin menahan bau mulut antara satu sama lain? he...

Jelir Lidah :





Mungkin sebab baru lepas makan agaknya. Menjilat2 rasa yang tertinggal kat bibir masing. Tapi aku rasalah kan, diorang ni jenis yang ramai musuh , lepas tu tak berani nak sound depan2. Jadi, diorang guna lah facebook atau blog ke untuk jelir ke arah musuh2 mereka.


Tunjuk gigi :


Ini selalu juga di jumpai di laman2 sosial. Mungkin nak tunjuk baru lepas gosok gigi. Atau pun nak tunjuk gigi cantik.

Biasanya jumpa dalam kalangan perempuan lah. Aku ada jugak cari skill mulut orang laki kalau tangkap gambar. Tapi tak dapat nak detect..haha..Mesti ada mulut yang kata "ah, ko sibuk apehal, lantak la diorang"

Bukan aku nak sibuk. Tapi, bila dah banyak sangat gambar2 macam ni, aku rasa lain macam.Naik bulu roma pun ada. Mungkin bagi diorang ini adalah gambar comel tak pun gambar seksi agaknya. Maaflah, aku tak rasa macam tu. Tapi, mungkin mereka ada alasan yang tersendiri.

Sampai ke hari ni aku masih tertanya2 jawapannya.....errr...ape ye..

Definisi cinta kepada anak Semantan

Cinta itu adalah sesuatu yang ajaib dan menakjubkan. Cinta adalah sesuatu yang perlu di jaga kesuciannya. Malah cinta juga pada aku adalah satu anugerah yang tinggi nilainya kepada manusia-manusia di muka bumi. Ramai yang berkorban demi cinta. Berkorban jiwa, raga, bakul, beg, dan sebagainya. Hanya dengan cinta, senyuman seorang wanita mampu mencair dan meluruhkan hati seorang lelaki yang sememangnya kaya dengan sifat egonya. Cinta menyintai sesama insan sememangnya memerlukan kejujuran dan keikhlasan. Oleh itu...Aku sudah membuat satu keputusan untuk menjadikan salah seorang idola aku dalam hal-hal berkaitan cinta ni. Dia adalah :



Jeng3.......

II
II
II
II
II
II
II
II
VVVV
VVV
VV
V


Abang Salleh Yaacob, sudikah kau menerima aku sebagai anak muridmu? Aku tak kisah bertapa selama mana.



Ya....beliau adalah idola aku buat masa ini. Abang Salleh Yaacob yang sememangnya tak begitu asing lagi dalam menunjukkan skillnya dalam menzahirkan perasaan cintanya kepada wanita-wanita. Ini adalah salah satu cara aku menghargai jasa lelaki yang ajaib ini. Aku ingin mengambil kesempatan mewakili kaum lelaki untuk menyokong penuh abang Salleh Yaakob dalam alam perkahwinannya. Semoga salah seorang anak abang Salleh Yaakob yang ramai tu ( 11 tak silap ) ada yang dapat menggantikan Safee Sali atau Khairul Fahmi ( Apek ) untuk menaikkan lagi taraf bola sepak negara kita ( kecewa kalah dengan Singapura best actor ).




Friday, 29 July 2011

Buah Catur Vs Bola Snooker

Apa ke pelik tajuk entry aku hari ni? haha..Kali ni aku nak tulis mengenai perumpamaan bola snooker dan buah catur.


Dulu aku ada kawan perempuan yang jenis berfikiran yang mungkin terlalu " moden ". Dia pernah cakap kat aku lelaki (suami) ni ibarat macam buah catur. Kita yang akan menentukan macam mana dia bergerak. Bergerak macam tu ke, macam ni ke.. Boleh diletak kat kotak sana, kotak sini mengikut kemahuan mereka ( perempuan ). Ini bukan aku cakap, kawan aku tu cakap..Aku tanya lah "kire ko ni macam queen controllah ek?".Dia jawab " mana ada queen control...ini langkah bahagia dalam rumah tangga"...erk.....apa ke jadah nya langkah kebahagiaan. "Ko nak letak laki kau sana sini sunun sonon". Kira ko controllah tu. "Tak adalah , aku yang akan uruskan kewangan nak bayar bil rumah, bil api, bil  air, bla bla bla laki ni bukan boleh pegang duit..habis jahanam..Aku selit duit sini sikit sana sikit..hehe"

"Oh...yeke?? Kalau macam tu aku nak ibaratkan perempuan ni macam bola snooker".."kenapa pulak?"kawan aku tanya... " ye lah, orang laki boleh tuju bola snooker tu kat mana2 lubang yang laki tu suka...kwang..kwang..."    

kawan aku : " erk???!!"



