klik !

Saturday, 23 July 2011

Korang join MLM tak?


Korang ada tak yang pernah join skim MLM atau di kenali sebagai skim piramid ni? Biasanya benda-benda macam ni banyak di jumpai kat universiti-universiti sebab sudah semestinya mereka target budak2 muda yang akan gelap mata bila sebut pasal duit ni. Lagi satu sebab budak-budak U ni biasanya berduit. Tak kisahlah duit JPA ke, PTPTN ke duit biasiswa ke yang penting mereka pasti ada duit. Sebab tu MLM ni tumbuh bagaikan cendawan kat IPTA2 di Malaysia ni. Antara MLM yang biasa aku dengar dan tengok budak-budak U atau pun orang kat kedai mamak ngeteh2 selalu cakapkan :

1) Ads4Bucks
2) Air Mizam
3) Al-Jabbar
4) Aleacorp
5) Al-Jannah Global Marketing
6) AUCMS
7) FX Capital
8) Hai-O
9) HyprobulkSMS
10) Infinity Downline
11) Makanan / Jus Kesihatan
12) Mobile Prepaid MLM
13) Skor A
14) Transfer Factor
15) Virgin Gold Mining Corp

Ini adalah antara yang aku tahu. Aku yakin sebenarnya berlambak-lambak lagi skim2 piramid kat luar sana. Ada seetengah orang kata benda-benda seperti ni boleh buat duit. Bagi aku, orang atasan memang untung ( Kadang2 berlakon kaya ). Orang-orang bawah yang melopong. Fikir lojik, nak pergi dengar ceramah pun kena bayar. Duit tu untuk sape? Mesti untuk penceramah dan kuncu2nya betul tak? Jadi, aku rasa sangat was-was sebab dah ramai budak-budak ajak aku join benda2 ni.  Tapi aku ada beberapa maklumat yang akan menyebabkan kenapa aku begitu was-was dengan skim2 eperti ini.  Walaupun aku tak dapat nak kupas satu persatu tetapi ada beberapa syarikat yang mana aku akan kongsikan sedikit maklumat yang ada.

Syarikat Hai-O 
Mengatakan syarikat ini syarikat Bumiputera dan terdiri dari golongan-golongan alim. 

Antara projeknya adalah Akademi Elit ini yang mana di gunakan dalam menarik ramai lagi ahli masuk dalam skim piramid diorang.




Dalam carta organisasi nya, ini adalah yang tertera :


 Tak nampak macam MLM atau macam sistem piramid. Tetapi hakikatnya :

 Dan yang lebih menarik, rupa2nya taiko besar Hai O ni adalah mereka2 ini :


Bukan nak cakap atas dasar perkauman. Tapi anda nilai sendiri, di mana nama Melayu nya di atas ni. Yang pasti orang Melayu duduk di bawak mencari downline dan terus mencari sampailah duit akan dibekukan kerajaan sebagaimana yang terjadi kepada Buluh Mas dan sebagainya.Nilai sendiri.

Skor A
Kebiasaannya memanglah niat syarikat ini baik iaitu memberi tuition dalam talian internt. Tetapi, apabila produk ini di jual dengan cara MLM , harganya mencecah 5 ke 6 kali ganda. Iklan latihan tuition sampai beribu2. Sebenarnya harganya rendah berbanding dengan di bawah ini :


 Kebiasaannya, syarikat ni menggunakan lambang Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebenarnya ada maklumat mengatakan ada isu saman menyaman antara Tan Sri yang bertanggungjawab dengan pengasas Skor A ni. Tapi, saya tak berani untuk mengeluarkan apa-apa maklumat. Takut di saman pihak-pihak tertentu. Yang pasti setakat ni dah 3 ke 4 orang dah ajak aku masuk bisnes Skor A ni. Dari lah budak U, kawan lama, sampaikan orang kampung sendiri. Tapi, aku tolak dengan berkhemah dan berdedikasi ( Bajet jek ). Antara petikan akhbar berkenaan dengan syarikat ini :




Simpanan Habis Lebur
Oleh Norfaisal Jahuri 
am@hmetro.com.my

MELAKA: Niat dua pelajar sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negeri ini untuk mencari pendapatan lebih dengan melaburkan simpanan mereka menerusi skim tuisyen dalam talian lebur apabila mendakwa tertipu dengan tawaran terbabit.

Loh Yee Huan dan Haw Chin Whay masing-masing berusia 20 tahun mendakwa kerugian RM2,488 setiap seorang apabila dijanjikan menjual kad prabayar yang mengandungi kata laluan dan nama pengguna (ID) bagi menggunakan portal tuisyen terbabit.

Sebaliknya, beberapa hari selepas itu, mereka mendakwa perlu mencari orang bawahan (downline) bagi melabur untuk skim terbabit dan bukan menjual produk itu.

Menurut Loh, mereka dipelawa bekas rakan sekolah menyertai seminar mengenai peluang perniagaan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, di sini, pada penghujung April lalu.

Katanya, dalam seminar itu penceramah memberi penerangan bagaimana menambah pendapatan dengan menjual perkhidmatan tuisyen dalam talian bagi kegunaan pelajar sekolah menengah.

“Keesokan harinya kami dibawa bertemu seorang pengurus kumpulan skim terbabit dan dia menawarkan dua pilihan sama ada mencari pelabur bagi membentuk ‘downline’ atau menjual produk.

“Disebabkan masih belajar, mustahil kami mampu mencari pelabur lalu kami bersetuju menyertai dengan memilih menjual produk dan membayar RM2,488 sebelum diberikan lima kit mengandungi kata laluan dan ID untuk dijual kepada pengguna,” katanya yang ditemui selepas mendapatkan khidmat nasihat daripada Penasihat Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Chua Kim Tee, di sini, semalam.

