klik !

Friday, 29 April 2011

Anak Malaysia VS Anak Palestin

Malaysia yang merdeka sejak 31 Ogos 1957 telah mencapai berbagai-bagai perubahan dari segi kemajuan, cara hidup, pembudayaan, dan sebagainya. Jika lihat anak-anak muda Malaysia kebanyakkannya sudah lupa akan asal usul mereka. Budaya orang Timur yang menggambarkan sopan santun dan lemah lembut kian hilang dalam diri masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu. Hari ni aku tertanya-tanya mengapa anak Melayu semakin hari semakin terpesong dari ajaran Islam. Adakah kerana terlena dengan kemewahan dan kemerdekaan yang diperjuang oleh pejuang-pejuang terdahulu? Mungkin tidak pernah kenal erti "kesusahan" dalam kehidupan. Apabila lahir sahaja ke dunia, segala kemudahan dan keamanan dinikmati sehinggakan terlupa akan adab dan akhlak. Anak-anak Palestin yang lahir dalam bunyi dentuman peluru mungkin tidak pernah merasa apa yang kita rasa pada hari ini. Semangat yang membara dalam jiwa mereka untuk melawan rejim Zionis diserap sejak dari kecil. Jika kita lihat anak Malaysia mencari maut dengan cara merempit, anak Palestin mencari maut nelawan kereta kebal. Jika kita tengok anak Malaysia pergi ke disko berseronok, anak Palestin membuat solat hajat daripada terus ditindas. Jika anak Malaysia begitu asyik menikmati makanan-makanan sedap, anak Palestin hanya makan roti kering untuk mengalas perut. Jika anak Malaysia sibuk menonton wayang atau televisyen, anak Palestin hanya sibuk menonton darah di jalanan. Jika anak Malaysia hilang maruah kerana maksiat, anak Palestin ingin mengembalikan maruah mereka dalam mempertahankan baitulmuqaddis. Banyak lagi perbezaan yang ketara sebenarnya. antara anak Malaysia dan anak Palestin. Kenapa agaknya anak Malaysia ramai yang menjadi begini? Lelaki Melayu yang sibuk mencari bohsia, perempuan Melayu yang tergedik-gedik di luar sana seperti tiada adab ketimuran. Berubahlah saudara-saudaraku. Memang Melayu takkan hilang di dunia, tetapi apa guna tidak hilang di dunia jika kehadiran tidak dirasa?


cetek akal

Fisabilillah
              

bayi Palestin dibunuh musuh

bayi Melayu di bunuh ibu sendiri











apa ni? kencing syaitan?

Sumpah laknat...


Al-Quran yang kita semua umat Islam ada. Tidak mengira bangsa, dan parti politik. 


Baru-baru ni kita dikejutkan dengan berita video seks yang didakwa melibatkan ketua pembangkang dalam negara kita. Tambah mengejutkan lagi apabila penyebar video lucah tersebut akan bersumpah laknat hari esok. Begitu berani manusia pada hari ini dalam mempergunakan hukum Allah atas niat menjatuhkan orang lain. Lebih teruk jika saudara sesama Islam. Benar atau tidak itu tak menjadi masalah, tetapi perkara paling besar di sini adalah mengapa mereka begitu bersungguh-sungguh dalam memainkan dan memperbesarkan isu ini? Adakah mereka mempunyai agenda yang tersendiri? Adakah mereka ingin menjadikan ini sebagai satu taktik kotor politik? Ini bukan pertama kali sumpah laknat ini diadakan. Sebelum ni Saiful Bukhari turut melakukan perkara yang sama yang mana melakukan sumpah laknat mengaku diliwat. Seolah-olah sumpah laknat ini merupakan satu perkara yang dipandang remeh dan ringan. Seperti mahu mempersendakan hukum itu sendiri. Aku ada mencari sumber yang mana pihak ulama' sendiri menentang akan perkara ini. Bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus Alhafiz berkata, sumpah laknat yang dilakukan Trio Datuk T, tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar. Beliau merujuk tindakan salah seorang individu terbabit, Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang dikatakan mahu mengangkat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As di Sentul selepas solat Jumaat esok.“Sumpah untuk nak buktikan tuduhan zina cuma boleh dilakukan terhadap isteri sahaja. Itu dipanggil sebagai sumpah Li’an. Itu dinyatakan dalam Al Quran Surah An Nur ayat ke 6 hingga ke 10, ” ujarnya. Sumber yang lain yang aku dapat adalah bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Ustaz Dr Badrul Amin Bahron yang mana mengingatkan umat Islam supaya jangan sewenangnya mempermainkan agama dengan merujuk tindakan individu berkenaan. “Jangan sampai kita semua dilaknat Allah! Siapa ajar sumpah-sumpah ini? Agama apa? Kenapa di masjid? Sumpah bukan ajaran Islam, ikut Islam sebat saja mereka ini,” katanya sambil menyeru umat Islam merujuk surah An-Nur ayat 4Ustaz ni tidak ada mewakili mana-mana parti politik, tetapi bercakap perkara yang benar sahaja. Aku tak mahu bercakap mengenai politik, tetapi apabila ianya melibatkan agama, kita yang beragama Islam ini merasa akan tempiasnya. Adakah hukum-hukum agama ini sewenang-wenangnya dipergunakan demi kepentingan diri sendiri? Kenapa media massa tidak menyiarkan apa yang dikatakan oleh bekas imam dan rakan-rakan seperjuangannya yang lain? Takut akan kebenaran atau mendapat tekanan dari pihak atasan? Aku tiba-tiba teringat akan tanda-tanda kiamat yang mana sumpah palsu akan berleluasa di muka bumi. Aku bukanlah seorang ustaz yang tahu banyak perkara, tetapi aku sebagai insan yang bergelar Islam berasa terpanggil untuk memikirkan hal ini. Aku berharap agar umat Islam di dunia ini kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenarnya termasuklah diri aku yang banyak cacat celanya. Wallahualam..