P/s: Kesimpulannya..dah kahwin nanti kita kenalah saling hormat menghormati, bertolak ansur dan mencari redhaNya. Jadilah pasangan yang soleh...(macam lah aku ni dah kahwin )..haha

Thursday, 28 July 2011

Pesanan buat rockers2

Pesanan ini di tujukan khas buat rockers2 atau "jammers2" kat luar sana ( betul ke ) sempena bulan puasa yang tak lama lagi akan tiba ni..hehe..








Seronok, seronok jugak. Tapi, ibadah jangan lupa. Selamat menyambut bulan Ramadhan semua..:-)

P/s : Maaflah kalau gambar tak menarik.. Kartunis tak bertauliah..he...

Wednesday, 27 July 2011

Ayat double meaning dari wanita

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la... Rasa macam nak jadi awek you je.

Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

Kalau perempuan kata:
Ini motor abang ker?
Makna tersembunyi:
- kereta abang kene tarik ke...?
- MOTOR KAPCAI BURUK ADA HATI NAK BAWAK AKU. KALAU SUPERBIKE KE OK LAH.
- "ko gile nak suruh aku naik moto ni???!" 


P/s : Aku kena berhati2 dengan perempuan lepas ni..Kemungkinan aku nak berkahwin 2,3 atau 4..."Diam2 ubi berisi, diam2 orang ...bisu.."..hehe


*sekadar gurauan...

Mengejar populariti?

Hari ni aku baca entry wancikgumuzik tentang luahan perasaan mengenai pertukaran link antara blogger. Mungkin patut dia marah n sebagainya bila ada sesetengah blogger yang ajak tukar link. *nak tahu lebih, baca di blog beliau.



Selepas baca entry tersebut, aku terfikir mengenai budaya mengejar populariti n femes dalam dunia blog ni. Kadang2 ada sesetengah orang "nampak" sangat mengejar populariti mungkin sebab mungkin nak naikkan pagerank diorang. Sebenarnya aku pun bukan otai pun dalam dunia blog ni. Aku pun main blog sebagai salah satu tempat untuk menulis n mencari info2 yang aku rasa menarik n menambah pengetahuan. Aku dulu pernah juga buat satu entry tentang pendapat aku berkaitan  mencari populariti ( follow memfollow ni ) . Bagi akulah kan, blogger2 sejati adalah blogger yang menulis kerana itu adalah mereka. Sama ada orang nak baca, nak kunjung atau pun tidak itu terpulang . Apabila menulis walaupun penulisan tu tidaklah berkualiti mana, aku rasa kejujuran tu yang penting. Apabila kita jujur dalam menulis, akan ada orang dapat merasakan kejujuran itu. Kebiasaannya yang aku nampak, blogger yang umurnya "senior" menampakkan ciri2 blog yang jujur dalam penulisan. Seperti blog ni, iniini juga dan seangkatan dengannya lebih seronok untuk di baca. Kerana mereka nampak "cool" n matang.  Setiap orang  mesti mempunyai niat mereka sendiri dalam  menulis dan membuat  blog. Berbalik kepada niat asal masing2. Jadilah seperti yang anda nak jadi. Asalkan jangan menyakiti sesiapa, mengutuk sesama sendiri, dan sebagainya. Dan aku  yang tak mengharapkan apa2 pun daripada blog kerdil yang aku miliki ni. :-)

Tuesday, 26 July 2011

Hapoh Mentidok !!

Hari ni aku pergi mengail lagi dengan titah n nudin. Masuk bulan Ramadhan ni memang tak ada can la aku nak gi ngail. Sebab nanti nok niaga kan. Tapi, hasil tangkapan kali ni memang menghampakan. Kalau kate orang pahang dabus lalu atau hapoh mentidok !.. Dalam bahasa malaysia nya "tak kena langsung". Di atas kekecewaan kerana menunggu ikan hampir 2 jam, naik2 ke darat Pak Abu ajak ke rumah makan durian n rambutan. Malu2 kucing lah mula2, lepas tu,..ha...amik ko, boleh tahan banyaknya durian kitorang tibai. Siap pak Abu kasi bawak balik lagi ramburan n durian sebab banyak sangat lebih. Tiba-tiba terfikir nak buat entry untuk malam ni pulak. Aku pun snap la gambar pakai anset titah . :

30% daripada yang kitorang makan..hehe


Kita minum dulu..lama tak minum pakai kulit durian...

