Pelik-pelik je zaman sekarang. Tapi sambil baring, boleh makan coklat. Ye dak? Haha. Tapiiii...boleh coklat tu hanya untuk pameran. Jadi jangan pandai-pandai nak makan.
Thursday, 19 May 2011
Monday, 16 May 2011
INVISIBLE MAN
Liu Bolin, berusia 35 tahun dari Shandong, China berusaha keras untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran disekelilingnya. Kreatif gak mamat ni aku tengok. Dia berusaha untuk mengambil shot terbaik dalam masa 10 jam. Fuhh. Baik aku tidor aje. Penyabor dia ni. Tengok la gambar-gambar dia yang amazing ni.
Sunday, 8 May 2011
Lagu-lagu aku..
Hasil eksperimentasi aku...:-)
Ku Terkenang
Rileks la brother
Kristian Agama Rasmi Malaysia?
Assalammualaikum. Tadi ada terbaca akhbar Utusan Malaysia yang mengeluarkan isu mengenai "Kistian Agama Rasmi Malaysia?".. Rasa macam terkejut dan takut bila membaca tajuk isu berkenaan. Jadi, aku pun berasa terpanggil untuk memikirkan tentang isu ini kerana aku tahu, aku sebagai anak muda perlu ada rasa tanggungjawab terhadap tanah air tercinta. Ini adalah soal maruah agama dan keamanan negara. Apabila aku membaca berita tersebut, aku sebenarnya berasa was-was akan kesahihan berita tersebut. Tetapi, demi untuk mengetahui dengan lebih lanjut, aku meneruskan pembacaan.Isu ini timbul apabila ahli parlimen Jelutong Jeff Ooi menghadiri upacara agama kristian katholik dan berjumpa dengan paderi-paderi Roman Katholik baru-baru ini. Beberapa pihak tertentu telah mengatakan adanya video tentang perjumpaan ini yang mana membincangkan tentang mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi di sebuah hotel. Tetapi, aku juga ada info yang mengatakan hanya pihak polis mempunyai video berkenaan. Jadi, bagaimana video tersebut boleh ada di tangan pihak-pihak tertentu. Tadi TV3 turut menyiarkan mengenai isu yang sama. Aku tengok "interview" yang di lakukan oleh wartawan TV3 hanya melibatkan individu-individu yang tidak berkenaan. Mengapa tidak melakukan "interview" kepada Yb Jeff Ooi atau paderi-paderi yang ada dalam video berkenaan? Kita sendiri tidak pernah menonton lagi video tersebut. Jadi, kita akan tertanya-tanya akan kandungan video kontrovesi ini. Dan isu ini begitu ghairah di mainkan oleh media massa. Mungkin akan "panas" untuk satu minggu ini yang mana akan mungkin akan menaikkan isu sentimen agama dan perkauman di negara kita. Adakah mereka mahukan keamanan yang kita kecapi selama ini hilang? Mengapa isu yang masih dalam siasatan dan masih tidak dapat diketahui akan laporan siasatan dari pihak polis begitu "asyik" dipertontonkan kepada rakyat Malaysia?
Pada pendapat aku mudah sahaja. Semua ini adalah main politik kotor yang mana isu-isu sensitif dimainkan dan dilemparkan kepada pihak lawan. Isu yang sememangnya tidak mungkin akan dapat dipersoalkan oleh pihak-pihak tertentu, menjadi alat untuk memainkan politik kotor. Dulu, perdana menteri kita telah memberikan jaminan perlembagaan berkenaan hak istimewa Melayu dan Bumiputera dan keistimewaan agama Islam sebagai agama rasmi sememangnya sudah "permanent" dalam perlembagaan. Kenapa perkara yang mereka jamin dimainkan? Mungkin kerana ingin melakukan satu strategi dalam mempolitikkan isu ini. Jika benar mereka betul-betul ikhlas ingin menjaga ketenteraman awam, mengapa mereka begitu sibuk mengwar-warkan perkara yang sememangnya masih tidak dapat dipastikan akan kesahihannya? Adakah kerana mainan politik mereka, kita sebagai rakyat menjadi mangsa? Mahukah kita hidup dalam negara ini dalam keadaan saling benci-membenci dan mempunyai prasangka buruk antara satu sama lain? Bagi aku. kita perlu berfikir dari segi pemikiran Islam yang sebenarnya. Islam tidak membenarkan umatnya bergaduh dan memusuhi agama lain selagi mereka tidak merosakkan kesucian agama Islam sendiri dan membunuh orang-orang Islam Jadi, isu ini yang masih dalam siasatan tidak perlu diperbesarkan KECUALI ianya benar-benar sahih dan dan dibuktikan dengan bukti-bukti yang kukuh. Jika dari segi pemikiran politik pula senang sahaja, mungkin kerajaan pada hari ini mahu melakukan satu pengisytiharan darurat jika berlaku sesuatu dalam masa akan datang seperti rusuhan dan sebagainya. Apabila penisytiharan darurat berlaku, maka pilihan raya tidak perlu diadakan. Atau mungkin juga isu ini dimainkan untuk menutup kes video seks yang didakwa ketua pembangkang. Adakah kerana kegagalan isu ini merka cuba membuka isu yang lain pula? Aku tidak memihak kepada mana-mana pihak, tetapi aku cuma berasa hairan dan pelik kenapa begitu dahsyat serangan-serangan ini kepada pihak pembangkang. Aku tahu, tidak lama lagi akan ada pilihan raya umum yang ke 13 . Mungkin juga ini adalah satu strategi dalam menarik sokongan kepada pihak kerajaan. . Aku cuma berasa terkilan isu yang begitu sensitif di mainkan tanpa ada sekatan pihak-pihak tertentu. Mana ISA? Mana pihak keselamatan dalam negeri? Di mana pihak polis? Adakah mereka takut untuk mengambil tindakan kerana isu ini telah dipolitikkan? Ya, kerana isu ini memenangkan pihak kerajaan . Satu lagi fakta yang anda kena tahu, kerusi parlimen majoritinya adalah orang Melayu kerana mereka bertanding di tempat majoriti orang Melayu. Jadi, adalah mustahil kaum lain akan melebihi majoritinya di parlimen. Secara mudah PAS/PKR akan vs UMNO manakala DAP/PKR akan vs MCA/MIC/GERAKAN. Ini menunjukkan semasa pilihan raya (melainkan BEBERAPA tempat ) orang Melayu akan vs Melayu, Bukan Melayu vs Bukan Melayu. Jadi tidak ada point mengatakan ahli parlimen bukan Melayu akan menguasai kerusi parlimen. Stop bab politik ..Anda ada akal anda fikir. Ini cuma pemikiran cetek saya. Mungkin anda ada hujah yang lebih hebat dan bernas. Wassalam.
