klik !

Sunday, 8 May 2011

Kristian Agama Rasmi Malaysia?




 Assalammualaikum. Tadi ada terbaca akhbar Utusan Malaysia yang mengeluarkan isu mengenai "Kistian Agama Rasmi Malaysia?".. Rasa macam terkejut dan takut bila membaca tajuk isu berkenaan. Jadi, aku pun berasa terpanggil untuk memikirkan tentang isu ini kerana aku tahu, aku sebagai anak muda perlu ada rasa tanggungjawab terhadap tanah air tercinta. Ini adalah soal maruah agama dan keamanan negara. Apabila aku membaca berita tersebut, aku sebenarnya berasa was-was akan kesahihan berita tersebut. Tetapi, demi untuk mengetahui dengan lebih lanjut, aku meneruskan pembacaan.Isu ini timbul apabila ahli parlimen Jelutong Jeff Ooi menghadiri upacara agama kristian katholik dan berjumpa dengan paderi-paderi Roman Katholik baru-baru ini. Beberapa pihak tertentu telah mengatakan adanya video tentang perjumpaan ini yang mana membincangkan tentang mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi di sebuah hotel. Tetapi, aku juga ada info yang mengatakan hanya pihak polis mempunyai video berkenaan. Jadi, bagaimana video tersebut boleh ada di tangan pihak-pihak tertentu. Tadi TV3 turut menyiarkan mengenai isu yang sama. Aku tengok "interview" yang di lakukan oleh wartawan TV3 hanya melibatkan individu-individu yang tidak berkenaan. Mengapa tidak melakukan "interview" kepada Yb Jeff Ooi atau paderi-paderi yang ada dalam video berkenaan? Kita sendiri tidak pernah menonton lagi video tersebut. Jadi, kita akan tertanya-tanya akan kandungan video kontrovesi ini. Dan isu ini begitu ghairah di mainkan oleh media massa. Mungkin akan "panas" untuk satu minggu ini yang mana akan mungkin akan menaikkan isu sentimen agama dan perkauman di negara kita. Adakah mereka mahukan keamanan yang kita kecapi selama ini hilang? Mengapa isu yang masih dalam siasatan dan masih tidak dapat diketahui akan laporan siasatan dari pihak polis begitu "asyik" dipertontonkan kepada rakyat Malaysia?

   Pada pendapat aku mudah sahaja. Semua ini adalah main politik kotor yang mana isu-isu sensitif dimainkan dan dilemparkan kepada pihak lawan. Isu yang sememangnya tidak mungkin akan dapat dipersoalkan oleh pihak-pihak tertentu, menjadi alat untuk memainkan politik kotor. Dulu, perdana menteri kita telah memberikan jaminan perlembagaan berkenaan hak istimewa Melayu dan Bumiputera dan keistimewaan agama Islam sebagai agama rasmi sememangnya sudah "permanent" dalam perlembagaan. Kenapa perkara yang mereka jamin dimainkan? Mungkin kerana ingin melakukan satu strategi dalam mempolitikkan isu ini. Jika benar mereka betul-betul ikhlas ingin menjaga ketenteraman awam, mengapa mereka begitu sibuk mengwar-warkan perkara yang sememangnya masih tidak dapat dipastikan akan kesahihannya? Adakah kerana mainan politik mereka, kita sebagai rakyat menjadi mangsa? Mahukah kita hidup dalam negara ini dalam keadaan saling benci-membenci dan mempunyai prasangka buruk antara satu sama lain? Bagi aku. kita perlu berfikir dari segi pemikiran Islam yang sebenarnya. Islam tidak membenarkan umatnya bergaduh dan memusuhi agama lain selagi mereka tidak merosakkan kesucian agama Islam sendiri dan membunuh orang-orang Islam Jadi, isu ini yang masih dalam siasatan tidak perlu diperbesarkan KECUALI ianya benar-benar sahih dan dan dibuktikan dengan bukti-bukti yang kukuh. Jika dari segi pemikiran politik pula senang sahaja, mungkin kerajaan pada hari ini mahu melakukan satu pengisytiharan darurat jika berlaku sesuatu dalam masa akan datang seperti rusuhan dan sebagainya. Apabila penisytiharan darurat berlaku, maka pilihan raya tidak perlu diadakan. Atau mungkin juga isu ini dimainkan untuk menutup kes video seks yang didakwa ketua pembangkang. Adakah kerana kegagalan isu ini merka cuba membuka isu yang lain pula? Aku tidak memihak kepada mana-mana pihak, tetapi aku cuma berasa hairan dan pelik kenapa begitu dahsyat serangan-serangan ini kepada pihak pembangkang. Aku tahu, tidak lama lagi akan ada pilihan raya umum yang ke 13 . Mungkin juga ini adalah satu strategi dalam menarik sokongan kepada pihak kerajaan. . Aku cuma berasa terkilan isu yang begitu sensitif di mainkan tanpa ada sekatan pihak-pihak tertentu. Mana ISA? Mana pihak keselamatan dalam negeri? Di mana pihak polis? Adakah mereka takut untuk mengambil tindakan kerana isu ini telah dipolitikkan? Ya, kerana isu ini memenangkan pihak kerajaan . Satu lagi fakta yang anda kena tahu, kerusi parlimen majoritinya adalah orang Melayu kerana mereka bertanding di tempat majoriti orang Melayu. Jadi, adalah mustahil kaum lain akan melebihi majoritinya di parlimen. Secara mudah PAS/PKR akan vs UMNO manakala DAP/PKR akan vs MCA/MIC/GERAKAN. Ini menunjukkan semasa pilihan raya (melainkan BEBERAPA tempat ) orang Melayu akan vs Melayu, Bukan Melayu vs Bukan Melayu. Jadi tidak ada point mengatakan ahli parlimen bukan Melayu akan menguasai kerusi parlimen. Stop bab politik ..Anda ada akal anda fikir. Ini cuma pemikiran cetek saya. Mungkin anda ada hujah yang lebih hebat dan bernas. Wassalam.


P/s : Jangan ada sumpah lakhnat lagi lepas ni dahlah...

3 comments:

Anis Adila Aris said...

sudah temaktub perkara 3 dalam Perlembagaan Malaysia bahawa agama islam adalah agama rasmi Malaysia.
Perkara itu tidak boleh di pinda..hehe

* mentang-mentang exam hari tu masuk tajuk ni*

org muo said...

setuju...ini hanya strategi politik..islam agama rasmi dlm perlembagaan negara..kaum lain juga mengetahui & mereka x kan berbuat begitu..

SyAE SyEa said...

mcm2 -.-''

Followers