Tiba-tiba .........

ada sesuatu berlaku di luar dugaan ...... Satu keajaiban telah berlaku......

Nak tahu ...?? 

Tengok dan lihat :

                                                                                 II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
VVVVV
VVVV
VVV
VV
V











Macam mana?

Jangan biarkan hidup anda diselubungi dengan misteri..................................................

Dekat sejam pusing cari beras

Hari ni 26/7/2011. Aku pergi mencari beras untuk keluarga. Biasa lah, orang yang tak berapa nak kaya ni, mesti lah cari beras yang murah kan. Sebabkan memang beras itu adalah pilihannya, aku pun mencari2 kat beberapa pasar raya sekitar bandar Temerloh ni. Asal aku tengok jek, tinggal tanda harga jek. Semua pasaraya macam tu. Dah lama sebenarnya beras tu aku tak jumpa sebab ingatkan memang dah habis. Sebab kebiasaannya memang beras Nasional ni lah pilihan orang ramai. Masuk hari ni dah sebulan aku tak jumpa beras Nasional tu. Lama jugak aku memusing kat tempat beras cari satu2 ( sambil cover ) .hehe...Balik rumah aku pun search internet aku terjumpa satu berita mengatakan


Beras Nasional






 "BERMULA JUN 2011 - DIMAKLUMKAN SUBSIDI BERAS 15% (BERAS NASIONAL)10KG DI TARIK BALIK OLEH KEMENTERIAN PERTANIAN..." Patutlah tak jumpa2 , rupa2nya memang dah tak keluar kat pasaran. 

Maknanya kena beli beras lain lah ni. Family aku dahlah macam naga. Beras 10kg tu berapa lama lah sangat bertahan. haha........

Monday, 25 July 2011

Cerita Dari Temerloh

telur ayam



telur itik











Setelah puas mengelilingi Pekan Sehari Temerloh yang panjang,  seorang pengunjung singgah di gerai menjual telur. Memandangkan gerai tersebut menjual telur dalam kuantiti yang banyak, beliau berhasrat untuk membeli telur. Mungkin harganya lebih murah daripada harga telur di pasaraya.


Pembeli: “Dik, telo sesarang berape?”

Penjual: “Telo ayam ker telo itik?”

Pembeli: “Telo ayam la.”

Penjual: “Telo ayam bese ke telo ayam kampung?”

Pembeli: “Ayam bese la,banyok pulok tanye budok ni..”  (Dalam hati : Nok nege ke dok?)

Penjual: “Yang tempatan ke yang import?”

Pembeli: “Yg tempatan laaaaaa (bengang).”

Penjual: “Yang tempatan..  Emm.. hok yang dari Ceno ke Temerloh ke Bera? Hok Maran pun ander..”

Pembeli: “Yang Ceno pon boleh lah...” (Sambil terlihat kesal).

Penjual: “Hok yang Ceno tebing ke darat, ke hok seberang sane?”

Pembeli: “Aok nie nak njual telo ke nak mmbuat pedo’oh?”

Penjual: “Pak cik, koi ni jual mee rebus kat sebeloh ter. Kebetulan hok jual telo pergi makan. Nyer suruh koi melayan orang nok membeli sampai dia datang. Dia tok suruh koi juei pon.. Koi layan je la… Tu la paseinyer.. Hehehe …”

Pembeli: “Ander jugek yak bertelo daie ni karang….”

Hehehe...