P/s : Jangan ada sumpah lakhnat lagi lepas ni dahlah...
Saturday, 7 May 2011
Satu Kebangkitan?
Asslammualaikum. Hari ni aku menonton cerita terbaru keluaran KRU Production iaitu Hikayat Merong Mahawangsa. Tapi tengok kat laptop je lah.hehe..Mula-mula sekali sebelum aku tonton filem ni, aku cuma membayangkan satu filem Malaysia yang biasa-biasa sahaja. Tapi lepas beberapa minit aku menonton, aku dapat rasakan kelainan dalam cerita ini dari beberapa aspek. Antara aspek kelainan yang ditonjolkan adalah gambar yang dipertontonkan begitu menakjubkan. Mungkin kerana menggunakan teknik kesan khas visual, maka terhasillah gambar yang sebegitu rupa. Jalan cerita yang agak menarik di campur dengan barisan-barisan pelakon yang sememangnya berjaya membawa watak masing-masing memang membuatkan aku tersenyum seorang diri. Tak sangka industri perfileman di Malaysia ni sudah mampu membawa kepada satu kelainan dan perubahan. Sebenarnya dah lama aku tertunggu-tunggu perubahan ni. Sebab filem-filem Melayu sebelum-sebelum ni hanya membawa satu imej filem yang sama cuma jalan cerita sahaja yang berlainan. Jalan cerita filem Hikayat Merong Mahawangsa ini membawa kita kepada zaman sejarah itu sendiri. Sinopsis yang aku perolehi :
Sinopsis:
Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han. Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat.
Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han. Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat.
Itu adalah sinopsis yang aku perolehi. Walaupun mungkin ada beberapa scene yang mungkin nampak sedikit "fake", tapi hasilnya tetap mengagumkan. Aku tak tahu sama ada filem ini mendapat kutipan yang tinggi atau pun tidak. Tetapi yang penting satu kualiti dan hasil kerja baru telah berjaya di tonjolkan dalam filem Melayu. Adakah ini menjadi satu permulaan bagi industri perfileman tanah air kita untuk bangun semula ke persada antarabangsa? Adakah zaman kegemilangan industri perfileman kita sewaktu Allahyarham Tan Sri P Ramlee dahulu dapat dikembalikan? Tak mustahil pun kerana karya-karya anak tempatan setanding dengan orang luar sebenarnya. Cuma tidak diberikan peluang sahaja. Mungkin juga atas beberapa "faktor" lain, industri filem kita tiba-tiba jatuh selepas kegemilangan filem-filem Melayu klasik seperti P Ramlee, Mat Sentul,dan rakan-rakan karyawan yang lain. Semoga filem ini menjadi satu titik mula kepada perubahan dan kebangkitan filem Malaysia.
P/s - Aku bukannya pengkritik filem kat Malaysia ni. Saja-saja je. hehe
Selamat Hari Ibu...
Esok 8 hari bulan Mei yang mana tarikh rasmi bagi hari ibu di Malaysia pada tahun ni. Aku tengok dah banyak blog yang menulis entry mengenai hari ibu ni. Jadi, aku tak nak ketinggalan dalam meraikan hari ibu ni. Sebab mak aku adalah orang yang paling penting dalam hidup aku. Mak aku adalah mak yang terbaik di dunia. Memasak, menasihat, berjenaka, dan banyak lagi sampai tak tertulis kelebihan mu mak. Selama 7 tahun aku merantau, aku jarang balik ke rumah. Maafkan anas mak. Anas bukannya tak ingat kat mak, tapi Anas keluar menuntut ilmu. Tapi Anas ada jugak balik kan? Hehe. Daripada tingkatan 1 dok merantau keluar menginap kat asrama, tak dapat jadi macam orang lain yang duduk rumah tiap-tiap hari rasa masakan mak diorang. Walaupun Anas tak ada kesempatan nak rasa masakan mak hari-hari, tapi anas mesti telefon cakap rindukan masakan mak. Mak sentiasa memahami anas,. Masa nak balik asrama je, mesti mak masakkan ikan patin masak tempoyak, sambal tumis petai, dengan ikan pekasam. Sebab mak tahu anak mak ni mesti rindukan masakan-masakan tu. Banyak mak bekalkan makanan kat Anas, sampai dalam bas pun berplastik-plastik. Anas tak malu pun nak bawak semua tu, sebab anas tahu bukan selalu dapat merasa masakan yang mak masak. Setiap kali balik asrama, mesti kawan-kawan tanya anas ada tak bawak balik makanan mak. Sebab anas tahu, diorang pun mesti rindukan masakan mak. Semuanya bermula bila mak suka bagi anas bawak makanan banyak-banyak bagi kat kengkawan. Baiknya hati mak. Sekarang ni walaupun anas dah habis sekolah masih tak ada masa dengan mak. Lepas sekolah, pergi ke matrikulasi. Lepas tu masuk universiti pulak. Tak apa, lagi 2 tahun lagi Anas akan hadiahkan segulung ijazah tanda mak dah berjaya mendidik anak mak ni dengan baik. Anas tahu anas anak pertama lelaki dalam keluarga. Banyak tanggujawab kat bahu lepas ni. Sebab tu anas belajar tinggi-tinggi nak jaga mak bila besar nanti. Anas nak mak hidup senang lepas ni. Tak nak lagi mak memerah keringat buat kuih bahulu sampai ke tengah malam. Lepas ni mak duduk berehat je. Sabar ye mak. Lagi 2-3 tahun je lagi. Kalau umur panjang, InsyaAllah semua niat anas tu jadi kenyataan. Tak sabar rasanya nak balas jasa mak walaupun tahu jasa mak takkan terbalas. 9 bulan 10 hari mengandungkan anas, susah perit daripada kecil melayan kenakalan anas, melayan ketidak puasan hati Anas. Anas tahu, anas banyak melukakan hati mak. Masa hari raya je mintak maaf. Hari-hari lain tak ada pun. Derhaka kan anak mak ni? Tapi mak masih boleh tersenyum bila tengok Anas balik rumah masa cuti semester. Anas tahu mak lah orang paling gembira menyambut kepulangan Anas ke rumah. Walaupun tahu anak mak ni banyak merayap bila balik rumah, tapi mak tahu Anas sememangya rindukan masakan mak. Mak mesti dah masak siap-siap kan bila Anas balik rumah? Kalau Anas nak bagi kejutan balik rumah tak bagi tahu, mak mesti cepat-cepat nak masak. Haha... Tapi tak apa, lepas ni Anas ada cuti semester sampai bulan 9. Anas tekad nak banyak duduk rumah. Tak nak banyak merayau dengan kawan-kawan. Nak cat rumah, nak buat reban ayam, nak tolong mak buat kuih bahulu, nak buat apa yang Anas boleh tolong. Tiba-tiba hari ni rindukan mak. Sebab Anas tahu, masa Anas betul-betul sedih tak ada sesiapa pun boleh memahami. Mak jek. Mak jek yang boleh memahami dan menasihati dengan betul. Terima kasih mak.......
