klik !

Sunday, 1 May 2011

Kacip Pinang

Hari tu aku ada cerita pasal gobek ( kalau korang baca lah,,hehe )..Hari ni aku nak cerita pasal kawan baik gobek iaitu kacip pinang. Kacip pinang ialah sejenis pisau yang direka khas untuk memotong pinang. Alat ini sangat penting bagi pemakan sireh. Dek kerana orang sekarang dah tak ramai atau pun tidak memakan sireh lagi, maka alat ini pun pupus bersama . 

Ini contoh kacip biasa ( tak ada ukiran ). Selalu lagi lah jumpa kat kampung aku.


Yang ukir-ukir macam ni aku tak pernah jumpa lagi..


Biji Pinang


Ini adalah alat warisan Melayu  turun temurun mengikut zaman. Kacip sireh yang diperbuat daripada besi ini mempunyai seninya tersendiri untuk menggunakannya. Begitu juga bentuknya yang diukir berbagai bentuk hanya untuk menghiaskan alat tersebut. Memang pun alat ini hanya untuk mengupas dan memotong pinang sahaja dan kegunaan lain memang sukar digunakan.Kat sini aku tiba-tiba terfikir sebenarnya orang Melayu zaman dahulu sudah mampu menghasilkan kacip yang halus buatannya tanpa menggunakan teknologi yang canggih.

P/s :  Aku tak pernah nampak lagi orang guna kacip pinang ni memotong bawang kat kampung aku. Tempat lain tak tahu lah..haha... 

3 comments:

nUr _ atiQah said...

kacip pinang berukir ?
tak pernah jumpa gak..
zaman dulu2 kot..hehe^^~

pena said...

emm.. tak pernah tengok lagi kacip pinang ni secara dekat..

op anaz said...

atiqah- mungkin lah..untuk pembesar2 zaman dulu agaknya..
pena- Tak apa..balik kampung nanti tanya ar sedara2 sape ada..jangan salah testing dah le..hehe

Followers