Sumber : I Love Pahang

Sunday, 24 July 2011

Ayat Loghat Pahang

Ada beberapa orang yang ada mesej kat shoutbox aku mengatakan mereka adalah anak Pahang tapi tak pandai cakap Pahang. Antaranya cik Syaza ni. Jadi, aku tiba2 terasa nak buat satu entry berkenaan dengan lorat Pahang ( walaupun x pakar sangat ). Sebab mengikut kajian dari jabatan sastera UKM , bahasa2 ni di katakan akan pupus di telan zaman tak lama lagi. Bila nak pupus tu tak tahu lah. Sebelum tu nak bagi tahu, setiap daerah mempunyai cara, intonasi, dan gaya yang berbeza dalam menuturkan lorat Pahang ni. Antara ayat2 yang aku ada reka sendiri n ciplak :



-Abis rebeh dah keter koi kena langgor, cat pun dah longkoh, bumper terkeleweh jer.. sakit ngat ati... kek nyer bila dapat makan emping sira.. ngan emping gaul ngan nyor, hilang sikit rasa nak wat terejai kat oghang yang 
langgor keter ter.....

-"Kala anok nok makan sedak, pilih la derian yak betimbang neh.. koi berani jaming la, isi tebei.. kuning.. Kala rase nok buat tempoyok, ha.. amik hak belonggok ni buleh, hak dalang bakoi ni pun buleh... sepuluh hinggit koi bagi sebakoi.. kala tok cukuk koi pegi amik lagi... banyok lagi de kebun nu. Hak belong gugor pon banyok..." 

-" Aok nok kone te weh? "tanye Ali, Ahmad jawab " Tok kone2 nye, koi saje berjalan ke pasor tadi.

-" Ngape aokme seme bising ngat ni? Koi baru nok layor "

-" Ngape mok Bedoh te perasan ngat? Mencing ngat ke dia te?"

-"Koi kala meling sikit, penoh kere dok masuk kebun kawan"

-"Sedak amat yak gulei tempoyok mok aok masok. Sampei sekarang gecor koi rase"

-:"Aok ni ngape meraban jek bercakap? Gaye orang mabok..Ah ye btoi"

-"Aok mende kelakornya sekarang ni?" tanye Mamat. Amir balas " Koi gini lah gayanya, dok noreh jek la"

-"Aok nok minum mende weh?" jawab nya " koi nok koi sebut la/ Keh nok keh sebut la"



Itu antara contoh ayat yang agak pekat ( ada yang lagi pekat ). Sengaja share. Mana lah tahu kot2 kajian UKM tu betul2 jadi kan. :-)


Contest zaman kanak-kanak

Tadi saje blogwalking. Terjumpa contest ni. Nak memeriahkan lagi :-). hehe.. kalau menang rezeki la kan..

Klik Sini
Cerita aku masa budak2 kat sini

Nak tag :

Amallina
Ezza Haniza
Adib

Nak join ? Klik sini

Tokoh-tokoh Temerloh


tempat pertembungan antara sungai Pahang-Sungai Semantan 


Bandar Temerloh yang dahulunya di kenali sebagai Kuala Semantan telah melahirkan ramai tokoh-tokoh dalam negara. Temerloh mendapat nama daripada perkataan orang Melayu asli iaitu “mereloh” atau tidur. Menurut cerita orang-orang tua, pada zaman dahulu seorang putera raja dari Kerajaan Minangkabau bernama Sujudbilang telah singgah di sebuah kawasan dan berkahwin dengan orang asli di situ. Baginda kemudian membuka satu kawasan baru untuk dijadikan penempatan di tebing Sungai Pahang. Sewaktu meneroka kawasan tersebut, mereka turut menyediakan satu kawasan khas untuk tidur pada waktu malam. Oleh sebab keadaan kawasan yang terlalu sempit, maka mereka “mereloh” atau tidur secara beramai-ramai. Daripada peristiwa itulah, maka perkataan “Tempat Mereloh” telah digunakan sebagai nama kawasan itu yang kemudian ditukar menjadi Temerloh kerana ia lebih ringkas dan mudah untuk diingati. Tokoh-tokoh yang dikenang dalam lipatan sejarah yang berasal dari tanah Semantan ini adalah :

