klik !

Sunday, 24 July 2011

Tokoh-tokoh Temerloh


tempat pertembungan antara sungai Pahang-Sungai Semantan 


Bandar Temerloh yang dahulunya di kenali sebagai Kuala Semantan telah melahirkan ramai tokoh-tokoh dalam negara. Temerloh mendapat nama daripada perkataan orang Melayu asli iaitu “mereloh” atau tidur. Menurut cerita orang-orang tua, pada zaman dahulu seorang putera raja dari Kerajaan Minangkabau bernama Sujudbilang telah singgah di sebuah kawasan dan berkahwin dengan orang asli di situ. Baginda kemudian membuka satu kawasan baru untuk dijadikan penempatan di tebing Sungai Pahang. Sewaktu meneroka kawasan tersebut, mereka turut menyediakan satu kawasan khas untuk tidur pada waktu malam. Oleh sebab keadaan kawasan yang terlalu sempit, maka mereka “mereloh” atau tidur secara beramai-ramai. Daripada peristiwa itulah, maka perkataan “Tempat Mereloh” telah digunakan sebagai nama kawasan itu yang kemudian ditukar menjadi Temerloh kerana ia lebih ringkas dan mudah untuk diingati. Tokoh-tokoh yang dikenang dalam lipatan sejarah yang berasal dari tanah Semantan ini adalah :

1 )  Datuk Bahaman atau lebih dikenali sebagai Orang Kaya Semantan berserta pengikutnya menentang penjajahan British di Pahang
2 ) Dato Abdul Rahman Talib, mantan Menteri Pelajaran Malaysia yang pertama yang bertanggungjawab memperkenalkan Laporan Abdul Rahman Talib untuk memperbaiki sistem pendidikan di Tanah Melayu.
3 ) Ishak Haji Muhammad atau dikenali sebagai Pak Sako (nasionalis negara ). Beliau juga adalah pemimpin Parti Kebangsaan Melayu Malaya ( PKMM ) bersama dengan Dr. Burhanuddin Al-Helmy.
4 ) Ibrahim Bin Haji Yaakob ( namanya di padam dalam lipatan sejarah ). Beliau adalah presiden KMM (Kesatuan Melayu Muda ) yang menentang pentadbiran British.
5 ) Penyanyi tersohor iaitu Allahyarham Sudirman Haji Arshad dan Datuk Siti Nurhaliza.
6) Zuhir Bin Haji Saari 9 ( Film Director )
7) Dr Amirudin Bin Haji Mansor ( Penyair tersohor )
8) Tan Sri Haji Yahya Bin Mohd Seh iaitu menteri besar negeri Pahang.
9) Datok Tok Muda Awang Ngah iaitu wakil dewan undangan negeri
10) Tan Sri Sabaruddin Bin Cik ( Bekas Menteri )
11Pak Abdullah Ibrahim yang juga dikenali dengan nama Tahir  menganggotai Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Malaya,PKM ( Orang kampung aku ). Pernah menceritakan perih kehidupan sehingga terpaksa masuk PKM atas dasar perjuangan menentang British.

Dato Bahaman

Pak Sako


Ibrahim Yaakob


Pak Abdullah Ibrahim



Kebanyakkan tokoh-tokoh ini sudah menghembuskan nafas terakhir. Semoga roh mereka berada dalam kalangan orang yang soleh. Al-Fatihah.

3 comments:

i'm ezza haniza said...

ni anak jati temerloh ni! hahaa

nurAMALLINA said...

bagus info ni. meningkatkan pengetahuan sejarah.

Anis Adila Aris said...

Dato' Ismail Sabri..org Temerloh gak, kg bukit tingkat

Followers