Friday, 6 May 2011
Pendapat Korang Tentang Follower?
Apa pendapat korang tentang follower dalam blog? Kuantiti atau kualiti follower? Begitu juga dengan kita. Blog-blog yang kita follow. Adakah kita sekadar follower yang pasif atau sebaliknya? Aku ada terjumpa blogger-blogger yang mengatakan mereka sememangnya minat menulis, ada yang mengatakan sengaja mahu suka-suka, dan tak kurang juga yang buat blog sebab mengikut kawan-kawan yang sibuk berblogger.Kalau korang pulak macam mana? Setakat ni dari pengamatan aku yang tak seberapa ni, aku nampak ada sesetengah blogger begitu asyik mengejar follower. Ada sesetengah blog pula buat ayat " blog ini tidak mengamalkan follow n follow back ". Sampai ada ke tahap macam tu. Mungkin sibuk dengan follower. Kalau follower nya beribu-ribu macam mana nak melayan sorang-sorang kan? Bagi aku, follow dan memfollow tu bagus kerana dapat mengeratkan ukhwah sesama blogger. Kita saling memeriahkan page antara satu sama lain. Tetapi ada sesetengah tu hanya bukak page tekan follow, tapi lepas tu diam macam tu je. Tiada ukhwah yang diharapkan sesama blogger. Memang bukan semua tapi ada sesetengahnya yang macam tu. Kita kena kembali kepada niat kita yang asal. Kenapa kita menulis blog? Suka-suka? Buat business? Berpolitik? meluah perasaan? Kalau macam aku, aku sememangnya minat menulis. Jadi, aku jadikan blog ini sebagai tempat aku menulis apa yang timbul di hati dan pemikiran aku. Bila "mood" menulis tu sampai, memang panjang lah entry yang aku tulis. Kalau tak ada mood rasa macam bila nak tulis pun tak ada idea. Setakat ni aku dah ada 220 follower. Kadang-kadang aku tertanya-tanya mengapa mereka follow aku? Adakah kerana sekadar suka-suka atau sememangnya mengamati apa yang aku tulis? Begitu jugak dengan korang.Ada yang follower sampai beratus, beribu. Pernah tak kat kepala korang terfikir, kenapa diorang follow blog korang? Mungkinkah kerana blog korang comel? Muka korang cute? Anda ramah?atau pun sememangnya ada sesuatu yang dapat menarik minat mereka dalam memfollow blog korang? Ada sesetengah orang cakap "Follower ramai tapi blog tu macam sunyi tak ada follower tak guna jugak." Bagi aku kepuasan menulis itu diberi keutamaan. Kalau ada orang datang jenguk, itu satu penghargaan pada aku. Walaupun aku tahu penulisan aku bukannya menarik, tapi bila ada sesetengah yang komen, terasa macam seronok sebab apa yang kita tulis orang lain baca dan memberi respon.Bila aku bercakap macam ni, bukannya aku bermaksud nak suruh korang semua komen kat blog aku.haha.. Tapi ini adalah satu luahan dan pendapat yang tiba-tiba lahir dari hati. Macam aku cakap tadi, aku menulis tentang perkara yang lahir dari hati dan fikiran, Yang paling penting, keikhlasan dalam menulis sesuatu tu kita dapat laksanakan. Kalau korang tak suka akan entry ni ignorekan sahaja. Piece semua.. :-)
Thursday, 5 May 2011
Artikel yang menjadi tanda tanya...
Kali ini aku ingin menulis mengenai satu entry yang berkaitan dengan satu artikel yang aku baca dari dinar-emas.com. Artikel ini mengisahkan tentang misi gereja Vatican dalam menyesatkan umat Islam. Sebenarnya aku dah membaca artikel ni sejak dari tahun lepas dan aku teringat semula selepas aku menonton video ni. Kisah mengenai video tu aku masih tidak mendapat kepastian, tetapi aku tiba-tiba teringatkan artikel vatican yang aku akan kupas sedikit mengikut apa yang aku faham. Mengikut artikel ni, maklumat yang diperolehi adalah dari saudara Islam kita yang berada di Amerika pada ketika itu. Sememangnya kita semua umat Islam tahu bahawa orang Yahudi dan pengikut penyembah syaitan smemangnya bersungguh-sungguh dalam memesongkan kita umat Islam. Kita sememangnya ada dengar tapi kita akan tertanya-tanya dari mana datangnya khabar-khabar angin ini? Bak kata pepatah masakan pokok bergoyang jika tiada angin. Jadi apabila membaca artikel ni daripada tahun lepas, aku dapati bahawa sememangnya banyak pengaruh dan cubaan yang tersembunyi dari musuh-musuh Islam ni. Artikel tu adalah satu artikel panjang dan akan memakan masa untuk membacanya. Jadi, aku yang sudah beberapa kali menghabiskan bacaan dalam mendalami dengan lebih dalam akan artikel ini akan cuba berkongsi sedikit info-info yang aku dapat. Antara info-info menarik yang aku dapat adalah :
- Ilmu yang dipelajari di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan kebanyakkannya telah diacu oleh orang-orang Yahudi supaya pemikiran umat Islam akan diajar sejak daripada kecil mengenai corak dunia yang dirancang oleh mereka. Sejarah-sejarah dunia telah dimanipulasi agar tokoh-tokoh Yahudi dan Kristian dipandang tinggi dan dianggap sebagai penyelamat dunia. Contohnya cerita tentang bagaimana sesebuah negara itu mendapat kemerdekaan hasil daripada "baik"nya orang-orang ini dan apa "peninggalan" yang mereka telah tinggalkan setelah merdeka itu diberi. Institusi ilmu yang mana sememangnya ke arah pro-Barat memainkan peranan kecil menunjukkan kejayaan agenda ini. Contohnya di kolej-kolej atau di universiti-universiti di dunia. Akan berlaku satu saat apabila penuntut-penuntutnya dalam keadaan gembira dan terharu menerima satu salinan sijil dari universiti sambil memakai jubah yang sememangnya menyerupai jubah gereja.