1 )  Datuk Bahaman atau lebih dikenali sebagai Orang Kaya Semantan berserta pengikutnya menentang penjajahan British di Pahang
2 ) Dato Abdul Rahman Talib, mantan Menteri Pelajaran Malaysia yang pertama yang bertanggungjawab memperkenalkan Laporan Abdul Rahman Talib untuk memperbaiki sistem pendidikan di Tanah Melayu.
3 ) Ishak Haji Muhammad atau dikenali sebagai Pak Sako (nasionalis negara ). Beliau juga adalah pemimpin Parti Kebangsaan Melayu Malaya ( PKMM ) bersama dengan Dr. Burhanuddin Al-Helmy.
4 ) Ibrahim Bin Haji Yaakob ( namanya di padam dalam lipatan sejarah ). Beliau adalah presiden KMM (Kesatuan Melayu Muda ) yang menentang pentadbiran British.
5 ) Penyanyi tersohor iaitu Allahyarham Sudirman Haji Arshad dan Datuk Siti Nurhaliza.
6) Zuhir Bin Haji Saari 9 ( Film Director )
7) Dr Amirudin Bin Haji Mansor ( Penyair tersohor )
8) Tan Sri Haji Yahya Bin Mohd Seh iaitu menteri besar negeri Pahang.
9) Datok Tok Muda Awang Ngah iaitu wakil dewan undangan negeri
10) Tan Sri Sabaruddin Bin Cik ( Bekas Menteri )
11Pak Abdullah Ibrahim yang juga dikenali dengan nama Tahir  menganggotai Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Malaya,PKM ( Orang kampung aku ). Pernah menceritakan perih kehidupan sehingga terpaksa masuk PKM atas dasar perjuangan menentang British.

Dato Bahaman

Pak Sako


Ibrahim Yaakob


Pak Abdullah Ibrahim



Kebanyakkan tokoh-tokoh ini sudah menghembuskan nafas terakhir. Semoga roh mereka berada dalam kalangan orang yang soleh. Al-Fatihah.

Saturday, 23 July 2011

Korang join MLM tak?


Korang ada tak yang pernah join skim MLM atau di kenali sebagai skim piramid ni? Biasanya benda-benda macam ni banyak di jumpai kat universiti-universiti sebab sudah semestinya mereka target budak2 muda yang akan gelap mata bila sebut pasal duit ni. Lagi satu sebab budak-budak U ni biasanya berduit. Tak kisahlah duit JPA ke, PTPTN ke duit biasiswa ke yang penting mereka pasti ada duit. Sebab tu MLM ni tumbuh bagaikan cendawan kat IPTA2 di Malaysia ni. Antara MLM yang biasa aku dengar dan tengok budak-budak U atau pun orang kat kedai mamak ngeteh2 selalu cakapkan :

1) Ads4Bucks
2) Air Mizam
3) Al-Jabbar
4) Aleacorp
5) Al-Jannah Global Marketing
6) AUCMS
7) FX Capital
8) Hai-O
9) HyprobulkSMS
10) Infinity Downline
11) Makanan / Jus Kesihatan
12) Mobile Prepaid MLM
13) Skor A
14) Transfer Factor
15) Virgin Gold Mining Corp

Ini adalah antara yang aku tahu. Aku yakin sebenarnya berlambak-lambak lagi skim2 piramid kat luar sana. Ada seetengah orang kata benda-benda seperti ni boleh buat duit. Bagi aku, orang atasan memang untung ( Kadang2 berlakon kaya ). Orang-orang bawah yang melopong. Fikir lojik, nak pergi dengar ceramah pun kena bayar. Duit tu untuk sape? Mesti untuk penceramah dan kuncu2nya betul tak? Jadi, aku rasa sangat was-was sebab dah ramai budak-budak ajak aku join benda2 ni.  Tapi aku ada beberapa maklumat yang akan menyebabkan kenapa aku begitu was-was dengan skim2 eperti ini.  Walaupun aku tak dapat nak kupas satu persatu tetapi ada beberapa syarikat yang mana aku akan kongsikan sedikit maklumat yang ada.

Syarikat Hai-O 
Mengatakan syarikat ini syarikat Bumiputera dan terdiri dari golongan-golongan alim. 

Antara projeknya adalah Akademi Elit ini yang mana di gunakan dalam menarik ramai lagi ahli masuk dalam skim piramid diorang.




Dalam carta organisasi nya, ini adalah yang tertera :


 Tak nampak macam MLM atau macam sistem piramid. Tetapi hakikatnya :

 Dan yang lebih menarik, rupa2nya taiko besar Hai O ni adalah mereka2 ini :


Bukan nak cakap atas dasar perkauman. Tapi anda nilai sendiri, di mana nama Melayu nya di atas ni. Yang pasti orang Melayu duduk di bawak mencari downline dan terus mencari sampailah duit akan dibekukan kerajaan sebagaimana yang terjadi kepada Buluh Mas dan sebagainya.Nilai sendiri.

