klik !

Tuesday, 3 May 2011

MAX 247??

Malam ni aku tak boleh tidur sedangkan esok ada paper. Jadi aku pun melayari internet sehingga ke jam ini. Tadi aku ada terjumpa satu group yang mana aku pernah sentuh di dalam entry  aku bertarikh 1 Mei 2011. Aku terjumpa group ini secara tidak sengaja semasa sedang asyik online di facebook. Aku mendapati kumpulan K-Pop yang sering diperkatakan ini sudah mulai sedar akan penolakan budaya yang dibawa mereka ke dalam Malaysia. Lalu, mereka menukar nama kumpulan mereka dari 24:7 kepada MAX 247. Aku ada ambil satu gambar dari kumpulan tersebut yang mana cuba mengubah persepsi orang ramai terhadap mereka :



Aku secara tiba-tiba terfikir, rupa-rupanya masih ada kesedaran di dalam hati untuk berubah.Berubah ke arah identiti yang mana lain daripada konsep yang dibawa daripada asal. Mungkin itu satu point untuk memuji mereka. Tapi, aku juga terfikir mengapa mereka begitu beriya-iya sampai begini sekali? Adakah kerana ingin mengejar nama dan populariti? Itu aku tak dapat nak pastikan kerana perlu bertanya kepada empunya diri. Setiap orang ada target mereka sendiri. Mungkin ini adalah cita-cita mereka. Ada orang kata kita kena open-minded dan ada orang kata "agak-agaklah". Apabila aku teliti wall di group tersebut, aku dapati ada yang menyokong dan ada yang menentang. Kalau korang tanya apa pendirian aku, pastinya aku jawab adakah kita perlu melahirkan artis yang sememangnya berlambak-lambak kat Malaysia ni ? Berapa banyak program realiti TV yang melahirkan artis-artis baru. Artis lebih ramai daripada orang yang menghasilkan karya ( lagu ) di Malaysia ni. Sebab tu kalau kita tengok, lagu-lagu kat Malaysia ni ramai penulis dan komposernya hanyalah orang yang sama. Sehinggakan kalau anda dengar sendiri sesetengah lagu itu, hilang kesenian dan kekeringan idea. Tiada keikhlasan dalam berkarya. Apabila aku cakap macam tu tidak bermaksud aku menyokong akan hiburan. Seperti yang aku cakap sebelum ini, kita nak berhibur boleh tetapi ada batas-batas sebagai seorang insan yang bergelar Islam. Pemikiran kita mungkin berbeda, tapi ini adalah pendapat ikhlas yang lahir dari dalam hati aku. Aku juga insan biasa. Wassalm...

2 comments:

AMIN NASRY said...

Ni kes tukar identiti yang x ikhlas....juz want to chase popularity

BubuBobot said...

yes. thats right. saja nak meruntunkan hati semua pihak. euwww

Followers