![]() |
| perhatikan baju dan topi paderi yang sedang duduk. |
![]() |
| sama atau tidak? Mungkin berbeza warna dan corak sahaja. |
Senang sahaja mereka berkata. Dalam sekecil-kecil perkara mereka akan memesongkan umat Islam. Dalam artikel ini, aku ada baca musuh-musuh Yahudi mempergunakan hadis ini :
Nabi Muhammad pernah bersabda:
“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”.
Bermaksud :
“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum,
maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka (iaitu kaum berkenaan).
Nampak halus bukan? Mereka akan cuba mempengaruhi walau dalam perkara yang kecil.
-Perkara yang kedua pula, " barangan buatan " yang kebanyakkannya menjadi ikutan kita seperti :
1.Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan parakafirni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut pesan Nabi Muhamad? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. Makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kitaumat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.
2. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan kegemaran Nabi Muhamad. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol. Ada orang kata jika makan daging kambing pening kepala. Sebenarnya "mind-set" yang diterapkan itu antara faktor kenapa terjadinya pening itu. Mereka bermain psikologi dan halus sahaja. Penerapan yang begitu berkesan.
3. Untuk pengetahuan, para kafir dajjal ni jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat,serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium,magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.
Itu antara contoh yang aku ambil dari artikel tersebut tetapi sebenarnya banyak lagi perkara yang kita sememangnya tidak perasan keran penerapan itu telah berjaya.
- Benedictine Order dirangka. Apa kejadahnya benda ni? Benedictine Order ini adalah segala perkara di dunia ini yang tertulis di atas kertas, Kemudian kamu akan mengatakan ia sebagai ilmu. Maka terjadilah diri kamu seperti hari ini. Ilmu itu adalah undang-undang yang direka untuk jiwa seluruh manusia di muka bumi. Mereka telah amanatkan perkara ini kepada United Nation ( Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ). Satu dunia akan bersatu dalam bersuara dan melakukan kesepakatan menggunakan benedictine order ini sebagai "perlembagaan" oleh PBB. Runsing dan pening? Aku ada beberapa contoh yang aku boleh bagi agar lebih jelas. Contohnya tentera di seluruh dunia menggunakan pakaian seragam yang berlainan corak tetapi ada "sama" nya sama ada negara Malaysia, Vietnam, Korea, Perancis dan sebagainya. Lambang V yang merupakan simbolik kepada gereja Vatican dipakaikan kepada semua tentera, polis, dan sebagainya yang mana melambangkan mereka adalah tentera-tentera gereja secara tidak langsung. Tidak percaya? Lihat ini :
Pendirian mereka akan perkara ini adalah : "mereka benar benar sukakan pakaian itu malah berebut untuk memakainya. Orang2 yang mereka lindungi memandang mereka sebagai wira…padahal mereka sendiri tidak tahu apa yang mereka lakukan, dgn siapa sebenarnya mereka berkhidmat.."
Kenapa setiap negara tidak diberi peluang untuk membuat baju dan gaya tentera mereka yang tersendiri? Sebagai contoh, tentera Malaysia mungkin boleh menjadikan baju melayu sebagai pakaian mereka. Kenapa mesti lambang V itu juga yang digunakan? Kerana "Benectine Order" yang diamanatkan oleh PBB. Keseragaman ketenteraan di seluruh dunia. Siapa yang menentang dianggap pengganas. Ya..Orang-orang Islam yang menentang akan dibunuh oleh tentera-tentera ini. Sebagai contoh tentera pengaman ke Iraq atau Afghanistan sememangnya diberi arahan untuk melawan orang Islam yang bergelar "pengganas" . Mereka juga masih menggunakan hadis ini dalam hal ini :
“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”.
Bermaksud :
“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum,
maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka (iaitu kaum berkenaan).
Nabi sendiri sudah memperingatkan kepada umat Islam agar jangan mengikut agenda orang-orang kafir ini. Sebab itu, sebelum melakukan sesuatu perkara kita mesti memandang kepada aspek agama dahulu dan bukannya Benectine Order. Halus bukan?
