klik !

Saturday, 7 May 2011

Selamat Hari Ibu...



Esok 8 hari bulan Mei yang mana tarikh rasmi bagi hari ibu di Malaysia pada tahun ni. Aku tengok dah banyak blog yang menulis entry mengenai hari ibu ni. Jadi, aku tak nak ketinggalan dalam meraikan hari ibu ni. Sebab mak aku adalah orang yang paling penting dalam hidup aku. Mak aku adalah mak yang terbaik di dunia. Memasak, menasihat, berjenaka, dan banyak lagi sampai tak tertulis kelebihan mu mak. Selama 7 tahun aku merantau, aku jarang balik ke rumah. Maafkan anas mak. Anas bukannya tak ingat kat mak, tapi Anas keluar menuntut ilmu. Tapi Anas ada jugak balik kan? Hehe. Daripada tingkatan 1 dok merantau keluar menginap kat asrama, tak dapat jadi macam orang lain yang duduk rumah tiap-tiap hari rasa masakan mak diorang. Walaupun Anas tak ada kesempatan nak rasa masakan mak hari-hari, tapi anas mesti telefon cakap rindukan masakan mak. Mak sentiasa memahami anas,. Masa nak balik asrama je, mesti mak masakkan ikan patin masak tempoyak, sambal tumis petai, dengan ikan pekasam. Sebab mak tahu anak mak ni mesti rindukan masakan-masakan tu. Banyak mak bekalkan makanan kat Anas, sampai dalam bas pun berplastik-plastik. Anas tak malu pun nak bawak semua tu, sebab anas tahu bukan selalu dapat merasa masakan yang mak masak. Setiap kali balik asrama, mesti kawan-kawan tanya anas ada tak bawak balik makanan mak. Sebab anas tahu, diorang pun mesti rindukan masakan mak. Semuanya bermula bila mak suka bagi anas bawak makanan banyak-banyak bagi kat kengkawan. Baiknya hati mak. Sekarang ni walaupun anas dah habis sekolah masih tak ada masa dengan mak. Lepas sekolah, pergi ke matrikulasi. Lepas tu masuk universiti pulak. Tak apa, lagi 2 tahun lagi Anas akan hadiahkan segulung ijazah tanda mak dah berjaya mendidik anak mak ni dengan baik. Anas tahu anas anak pertama lelaki dalam keluarga. Banyak tanggujawab kat bahu lepas ni. Sebab tu anas belajar tinggi-tinggi nak jaga mak bila besar nanti. Anas nak mak hidup senang lepas ni. Tak nak lagi mak memerah keringat buat kuih bahulu sampai ke tengah malam. Lepas ni mak duduk berehat je. Sabar ye mak. Lagi 2-3 tahun je lagi. Kalau umur panjang, InsyaAllah semua niat anas tu jadi kenyataan. Tak sabar rasanya nak balas jasa mak walaupun tahu jasa mak takkan terbalas. 9 bulan 10 hari mengandungkan anas, susah perit daripada kecil melayan kenakalan anas,  melayan ketidak puasan hati Anas.  Anas tahu, anas banyak melukakan hati mak. Masa hari raya je mintak maaf. Hari-hari lain tak ada pun. Derhaka kan anak mak ni? Tapi mak masih boleh tersenyum bila tengok Anas balik rumah masa cuti semester. Anas tahu mak lah orang paling gembira menyambut kepulangan Anas ke rumah. Walaupun tahu anak mak ni banyak merayap bila balik rumah, tapi mak tahu Anas sememangya rindukan masakan mak. Mak mesti dah masak siap-siap kan bila Anas balik rumah? Kalau Anas nak bagi kejutan balik rumah tak bagi tahu, mak mesti cepat-cepat nak masak. Haha... Tapi tak apa, lepas ni Anas ada cuti semester sampai bulan 9. Anas tekad nak banyak duduk rumah. Tak nak banyak merayau dengan kawan-kawan. Nak cat rumah, nak buat reban ayam, nak tolong mak buat kuih bahulu, nak buat apa yang Anas boleh tolong. Tiba-tiba hari ni rindukan mak. Sebab Anas tahu, masa Anas betul-betul sedih tak ada sesiapa pun boleh memahami. Mak jek. Mak jek yang boleh memahami dan menasihati dengan betul. Terima kasih mak.......


4 comments:

Salmiza S. said...

wah! bgos.. selamat hari ibu... =)

echaRierie said...

alala..sweetnya..anak mak ea..
erm..btw, yg dh ckp tue kena tunaikan ea..
ngeh3..

...:i'm ezza haniza:.... said...

err...selamat ari ibu jugakkkk

AkuAnakMuda... said...

shahdulaa plk bace kisah anas ni,sejuk perut mak ngandungkan anas.......huhu.Slamat ari ibu....

Followers