Thursday, 28 April 2011

Burhanuddin Al-Helmy



  G
kuciptakan lagu untukmu
  D
kunyanyikan syair buatmu

  Em
tentang perjuangan

  C
tentang pengorbanan

  G
kau yang bertubuh kecil
  D

tetapi berjiwa besar
  Em

tegas pendirian
  C

dan berhati mulia

  G
dari utara hingga selatan
  D

lantang suaramu
  Em

menentang penjajahan
  C

melawan penindasan

  G
demi untuk negara
  D

demi untuk merdeka
  Em

kau sering terpenjara
  C

kebebasanmu dirampas
  G       D                 Em

tapi, jiwamu... tetap merdeka
  C                              D

di atas robohan kota melaka
  G                       Em

kita dirikan jiwa merdeka
  C                      D

kata2 azimat darimu
  G

tak pernah kami lupa
  C                                      D
walaupun kini jasadmu telah tiada
  G                                     Em      

namun semangatmu membakar jiwa
  C                                     D

rakyat malaysia yang tak pernah melupakan
  G
perngorbananmu

  C                                  D
rakyat malaysia yang cintakan
  G
perjuanganmu


p/s : harap abang Black tak kisah kalau ambil lagu ni tulis lirik dan aku cari kodnya..Takut ada salah..peace.. 

Wednesday, 27 April 2011

stylo..


Ini barulah dikatakan seni..hehe

Kenapa sampai jadi macam ni?

Assalammualaikum.. Pelik sungguh manusia ni. Tidak bersyukur dengan apa yang dia ada. Ada golongan yang sememangnya lahir dari keluarga Islam tidak mahu menerima ajaran Islam, malah terus-menerus mencaci dan menghina Islam. Budak yang aku cakapkan ni namanya Danny Daniel. Bukan dia seorang je, tapi Danny dan kawan-kawan.  Kat sini aku letak sedikit gambar yang aku ambil dekat group "Danny daniel,hentikan penghinaan terhadap Islam". 
















Inilah antara gambar yang aku ambil. Danny & the gang. Nampak macam budak-budak lagi. Aku ada jugak nasihat sikit, tapi habis dia mengutuk-ngutuk. Jadi, aku ambil keputusan untuk biarkan sahaja. Sekurang-kurangnya aku dah tegur. Dia tak nak terima nak buat macam mana kan. Aku rasa golongan-golongan macam ni semuanya golongan yang cetek akal dan kurang kasih sayang. Dia ingat hukum hakam agama ni main- main? Sekarang nak salahlkan sape? Mak bapak? Cikgu? Tak tahu nak cakap.. Mungkin keluarga diorang tak mengamalkan ajaran Islam yang sebenar kot. Dah semakin banyak golongan macam ni. Dia orang pun macam dah ada persatuan sendiri dan semakin berani bertindak mencaci Islam. Jika perkara macam ni berterusan, orang-orang bukan Islam sendiri akan ketawakan umat Islam kerana dalam kalangan orang yang ber"nama" Islam ni membuat pernyataan yang menghina agama Islam. Semakin dilayan, semakin teruk mereka  mengutuk Allah dan para rasul. Aku harap aku tak jadi macam diorang yang sememangnya nyata sesat. Selamatkan aku Ya Allah..Amin....

Sedar tak sedar...