- Yang paling penting artikel itu turut menyebut tentang misi mereka merampas Baitulmuqaddis di Palestin dan mendirikan Makkal Sulaiman iaitu tempat pemerintahan Al-Massih dajjal! Kita semua tahu Baitulmuqaddis sememangnya sudah ditawan oleh tentera Israel. Dan perkara yang ditulis dalam artikel ini berjalan dengan begitu lancar sekali. Kita semua juga tahu bahawa dajjal itu bukannya satu makhluk seperti raksasa tetapi adalah dari kalangan manusia sendiri. Mengikut apa yang aku baca, perancangan mereka selepas ini adalah memindahkan pemerintahan dan pengurusan gereja Vatican ini ke "Middle-Earth" di Palestin yang mana ditukar nama kepada Israel. Semua ini adalah akan bermula apabila POP ROMAN PETER ii menggantikan POP ( ketua agama Kristian ) sebelumnya. Mesti tertanya bila kan? Kalau mengikut artikel tersebut, POP ROMAN PETER ii akan melaksanakan tugasnya selepas menggantikan Paus benedict xvi. Siapa Paus benedict xvi ni? Dia adalah POP pada hari ini. Ini adalah gambar Paus benedict xvi untuk sesiapa yang tidak pernah tahu :
Mesti korang tertanya-tanya kan ? Keliru bukan? Kadang-kadang tidak percaya dan sukar untuk mempercayainya. Tetapi sumber yang aku dapat ini adalah dari sumber yang boleh dipercayai. Penulis artikel Vatican tersebut adalah orang MELAYU yang tinggal hanya bersebelahan dengan rumah paderi di sana. Paderi inilah yang menceritakan semua ini kepada beliau. Mengenai misi dan visi mereka dalam memerangi umat Islam. Terpulang kepada individu. Kita ada akal boleh fikir. Sebenarnya kita nampak sebenarnya tetapi kita masih buat-buat tidak nampak. Mesti ada suara akan bertanya " dah tu? Kita nak buat apa?? ". Betul. Siapa kita dalam melawan agenda yang besar seperti ini? Saya menulis hanya sekadar untuk berkongsi maklumat. Apa yang kita rasa kita patut buat, kita buat. Apa yang kita rasa kita tidak patut buat jangan buat.Kerana kita kena menunggu penyelamat kita iaitu Imam Mahadi untuk mengubah semua ini. Pemerintahan dunia secara Islam akan bermula semula setelah Imam Mahadi berjaya mengalahkan musuh-musuh Islam ini. Jika ada pandangan dan pendapat serta teguran, saya terima dengan hati terbuka kerana saya menulis berdasarkan pengetahuan saya. Mungkin saudara-saudara/ saudari-saudari ada yang mempunyai maklumat yang lebih lengkap dan pengetahuan agama yang lebih tinggi dari saya. Sekian . Wassalam...
P:s : Jika ingin copy paste boleh, tetapi tolong beri kredit kepada blog ini sebagai tanda sokongan. :-)
Seronok...
Tiba-tiba teringat kat kampung belah mak aku. Mak aku orang Raub. Hari ni aku teringatkan air terjun kat kampung aku di raub tu. Korang mesti selalu dengar lata jarum je kan? Ada satu lagi tempat yang menarik tapi kurang popular iaitu lata lembik. Lata lembik ni kalau daripada kampung aku dalam setengah jam je. Kalau nak ke sana, kena masuk ke dalam lagi sampai jumpa perkampungan orang asli. Kat situlah adanya lata lembik. Zaman kecik-kecik selalu jugak pergi, tapi sekarang dah lama tak pergi, rasa rindu pulak. Masa kecik-kecik dulu selalu tengok Pak Ngah aku memancing kat situ. Kitorang buat BBQ keluarga lah lebih kurang. Kalau dulu tengok airnya memang jernih sampai boleh nampak ikan berenang. Yang paling aku ingat masa dulu-dulu kat sini, aku nampak ada orang tengah mandi manda dalam hujan lebat dibawak arus laju. Lepas tu ada sorang mamat ni ( orang asli rasanya ) terjun selamatkan . Dahlah arus laju gila, tapi mamat tu selamba jek menyelam selamatkan perempuan tu. Time tu dah macam dalam filem. 2-3 minit tunggu, akhirnya mamat tu muncul semula kat permukaan air bawak perempuan tu naik ke darat. Lepas tu aku dah lupa sebab masa kecik-kecik kan macam di "ignore" dalam kes-kes seriez macam tu..Yang aku ingat pak cik aku cakap, sape soh mandi time hujan lebat, arus pun lebat le ( yang sedih time tu kitowang pun cancel nak mandi sebab hujan )...haha...
| Pintu gerbang ke lata lembik |
![]() |
| seronok jek |
Tapi Pak ngah aku cakap sekarang lata lembik ni dah tercemar sikit kesan daripada aktiviti balak. Sedih rasa bila tempat yang lawa macam tu rosak kerana kerakusan dalam pembangunan. Balak-balak yang ditebang tanpa kawalan menyebabkan kesan kepada alam sekitar. Sedih pun ada. Aku tak pasti pembalakan di kawasan tu ada lesen atau tidak, tetapi yang pasti kesannya dah megubah landskap semulajadi kawasan tersebut. .
Wednesday, 4 May 2011
Harmonika..
Harmonika adalah salah satu alat muzik yang menarik bagi aku. Keinginan untuk belajar bermain harmonika ni sudah timbul sejak daripada aku sekolah menengah lagi. Apa yang aku tahu, harmonika adalah satu alat muzik yang dimainkan dengan cara meniup dan menghisap untuk menghasilkan bunyi. Setakat ini alat muzik yang boleh aku main hanya gitar dan drum. Aku betul-betul teringin nak belajar bermain harmonika ni. Tapi susah nak mencari orang yang boleh mengajar bermain benda ni. Kawan-kawan aku sorang pun tak ada yang bermain harmonika ni. Jadi, aku masih mencari-cari siapa yang boleh menurunkan ilmu harmonikanya kepada aku. Kalau malam-malam, boleh layan perasaan. Bersandar sambil tiup harmonika. Kan "feling" namanya tu. hehe..Kalau korang nak tahu apa itu harmonika, di sini gambarnya :
Tuesday, 3 May 2011
Rindu!
Alhamdulillah tadi dah lepas paper yang ke 2 untuk final semester ni. Masa tengah jawab exam tadi mesti lah banyak mencari idea nak "menggoreng" kan. Tapi dalam mencari-cari idea tadi tiba-tiba termenung sorang-sorang sebab teringat pada sesuatu.Hehe.. Korang nak tahu aku tiba-tiba teringatkan apa? Semestinya coconut shake Klebang kat Melaka ni.haha..Mungkin lapar dan dahaga agaknya. Sepanjang final tadi aku dok fikir pasal coconut shake tu. Memang lain dari lain. Nampak macam biasa, tapi "kaw" dia tu lain macam. Sebab tu kalau korang pergi kedai tu, korang akan nampak macam ada kenduri kahwin. Punyalah ramai orang. Lebih-lebih lagi kalau time cuti sekolah atau cuti am. Penuhnya kedai tu dah nampak daripada traffic light lagi.haha.. Mesti korang cuba bayang kan? Aku letak lah gambar supaya boleh bagi gambaran sikit.. hehe :
Kalau korang nampak gambar coconut shake tu mesti nampak biasa aje kan? Macam aku jugak dulu. Pelik tengok orang beratur panjang semata-mata nak membeli 2-3 cawan aje. Tapi lepas aku dah rasa, sejuknya sampai ke belakang kepala. haha.. Macam hisap rokok menthol ( Kalau tahu le ) lebih kurang sejuknya. Dengan rasa sejuk+cukup manis+cukup lemak nya memang betul-betul mengingatkan aku pada coconut shake ni. Kalau korang nak rasa datang le,. Nanti kalau datang Melaka roger-roger la. Mana tau boleh lepak semeja. hehe..
