klik !

Tuesday, 3 May 2011

Rindu!

Alhamdulillah tadi dah lepas paper yang ke 2 untuk final semester ni. Masa tengah jawab exam tadi mesti lah banyak mencari idea nak "menggoreng" kan. Tapi dalam mencari-cari idea tadi tiba-tiba termenung sorang-sorang sebab teringat pada sesuatu.Hehe..  Korang nak tahu aku tiba-tiba teringatkan apa? Semestinya coconut shake Klebang kat Melaka ni.haha..Mungkin lapar dan dahaga agaknya. Sepanjang final tadi aku dok fikir pasal coconut shake tu. Memang lain dari lain. Nampak macam biasa, tapi "kaw" dia tu lain macam. Sebab tu kalau korang pergi kedai tu, korang akan nampak macam ada kenduri kahwin. Punyalah ramai orang. Lebih-lebih lagi kalau time cuti sekolah atau cuti am. Penuhnya kedai tu dah nampak daripada traffic light lagi.haha.. Mesti korang cuba bayang kan? Aku letak lah gambar supaya boleh bagi gambaran sikit.. hehe :

Ini hari biasa, kalau time cuti nampak lagi sesak. Tak caye? Datang le..hehe

Geram aku tengok..

Tolong promote ni..hehe
Kalau korang nampak gambar coconut shake tu mesti nampak biasa aje kan? Macam aku jugak dulu. Pelik tengok orang beratur panjang semata-mata nak membeli 2-3 cawan aje. Tapi lepas aku dah rasa, sejuknya sampai ke belakang kepala. haha.. Macam hisap rokok menthol ( Kalau tahu le ) lebih kurang sejuknya. Dengan rasa sejuk+cukup manis+cukup lemak nya memang betul-betul mengingatkan aku pada coconut shake ni. Kalau korang nak rasa datang le,. Nanti kalau datang Melaka roger-roger la. Mana tau boleh lepak semeja. hehe..

P/s : Time cuti sem sampai bulan 9 ni tak pasti lagi ada kat Melaka ke kat Pahang. Tengok dulu macam mana..hehe

5 comments:

Cik Aish said...

aritu ada keluar jalan jalan cari makan..

aarghh nape korang promote..abih la takleh g lagi sbb lagi ramai manusia nnt! hahaha

HonEyBuNNy said...

salam ziarah...

geram jugak neh tgk...sedapnya coconut shake....

op anaz said...

Cik Aish- hehe...lagi meriah..haha
HoneyBunny- Sedap dan menyegarkan....he..

[sutera kasih] said...

perghhh nk gmbr no dua tu !!!huhu

r-5 said...

pergh ko! nanti aku g melaka aku roger ko bro bawak aku g sane oke? amacam? sedap syiak!

Followers