klik !

Friday, 6 May 2011

Pendapat Korang Tentang Follower?

Apa pendapat korang tentang follower dalam blog? Kuantiti atau kualiti follower? Begitu juga dengan kita. Blog-blog yang kita follow. Adakah kita sekadar follower yang pasif atau sebaliknya? Aku ada terjumpa blogger-blogger yang mengatakan mereka sememangnya minat menulis, ada yang mengatakan sengaja mahu suka-suka, dan tak kurang juga yang buat blog sebab mengikut kawan-kawan yang  sibuk berblogger.Kalau korang pulak macam mana? Setakat ni dari pengamatan aku yang tak seberapa ni, aku nampak ada sesetengah blogger begitu asyik mengejar follower. Ada sesetengah blog pula buat ayat " blog ini tidak mengamalkan follow n follow back ". Sampai ada ke tahap macam tu. Mungkin sibuk dengan follower. Kalau follower nya beribu-ribu macam mana nak melayan sorang-sorang kan? Bagi aku,  follow dan memfollow tu bagus kerana dapat mengeratkan ukhwah sesama blogger. Kita saling memeriahkan page antara satu sama lain. Tetapi ada sesetengah tu hanya bukak page tekan follow, tapi lepas tu diam macam tu je. Tiada ukhwah yang diharapkan sesama blogger. Memang bukan semua tapi ada sesetengahnya yang macam tu.  Kita kena kembali kepada niat kita yang asal. Kenapa kita menulis blog? Suka-suka? Buat business? Berpolitik? meluah perasaan? Kalau macam aku, aku sememangnya minat menulis. Jadi, aku jadikan blog ini sebagai tempat aku menulis apa yang timbul di hati dan pemikiran aku. Bila "mood" menulis tu sampai, memang panjang lah entry yang aku tulis. Kalau tak ada mood rasa macam bila nak tulis pun tak ada idea. Setakat ni aku dah ada 220 follower. Kadang-kadang aku tertanya-tanya mengapa mereka follow aku? Adakah kerana sekadar suka-suka atau sememangnya mengamati apa yang aku tulis? Begitu jugak dengan korang.Ada yang follower sampai beratus, beribu. Pernah tak kat kepala korang terfikir, kenapa diorang follow blog korang? Mungkinkah kerana blog korang comel? Muka korang cute? Anda ramah?atau pun sememangnya ada sesuatu yang dapat menarik minat mereka dalam memfollow blog korang? Ada sesetengah orang cakap "Follower ramai tapi blog tu macam sunyi tak ada follower tak guna jugak." Bagi aku kepuasan menulis itu diberi keutamaan. Kalau ada orang datang jenguk, itu satu penghargaan pada aku. Walaupun aku tahu penulisan aku bukannya menarik, tapi bila ada sesetengah yang komen, terasa macam seronok sebab apa yang kita tulis orang lain baca dan memberi respon.Bila aku bercakap macam ni, bukannya aku bermaksud nak suruh korang semua komen kat blog aku.haha.. Tapi ini adalah satu luahan dan pendapat yang tiba-tiba lahir dari hati. Macam aku cakap tadi, aku menulis tentang perkara yang lahir dari hati dan fikiran, Yang paling penting, keikhlasan dalam menulis sesuatu tu kita dapat laksanakan. Kalau korang tak suka akan entry ni ignorekan sahaja. Piece semua.. :-)

7 comments:

adib syazwan said...

betul3...yang penting ikhlas..

...:i'm ezza haniza:.... said...

ye follow memfollow tu baghuih selain dapat kenal2..:)

Belog MTT said...

Follow memfollow tu bagus bole tambahkan kenalan.. :)

Miss Erudite said...

nak respon boleh? :)..
saya masih baru lagi dalam dunia blog ni..follower x banyak mana..tapi..x kesah sangat..walau apepun ada gak pengunjung yang sudi singgah..ape yang penting, cam awak cakap..bila ada org respond entry kita..cam suka..ada juga orang baca..kepuasan tu penting..dan juga ikhlaskan diri berkawan..tu je..TQ ^_^

cikLah said...

betui3 .. tp cikLah mmg amalkan konsep ni la ::

~awak follow saya, insyaAllah saya akan follow awak balik .. huhu .. as an appreciation la org kata ..
~n y penting, mana2 blog y ciklah berkenan, mmg cikLah akan follow lah .. huhu ..

Salmiza S. said...

betul tu, menulis sbb untuk mencari kepuasan dalam menulis... =)

Miecyber said...

Follower itu penting bagi saya.Sebab follower itulah memberi semangat kepada saya untuk terus berbloging.Dan saya menulis untuk berkongsi maklumat, kalau tak takder follower tidak bermaknalah saya menulis blog.


* Kome ni jenis jarang balik kampung, kalau kome tengok muka ayah demer tu ,harus koi kenal dia.Minta maaf yak..

Osama Laden seorang Idola

Followers