P/s : Time cuti sem sampai bulan 9 ni tak pasti lagi ada kat Melaka ke kat Pahang. Tengok dulu macam mana..hehe
![]() |
| Ini hari biasa, kalau time cuti nampak lagi sesak. Tak caye? Datang le..hehe |
![]() |
| Geram aku tengok.. |
| Tolong promote ni..hehe |
P/s : Time cuti sem sampai bulan 9 ni tak pasti lagi ada kat Melaka ke kat Pahang. Tengok dulu macam mana..hehe
MAX 247??
Malam ni aku tak boleh tidur sedangkan esok ada paper. Jadi aku pun melayari internet sehingga ke jam ini. Tadi aku ada terjumpa satu group yang mana aku pernah sentuh di dalam entry aku bertarikh 1 Mei 2011. Aku terjumpa group ini secara tidak sengaja semasa sedang asyik online di facebook. Aku mendapati kumpulan K-Pop yang sering diperkatakan ini sudah mulai sedar akan penolakan budaya yang dibawa mereka ke dalam Malaysia. Lalu, mereka menukar nama kumpulan mereka dari 24:7 kepada MAX 247. Aku ada ambil satu gambar dari kumpulan tersebut yang mana cuba mengubah persepsi orang ramai terhadap mereka :
Aku secara tiba-tiba terfikir, rupa-rupanya masih ada kesedaran di dalam hati untuk berubah.Berubah ke arah identiti yang mana lain daripada konsep yang dibawa daripada asal. Mungkin itu satu point untuk memuji mereka. Tapi, aku juga terfikir mengapa mereka begitu beriya-iya sampai begini sekali? Adakah kerana ingin mengejar nama dan populariti? Itu aku tak dapat nak pastikan kerana perlu bertanya kepada empunya diri. Setiap orang ada target mereka sendiri. Mungkin ini adalah cita-cita mereka. Ada orang kata kita kena open-minded dan ada orang kata "agak-agaklah". Apabila aku teliti wall di group tersebut, aku dapati ada yang menyokong dan ada yang menentang. Kalau korang tanya apa pendirian aku, pastinya aku jawab adakah kita perlu melahirkan artis yang sememangnya berlambak-lambak kat Malaysia ni ? Berapa banyak program realiti TV yang melahirkan artis-artis baru. Artis lebih ramai daripada orang yang menghasilkan karya ( lagu ) di Malaysia ni. Sebab tu kalau kita tengok, lagu-lagu kat Malaysia ni ramai penulis dan komposernya hanyalah orang yang sama. Sehinggakan kalau anda dengar sendiri sesetengah lagu itu, hilang kesenian dan kekeringan idea. Tiada keikhlasan dalam berkarya. Apabila aku cakap macam tu tidak bermaksud aku menyokong akan hiburan. Seperti yang aku cakap sebelum ini, kita nak berhibur boleh tetapi ada batas-batas sebagai seorang insan yang bergelar Islam. Pemikiran kita mungkin berbeda, tapi ini adalah pendapat ikhlas yang lahir dari dalam hati aku. Aku juga insan biasa. Wassalm...
Monday, 2 May 2011
Gambar-gambar menarik
Tadi aku saje tengok-tengok gambar. Aku ada jumpa gambar-gambar menarik. Kelakar aku tengok :
![]() |
| Mujur kulit dia tak warna hijau.. |
![]() |
| cerita sebenar spiderman |
![]() |
| Mesti korang selalu buat kan? |
![]() |
| Kantoi..haha |
![]() |
| besar garfu dia... |
![]() |
| adoi...haha |
![]() |
| mangkuk tandas versi gitar.. |
![]() |
| kecik jek nampak kereta tu.. |
Sunday, 1 May 2011
Permainan masa kecik-kecik dulu...
Tiba-tiba teringat aktiviti-aktiviti masa aku kecik-kecik dulu. Aku dibesarkan di kampung dekat Temerloh, Pahang. Masa kecik-kecik dulu selalu main dengan kwan-kawan sekampung. Masa petang je, mesti main tuju seliper. Merioh la jugak sebab berbelas-belas orang sekali main. Main dekat halaman rumah mak cik Tura sebab rumah dia tak ada pagar kat sekeliling. Kita orang wat jadi macam padang kitorang pulak.
Mak cik Tura tu pun macam tak kisah, petang-petang siap nengok kitorang main gelak-gelak lagi. Lepas tu main tayang ( galah panjang ) dekat rumah aku. Kalau main tayang rumah aku lah tuan rumah. Main bola tin pun selalu jugek,. Bola tin lebih kurang macam tuju selipar lah, kena susun balik tin tu.. Kalau nak nakal-nakal sikit, masuk hutan belakang kampung lastik burung. Masa zaman nakal-nakal lah tu, sekarang tak ada dah. Masa main lastik tu masuk ke hutan kalau dengar bunyi babi je, "berderuing" kitorang lari..haha..Layang-layang selalu jugak. Buat pakai surat khabar, lepas tu dah siap berdiri kat stand belakang basikal suruh kawan kayuh laju-laju biar ada angin.haha..Kadang-kadang tergelak sorang-sorang bila teringat balik.. Mandi sungai jangan cakap lah, sampai kena kejar dengan ayah aku sebab ponteng mengaji. Tengah sibuk dok main tali tarzan kat tebing sungai ayah aku datang. Mana tak mencipot lari, menjalar belakang kena libas..haha...Kalau buat rakit, kitorang buat kat paya kampung jek sebab tak yakin kat sungai boleh kawal. Jap gi bawak dek arus sungai Pahang tu sampai ke mana , puas pulak nak menjawab ke mak ngan ayah..haha...