Skor A
Kebiasaannya memanglah niat syarikat ini baik iaitu memberi tuition dalam talian internt. Tetapi, apabila produk ini di jual dengan cara MLM , harganya mencecah 5 ke 6 kali ganda. Iklan latihan tuition sampai beribu2. Sebenarnya harganya rendah berbanding dengan di bawah ini :


 Kebiasaannya, syarikat ni menggunakan lambang Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebenarnya ada maklumat mengatakan ada isu saman menyaman antara Tan Sri yang bertanggungjawab dengan pengasas Skor A ni. Tapi, saya tak berani untuk mengeluarkan apa-apa maklumat. Takut di saman pihak-pihak tertentu. Yang pasti setakat ni dah 3 ke 4 orang dah ajak aku masuk bisnes Skor A ni. Dari lah budak U, kawan lama, sampaikan orang kampung sendiri. Tapi, aku tolak dengan berkhemah dan berdedikasi ( Bajet jek ). Antara petikan akhbar berkenaan dengan syarikat ini :




Simpanan Habis Lebur
Oleh Norfaisal Jahuri 
am@hmetro.com.my

MELAKA: Niat dua pelajar sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negeri ini untuk mencari pendapatan lebih dengan melaburkan simpanan mereka menerusi skim tuisyen dalam talian lebur apabila mendakwa tertipu dengan tawaran terbabit.

Loh Yee Huan dan Haw Chin Whay masing-masing berusia 20 tahun mendakwa kerugian RM2,488 setiap seorang apabila dijanjikan menjual kad prabayar yang mengandungi kata laluan dan nama pengguna (ID) bagi menggunakan portal tuisyen terbabit.

Sebaliknya, beberapa hari selepas itu, mereka mendakwa perlu mencari orang bawahan (downline) bagi melabur untuk skim terbabit dan bukan menjual produk itu.

Menurut Loh, mereka dipelawa bekas rakan sekolah menyertai seminar mengenai peluang perniagaan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, di sini, pada penghujung April lalu.

Katanya, dalam seminar itu penceramah memberi penerangan bagaimana menambah pendapatan dengan menjual perkhidmatan tuisyen dalam talian bagi kegunaan pelajar sekolah menengah.

“Keesokan harinya kami dibawa bertemu seorang pengurus kumpulan skim terbabit dan dia menawarkan dua pilihan sama ada mencari pelabur bagi membentuk ‘downline’ atau menjual produk.

“Disebabkan masih belajar, mustahil kami mampu mencari pelabur lalu kami bersetuju menyertai dengan memilih menjual produk dan membayar RM2,488 sebelum diberikan lima kit mengandungi kata laluan dan ID untuk dijual kepada pengguna,” katanya yang ditemui selepas mendapatkan khidmat nasihat daripada Penasihat Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Chua Kim Tee, di sini, semalam.

Loh yang juga pelajar jurusan diploma sistem informasi perniagaan berkata, kit itu boleh dijual dengan harga RM790 sekeping kepada sesiapa saja.

Bagaimanapun, dakwanya beberapa hari selepas itu dia dipanggil menyertai satu mesyuarat dan dalam pertemuan itu pengurus kumpulannya memberitahu mereka perlu menyenaraikan nama rakan untuk diajak melabur bagi skim terbabit.

“Kami hairan mengapa kami dikehendaki mencari pelabur sedangkan pada awalnya kami perlu menjual produk mereka.

“Kerana tidak bersetuju dan tidak mahu rakan lain tertipu, saya dan Haw enggan meneruskan jualan produk itu,” katanya.

Dakwanya, mereka diberi tempoh bertenang 10 hari oleh syarikat terbabit dan jika tidak berminat, semua yuran yang dibayar akan dipulangkan.

“Tetapi, apabila kami menghubungi pengurus kumpulan terbabit dia memberi alasan sibuk dengan mesyuarat sehingga melepasi 10 hari.

“Apabila ditanya kepada orang bawahannya mereka memberitahu tempoh bertenang sudah tamat dan mereka tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya. Sementara itu Chua berkata, dia meminta dua pelajar terbabit membuat laporan polis sebelum membawa mereka ke pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri.

“Saya juga menasihati mereka supaya membuat tuntutan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM),” katanya.