Loh yang juga pelajar jurusan diploma sistem informasi perniagaan berkata, kit itu boleh dijual dengan harga RM790 sekeping kepada sesiapa saja.

Bagaimanapun, dakwanya beberapa hari selepas itu dia dipanggil menyertai satu mesyuarat dan dalam pertemuan itu pengurus kumpulannya memberitahu mereka perlu menyenaraikan nama rakan untuk diajak melabur bagi skim terbabit.

“Kami hairan mengapa kami dikehendaki mencari pelabur sedangkan pada awalnya kami perlu menjual produk mereka.

“Kerana tidak bersetuju dan tidak mahu rakan lain tertipu, saya dan Haw enggan meneruskan jualan produk itu,” katanya.

Dakwanya, mereka diberi tempoh bertenang 10 hari oleh syarikat terbabit dan jika tidak berminat, semua yuran yang dibayar akan dipulangkan.

“Tetapi, apabila kami menghubungi pengurus kumpulan terbabit dia memberi alasan sibuk dengan mesyuarat sehingga melepasi 10 hari.

“Apabila ditanya kepada orang bawahannya mereka memberitahu tempoh bertenang sudah tamat dan mereka tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya. Sementara itu Chua berkata, dia meminta dua pelajar terbabit membuat laporan polis sebelum membawa mereka ke pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri.

“Saya juga menasihati mereka supaya membuat tuntutan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM),” katanya.

Itu adalah antara petikan akhbar berkenaan. Isunya sekarang, kita semestinya tahu akan kaum Cina yang sememangnya mempunyai kesedaran dalam isu tuntutan pengguna. Mereka berasa tertipu dan bercadang untuk melaporkan kepada pihak bertanggungjawab. Tapi orang Melayu ada yang cuba mengambil tindakan? Yang tertipu kebanyakkannya hanya berdiam diri malah ada bergaduh sesama kawan , saudara mara, dan sebagainya. Mereka seharusnya melaporkan kepada TTPM . Setiap laporan menggambarkan tahap keseriusan sesebuah kes itu.




HyprobulkSMS
Ini antara syarikat yang hampir-hampir memperdayakan aku satu ketika dulu. Tapi, Alhamdulillah selepas aku kaji dan semak semula aku membuat kesimpulan syarikat ini sama sahaja seperti syarikat MLM yang lain. Cuma mereka ini berasaskan produk alam maya ( SMS ). Aku pernah berjumpa dengan orang besar HyprobulkSMS ni semasa kat Melaka. Memang ada gaya dan mampu mengabui mata ramai orang. Aku tak masuk, tetapi kawan2 aku ada yang masuk. Berita sedihnya kawan aku yang berusaha gigih ke arah wang ini tiba2 mendapat tahu duitnya di bekukan . Tak boleh membuat transaksi. Jangan tanya aku kenapa dan mengapa jadi begitu. Kawan aku tak nak cerita dengan lebih lanjut, tetapi aku membuat kesimpulan sendiri sememangnya syarikat ini sudah mengalami masalah.


 Ini antara yang aku jumpa lah. Mungkin ada sebab kenapa SSM menolak permohonan mereka. Pasti ada ketirisan dan sebagainya.


Log In Facebook
Ini antara yang aku tak dapat maklumat. Tapi ramai yang mengajak aku masuk dah. Sampai ke hari ni, budak2 yang pernah ajak aku masuk ni pinjam duit aku jugak. Nak kata kaya tak kaya2 pun. Ayat aje manis.Aku dah kata benda2 ni hanya mengayakan orang atas je. Dan jelas2 infinity downline ni kena cari orang baru dapat duit. SAH-SAH MLM kan.





Bukan nak melemahkan semangat ( andai ada mana-mana ahli terbaca ), cuma rasa bertanggungjawab untuk share apa yang patut. Tetapi memang kita dapat tengok hari ni banyak Skim MLM yang kena tindakan pihak berkuasa. Tak campur budak2 U berhenti belajar sebab syarikat MLM ni result teruk punya pasal. Ingatlah. Kita gi U untuk belajar bukan bekerja keras untuk orang atas.  Tak campur lagi yang berbalah dengan keluarga sendiri sebab pinjam wang sana sini. Jangan kata aku cakap kosong. Dah ramai budak2 aku jumpa. Sampai tiap2 malam ada meeting dan "WAJIB" pergi pun ada. Kena push dengan orang atas. Wallahhualam.

Ada akal kita fikir.

5 comments:

i'm ezza haniza said...

mcm2 MLM nyeee...

Arpiiz said...

dulu pernah juga orang ajak, tapi malas lah..

~milo~ said...

milo pn same, dh byk org ajak, tapi x berkenan dgn cara ni..

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

MLM oh MLM

mcm mcm lah ye :)

نورفايزه مادارو said...

Hihihi...sy join MLM, tpi bukan sebab tertarik dengan pulangan yang diberikan ...insyaALLAH sy join sebab tertarik dengan produk sahaja, walaupun syarikat tu ad bnyak produk...

saya tetap fokus kepada 1 produk tu, sehingga kini kalau sya dapat alaun pun dari syarikat tu...sy akan belikan sapa2 yang memerlukan (orang sakit )lebih2 lagi family sy...

nk ikut dengar ceramah ke ape ke, study pasal produk tu pun sy tak pernah bayar sesen pun :D.. insyaALLAH klau niat kita betul..xkan ALLAH pesongkan niat kita ;D

Followers