Kenakalan yang melampau masa kecik-kecik dulu yang paling aku ingat masa paksa anak ayam suruh berenang dalam sungai Pahang. Kejar anak ayam dengan kengkawan, lepas tu tangkap anaknya. Ibu ayam tu kitorang dah hambat jauh pakai kayu. Dapat tangkap 2 ke 3 ekor, benam dalam sungai. Sungguh kejam tapi masa tu baru umur 7 ke 8 tahun. Tak boleh fikir lagi baik ke buruk. Kalau mencari nahas pulak, baling kayu dekat sarang tebuan sambil pegang raket badminton yang harga rm1.50 kat koperasi sekolah rendah aku.
Mak cik Tura tu pun macam tak kisah, petang-petang siap nengok kitorang main gelak-gelak lagi. Lepas tu main tayang ( galah panjang ) dekat rumah aku. Kalau main tayang rumah aku lah tuan rumah. Main bola tin pun selalu jugek,. Bola tin lebih kurang macam tuju selipar lah, kena susun balik tin tu.. Kalau nak nakal-nakal sikit, masuk hutan belakang kampung lastik burung. Masa zaman nakal-nakal lah tu, sekarang tak ada dah. Masa main lastik tu masuk ke hutan kalau dengar bunyi babi je, "berderuing" kitorang lari..haha..Layang-layang selalu jugak. Buat pakai surat khabar, lepas tu dah siap berdiri kat stand belakang basikal suruh kawan kayuh laju-laju biar ada angin.haha..Kadang-kadang tergelak sorang-sorang bila teringat balik.. Mandi sungai jangan cakap lah, sampai kena kejar dengan ayah aku sebab ponteng mengaji. Tengah sibuk dok main tali tarzan kat tebing sungai ayah aku datang. Mana tak mencipot lari, menjalar belakang kena libas..haha...Kalau buat rakit, kitorang buat kat paya kampung jek sebab tak yakin kat sungai boleh kawal. Jap gi bawak dek arus sungai Pahang tu sampai ke mana , puas pulak nak menjawab ke mak ngan ayah..haha...
Kenakalan yang melampau masa kecik-kecik dulu yang paling aku ingat masa paksa anak ayam suruh berenang dalam sungai Pahang. Kejar anak ayam dengan kengkawan, lepas tu tangkap anaknya. Ibu ayam tu kitorang dah hambat jauh pakai kayu. Dapat tangkap 2 ke 3 ekor, benam dalam sungai. Sungguh kejam tapi masa tu baru umur 7 ke 8 tahun. Tak boleh fikir lagi baik ke buruk. Kalau mencari nahas pulak, baling kayu dekat sarang tebuan sambil pegang raket badminton yang harga rm1.50 kat koperasi sekolah rendah aku.
| Teng-teng |
Kalau ada tebuan serang, pukul pakai raket lepas tu lari masuk kubang kerbau. haha..Kacau budak perempuan main teng-teng seronok jugak. Sampai nangis-nangis kawan tu. Banyak lagi lah kalau ingat balik mase zaman kecik-kecik. Aku rasa macam nak ulang balik jek, tapi masa tak akan kembali lagi kan. Jadi kenangan aje la.
Aku tak pasti budak-budak sekarang main lagi ke tidak permainan-permainan yang pernah aku ngan kengkawan aku main dulu. Halaman rumah mak cik tura kosong jek, tak ada lagi gelak ketawa budak-budak. Kalau mandi sungai pun dah tak nampak budak-budak mandi ramai-ramai. Masing-masing kalau datang mesti dengan keluarga je. Mungkin budak-budak sekarang sibuk main PS 2, main PC, main handset jek kat rumah kot. Internet pun tak ada masalah sekarang, kat kampung pun boleh dapat. Zaman aku kecik-kecik dulu mana ada kesempatan nak main internet ni. Kenal lastik, pokok manggis ( selalu panjat kat rumah Pak De Rasyid ), paya, dengan sungai aje la. Silap masa kecik-kecik tak tulis diari..haha..Entah-entah aku pun ada terlupa banyak lagi kenangan masa kecik-kecik dulu..hehe...
Aku tak pasti budak-budak sekarang main lagi ke tidak permainan-permainan yang pernah aku ngan kengkawan aku main dulu. Halaman rumah mak cik tura kosong jek, tak ada lagi gelak ketawa budak-budak. Kalau mandi sungai pun dah tak nampak budak-budak mandi ramai-ramai. Masing-masing kalau datang mesti dengan keluarga je. Mungkin budak-budak sekarang sibuk main PS 2, main PC, main handset jek kat rumah kot. Internet pun tak ada masalah sekarang, kat kampung pun boleh dapat. Zaman aku kecik-kecik dulu mana ada kesempatan nak main internet ni. Kenal lastik, pokok manggis ( selalu panjat kat rumah Pak De Rasyid ), paya, dengan sungai aje la. Silap masa kecik-kecik tak tulis diari..haha..Entah-entah aku pun ada terlupa banyak lagi kenangan masa kecik-kecik dulu..hehe...
Errrr..............