Itu adalah antara petikan akhbar berkenaan. Isunya sekarang, kita semestinya tahu akan kaum Cina yang sememangnya mempunyai kesedaran dalam isu tuntutan pengguna. Mereka berasa tertipu dan bercadang untuk melaporkan kepada pihak bertanggungjawab. Tapi orang Melayu ada yang cuba mengambil tindakan? Yang tertipu kebanyakkannya hanya berdiam diri malah ada bergaduh sesama kawan , saudara mara, dan sebagainya. Mereka seharusnya melaporkan kepada TTPM . Setiap laporan menggambarkan tahap keseriusan sesebuah kes itu.




HyprobulkSMS
Ini antara syarikat yang hampir-hampir memperdayakan aku satu ketika dulu. Tapi, Alhamdulillah selepas aku kaji dan semak semula aku membuat kesimpulan syarikat ini sama sahaja seperti syarikat MLM yang lain. Cuma mereka ini berasaskan produk alam maya ( SMS ). Aku pernah berjumpa dengan orang besar HyprobulkSMS ni semasa kat Melaka. Memang ada gaya dan mampu mengabui mata ramai orang. Aku tak masuk, tetapi kawan2 aku ada yang masuk. Berita sedihnya kawan aku yang berusaha gigih ke arah wang ini tiba2 mendapat tahu duitnya di bekukan . Tak boleh membuat transaksi. Jangan tanya aku kenapa dan mengapa jadi begitu. Kawan aku tak nak cerita dengan lebih lanjut, tetapi aku membuat kesimpulan sendiri sememangnya syarikat ini sudah mengalami masalah.


 Ini antara yang aku jumpa lah. Mungkin ada sebab kenapa SSM menolak permohonan mereka. Pasti ada ketirisan dan sebagainya.


Log In Facebook
Ini antara yang aku tak dapat maklumat. Tapi ramai yang mengajak aku masuk dah. Sampai ke hari ni, budak2 yang pernah ajak aku masuk ni pinjam duit aku jugak. Nak kata kaya tak kaya2 pun. Ayat aje manis.Aku dah kata benda2 ni hanya mengayakan orang atas je. Dan jelas2 infinity downline ni kena cari orang baru dapat duit. SAH-SAH MLM kan.





Bukan nak melemahkan semangat ( andai ada mana-mana ahli terbaca ), cuma rasa bertanggungjawab untuk share apa yang patut. Tetapi memang kita dapat tengok hari ni banyak Skim MLM yang kena tindakan pihak berkuasa. Tak campur budak2 U berhenti belajar sebab syarikat MLM ni result teruk punya pasal. Ingatlah. Kita gi U untuk belajar bukan bekerja keras untuk orang atas.  Tak campur lagi yang berbalah dengan keluarga sendiri sebab pinjam wang sana sini. Jangan kata aku cakap kosong. Dah ramai budak2 aku jumpa. Sampai tiap2 malam ada meeting dan "WAJIB" pergi pun ada. Kena push dengan orang atas. Wallahhualam.

Ada akal kita fikir.

History Of The Official

Dulu aku ada buat entry mengenai band lagenda dalam industri muzik underground iaitu ACAB. Hari ni aku nak cerita mengenai band yang sezaman dengan diorang iaitu The Official. Mungkin korang tak pernah menengar nama band-band ni, tapi bagi budak2 underground, nama diorang memang tak asing lagi.




Pada tahun 1997, Hasnol (gitar) dan Congo (Bass) memutuskan untuk membentuk sebuah band. Hasnol menjemput Bum untuk mengisi posisi drum dan tidak lama selepas itu Hasnol mengajak Magoo untuk menjadi vokalis band. Pada masa itu, kedua-duanya iaitu Magoo dan Bum mempunyai komitmen yang lain. Magoo masih dengan band Invidious manakala Bum bermain dengan Lollypop. Kedua-dua Indivious dan Lollypop jatuh dan  menyebabkan Magoo dan Bum memberikan semua komitmen kepada The Official. Empat daripada mereka mula bekerja keras selama sebulan sehingga mereka membuat keputusan bahawa mereka bersedia untuk pergi ke  studio rakaman. The Official mencatat 5 lagu-lagu untuk Strange Culture Record (kini dikenali sebagai Clockwork Record ). JB Riot Skins EP pertama mereka pun dilahirkan. EP ini  mendapat sambutan  dari seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Singapura.Ini adalah satu pencapaian yang besar. Tetapi ini hanya permulaan bagi mereka. Kira-kira satu tahun kemudian, bersenjatakan dengan muzik yang lebih baru dan lebih baik, The Official menghasilkan album pertama mereka iaitu Remember Yesterday. Muzik mereka kali ini jauh berbeza daripada  EP pertama mereka. Kesemua mereka telah berlatih bersungguh-sungguh dan bekerja keras lalu membuahkan hasil apabila album mereka muncul dengan bunyi gitar yang ketat, garis bass yang tidak dapat dilupakan dan lirik lagu yang menarik. Lagu-lagu seperti MyLand, Proud To Be Malaysian dan Remember Our Roots menjadi kegemaran  orang ramai di gig-gig.


