klik !

Wednesday 4 May 2011

Harmonika..

Harmonika adalah salah satu alat muzik yang menarik bagi aku. Keinginan untuk belajar bermain harmonika ni sudah timbul sejak daripada aku sekolah menengah lagi. Apa yang aku tahu, harmonika adalah satu alat muzik yang dimainkan dengan cara meniup dan menghisap untuk menghasilkan bunyi. Setakat ini alat muzik yang boleh aku main hanya gitar dan drum. Aku betul-betul teringin nak belajar bermain harmonika ni. Tapi susah nak mencari orang yang boleh mengajar bermain benda ni. Kawan-kawan aku sorang pun tak ada yang bermain harmonika ni. Jadi, aku masih mencari-cari siapa yang boleh menurunkan ilmu harmonikanya kepada aku. Kalau malam-malam, boleh layan perasaan. Bersandar sambil tiup harmonika. Kan "feling" namanya tu. hehe..Kalau korang nak tahu apa itu harmonika, di sini gambarnya :

1 comment:

Fathiah Hamim said...

heh dulu maen tiup je. janji bunyi. penuh air liuq. :P

Followers