Kumpulan Korea Pop Malaysia? Aku ada jugaklah search-search + jalan2 kat blog lain. Sekarang dah banyak entry pasal group yang dikenali sebagai 24:7 dan kumpulan gula-gula ni. Kebanyakkannya memang mengutuk kemunculan budak-budak ni. Korang nak tahu kenapa dan mengapa ramai yang berasa macam tu? Aku upload beberapa gambar yang aku dapatlah kan :
Walaupun aku tak layan kumpulan-kumpulan Korea, tapi aku tak adalah mengutuk . Itu memang diorang punya gaya dan memang disukai oleh ramai jugak lah gadis-gadis Malaysia. Tapi kalau group yang ini yang mana ahli-ahlinya adalah fully orang Melayu, aku memang tergamam buat 2-3 minit. Sepelik-pelik manusia di Malaysia ni, aku akhirnya jumpa juga kumpulan lelaki dan perempuan Melayu yang lagi pelik.Apa sebenarnya di hati mereka ye? Aku tengok artis Malaysia hari ni pun dah naik bulu roma, inikan pula kumpulan K-Pop dari negara aku? Nak gelak ada, sedih ada, geli pun ada. Terpulang lah pada anda semua ya. Anda dah matang, ada akal fikiran, fikirlah yang terbaik. Tapi pendapat aku, jadilah diri sendiri yang lahir dalam keturunan berbangsa Melayu ni. Kita ada adat dan adab. Nak berhibur, nak berseronok boleh tetapi ada tahap batasannya. Janganlah sampai merosakkan diri sendiri dan mendatangkan fitnah. Tak tahulah pulak kalau diorang cakap lahir dalam keturunan Melayu, tetapi dalam darah dan jiwaku Korea. Mana baik kita ambil ( ada yang baik ke? haha ) mana buruk kita buang jauh-jauh...:-)
P/s : Lepas ni bolehlah buat show kat Korea agaknya..hahaha
![]() |
| err.... |
![]() |
| em...tak tahu nak cakap apa.. |
![]() |
| Kumpulan Gula-gula..Korea lah sangat agaknya.. |
Walaupun aku tak layan kumpulan-kumpulan Korea, tapi aku tak adalah mengutuk . Itu memang diorang punya gaya dan memang disukai oleh ramai jugak lah gadis-gadis Malaysia. Tapi kalau group yang ini yang mana ahli-ahlinya adalah fully orang Melayu, aku memang tergamam buat 2-3 minit. Sepelik-pelik manusia di Malaysia ni, aku akhirnya jumpa juga kumpulan lelaki dan perempuan Melayu yang lagi pelik.Apa sebenarnya di hati mereka ye? Aku tengok artis Malaysia hari ni pun dah naik bulu roma, inikan pula kumpulan K-Pop dari negara aku? Nak gelak ada, sedih ada, geli pun ada. Terpulang lah pada anda semua ya. Anda dah matang, ada akal fikiran, fikirlah yang terbaik. Tapi pendapat aku, jadilah diri sendiri yang lahir dalam keturunan berbangsa Melayu ni. Kita ada adat dan adab. Nak berhibur, nak berseronok boleh tetapi ada tahap batasannya. Janganlah sampai merosakkan diri sendiri dan mendatangkan fitnah. Tak tahulah pulak kalau diorang cakap lahir dalam keturunan Melayu, tetapi dalam darah dan jiwaku Korea. Mana baik kita ambil ( ada yang baik ke? haha ) mana buruk kita buang jauh-jauh...:-)
P/s : Lepas ni bolehlah buat show kat Korea agaknya..hahaha
Kacip Pinang
Hari tu aku ada cerita pasal gobek ( kalau korang baca lah,,hehe )..Hari ni aku nak cerita pasal kawan baik gobek iaitu kacip pinang. Kacip pinang ialah sejenis pisau yang direka khas untuk memotong pinang. Alat ini sangat penting bagi pemakan sireh. Dek kerana orang sekarang dah tak ramai atau pun tidak memakan sireh lagi, maka alat ini pun pupus bersama .
![]() |
| Ini contoh kacip biasa ( tak ada ukiran ). Selalu lagi lah jumpa kat kampung aku. |
![]() |
| Biji Pinang |
Ini adalah alat warisan Melayu turun temurun mengikut zaman. Kacip sireh yang diperbuat daripada besi ini mempunyai seninya tersendiri untuk menggunakannya. Begitu juga bentuknya yang diukir berbagai bentuk hanya untuk menghiaskan alat tersebut. Memang pun alat ini hanya untuk mengupas dan memotong pinang sahaja dan kegunaan lain memang sukar digunakan.Kat sini aku tiba-tiba terfikir sebenarnya orang Melayu zaman dahulu sudah mampu menghasilkan kacip yang halus buatannya tanpa menggunakan teknologi yang canggih.
P/s : Aku tak pernah nampak lagi orang guna kacip pinang ni memotong bawang kat kampung aku. Tempat lain tak tahu lah..haha...
Jenama Yahudi...
Seperti yang kita tahu yahudi adalah satu bangsa yang memegang ekonomi dunia pada hari ini. Korang pernah dengar pasal kempen boikot barangan yahudi tak? Dulu kita sering dengar berbagai-bagai jenis kempen digunakan dalam memboikot produk mereka di Malaysia ni. Tapi ada yang bertanya, jika nak boikot, apa cerita orang yang kerja dengan syarikat-syarikat ni kat Malaysia nanti? Nak diorang berhenti kerja? Ada juga yang bertanya nak gunakan produk apa sebab tiada barang pengganti untuk barang tersebut? Ada juga suara yang berkata, peduli apa aku nak boikot, bukan ada masalah dengan aku pun. Di sini aku bukan cuba nak mempengaruhi atau mengajak korang memboikot. Terpulang kepada individu kerana semua ada pandangan masing-masing. Entry pada kali ni aku cuma nak senaraikan barangan yahudi yang selalu kita tengok di pasaran. Aku juga akan cuba cadangkan barang pengganti yang ada kat Malaysia ni dalam menggantikan barang-barang tersebut. Antara produk-produk Yahudi yang sering kita lihat adalah :
Ini adalah antara produk-produk yang sering kita lihat dan banyak dipakai oleh rakyat Malaysia. Antara cadangan aku kepada sesiapa yang rasanya ingin mencari barang pengganti bagi sebahagian jenama tersebut adalah :
BOSS, Ck. Armani : one drop perfume.
Sprite, Coke : Radix cola
Nokia : CSL., Sony Ericson
JOHNSON N JOHNSON : Anakku
McD : Rfc
Maybelline, Loreal : Sendayu Tinggi,
Shurah
Itu antara cadangan aku jika anda adalah orang yang memboikot produk Yahudi. Tapi aku tahu, tak semua barang kita boleh cari dalam menggantikan produk-produk Yahudi ni. Aku sekadar berkongsi cerita. Semua ada pendapat dan pandangan masing-masing. Akal dan fikiran boleh digunakan dan setiap daripada anda ada hujahnya yang tersendiri. Wassalam.. :-)
Subscribe to:
Posts (Atom)

























