Magoo

Pada akhir 1999, Hasnol meninggalkan band ini dan Sarah melangkah menggantikannya sebagai gitaris. Mereka masih mampu untuk bermain di beberapa gig walaupun mempunyai komitmen mereka sendiri. Mereka mencatatkan album "Live n Loud" dan  "This is Oi!"  di KL pada 11 Nov 2000. Tetapi masalah dengan rakaman menyebabkan rancangan untuk menerbitkan album Loud n Live gagal. The Official mula berdiam diri pada awal tahun 2001 atas alasan peribadi dan komitmen. Walau bagaimanapun, selepas sentiasa mendapat dorongan kawan-kawan, Magoo dan Sarah memutuskan untuk membuat kemunculan semula  akhir tahun 2001. Mereka merekrut Amir sebagai gitaris, Rizal pada drum dan Azim pada Bass. Selepas itu, mereka merakamkan EP kedua yang bertajuk "A Tribute To Jb Riot". Selepas mengeluarkan  EP kedua mereka, masalah yang tidak diduga memaksa Rizal dan Azim untuk meninggalkan band ini.The Official mencatat album ke 2 "You'll Never See The Last Of Us" dengan bantuan rakan rapat untuk bermain  pada drum manakala Amir meliputi dua tugas iaitu bermain bass dan gitar. The Official kini band yang bergantung kepada rakan-rakan rapat untuk sumbangan mereka pada drum dan bass. Yang terbaru pada tahun 2006, mereka mengeluarkan satu lagi album yang dinanti2kan oleh peminat yang bertajuk "Reality Rock N Roll". Album ini memberikan satu kelainan daripada album-album mereka sebelum ini. Muzik yang lebih matang dan sempoi telah mereka ketengahkan.  Selepas dari itu, sehingga ke hari ini mereka masih mendiamkan diri . Lagu yang bertajuk " Terima Kasih Semua" dalam album terbaru itu seolah-olah menyampaikan mesej bahawa mereka ingin berundur dan sebagai tanda penghargaan kepada peminat-peminat mereka. Walaubagaimanapun, masih ramai peminat di luar sana yang mengharapkan The Official mempersembahkan lagi karya mereka.

Friday, 22 July 2011

Malam yang sunyi





Malam ni aku rasa sunyi sangat. Tak tahu kenapa. Banyak benda bermain di fikiran. Jiwa gundah gulana, hati terasa berat menunggu hari esok. Kadang-kadang terasa macam tin kosong pulak. Petang tadi dapat juga tenangkan fikiran dengan kawan2 mandi sungai sekali. Bila duduk sorang2 pasti rasa macam ni. Apa salah aku? Kenapa dengan aku? Aku pun tak tahu. Mungkin banyak sangat benda kat kepala ni. Duduk sorang2 baru teringat Nisfu Syaaban dah lepas. Ramadhan pulak lepas ni. Cakap pasal sunyi ni tiba-tiba aku teringat Imam Ghazali pernah menulis, “ketika kau kesepian jangan kau katakan aku sunyi… tetapi katakan pada diri, di sisiku sentiasa ada Pemerhati!”  . Dunia ni tidak lepas dari rasa sunyi kerana kita hanya manusia biasa. Kadangkala kita sendiri tak mampu menafsirkan perasaan itu. Ia sendiri hadir dan berlalu pergi. Entahlah. Ada juga blog sekurang2nya untuk menulis apa yang terbuku di hati ni. 

Moga hidup ni tak sunyi dari rahmat dan redhaNya. Amin...

Followers