Sedar tak sedar hari ni dah 27 April..Sekarang ni final n pastu cuti sampai lah ke bulan 9..Apa yang patut aku lakukan? menoreh? memikat burung? kerja kat KFC? Tak pun buat reban ayam kat belakang rumah? Ah.... Banyak benda kat kepala ni.. Kalau ikut perancangan nak wat aktiviti yang bagi pulangan duit maksimum.. duit oh duit...kalau tak ada duit memang susah sikit nak bergerak ke mana-mana..Nak wat aktiviti pun susah kalau duit tak ada.. Sebab tu dalam masa 4 bulan cuti ni aku nak cuba cari duit sebab macam-macam benda dalam kepala ni.. Separuh akhir Pahang Vs Terengganu nanti konpem-konpem aku nak pergi.. Kalau masuk final pun mesti pergi...semuanya memerlukan duit... Tapi hari tu mak aku dah warning : " Weh Abu, aok jangan nok ngade-ngade nok gi kerje kat Melaka te, aok kerje kat rumoh ni ha,.sape nok cat rumoh ni kalo bukan aokme adik-beradik?"..haha..terbantut aku punya niat nak kerja kat Melaka sementara cuti sem ni..sabo je lah.. Kalau mak cakap jangan tu kena ikut..kejap lagi kalau degil,ada la benda tak kena..

Model reban ayam aku nak wat nanti...hehe
Kesimpulannya kat sini, aku kena lah duduk kat rumah membantu orang tua..sementara diorang ada ni lah kita nak tolong..walaupun tahu jasa mu tidak terbalas, akan ku korbankan segala-galanya untukmu ayah dan ibu..haha...over lah pulak.. Balik ni pun aku ingat nak menjaring ikan pastu suruh mak aku wat pekasam..pergh, memang style lah..lama aku tak makan ikan pekasam sejak duduk kat Melaka ni.. Tak jumpa-jumpa..Mana lah kedai yang ada jual ikan pekasam kat sini, puas aku mencari...

Pergh..wa cakap lu....

Kalau tengok riak muka aku, memang tak ada tanda-tanda rindu kat kampung langsung..Tapi dalam hati siapa lah tahu..aku rindukan masakan "mok" aku.. Gulai tempoyak mak aku terbaik, sambal petai terbaik, sambal jering terbaik..tak lupa juga gulai asam rom..pergh....dah lapar aku ni...cakap pasal makanan ni "gecor" rase.hehe... Kalau korang rasa, mesti nak rasa lagi punyalah..hari tu aku bawak membe-membe U aku makan kat Pahang, bertambah 2-3 pinggan jugak diorang..Baru dia kenal Puan Esoh ( mak aku ) tu sape..walaupun dah tak garang macam dulu, tapi kuat membebel mu...haha

miss u...ehehe

Yang pasti aku balik kampung lepas final ni aku nak makan puas-puas dulu..lepas tu baru lah nak wat kerja.. Lepas tu raya kan? ahaha..lambat lagi..tapi dah rasa keperitan mencari buluh lemang dalam bulan Ramadhan sebab cuti lama.. Buat bahulu dalam bulan Ramadhan pun dah terasa walaupun 3-4 bulan punya cerita lagi...Tak sabar aku nak balik kampung,. Nampak jek rilex, tapi dalam hati ada taman..hehe..

P/s : Dulu selalu kena marah sebab asyik hangus bahulu time aku jaga api..haha

Tuesday, 26 April 2011

Kadang-kadang aku pun tak faham..


Hari ni aku tengok ramai manusia zaman sekarang dah semakin melencong. Macam-macam perangai ada. Jadi pelacur, jadi pondan, hisap dadah, buang anak, sampai aku pun malas nak taip. Yang lagi sedihnya kalau golongan-golongan ni adalah orang Melayu. Melayu menggambarkan penduduk Islam kat Malaysia ni sebab Melayu lah majoriti penganut agama Islam kat negara ni. Hari ni aku dah tak tahan sebab tiap-tiap hari jumpa dengan golongan-golongan cetek akal ni. Kat belakang Hang Tuah Mall dah jadi port bapok ( sampai dah dioffer RM20..haha)..

aw nyah...cari kawan-kawan I kat belakang Hang Tuah Mall ye..

Kat River Cruise sarang pelacuran ( Melayu, India )..kalau jalan sikit nampak budak hisap gam, mak cik hisap gam ( abang polis ronda tengok macam benda dah biasa ) Tak percaya? tengok ..Itu gambar yang muda..Yang tua nanti ada masa aku snap..hehe...Kadang-kadang pelik jugak diorang wat macam tak ada apa-apa jek. Mat rempit lagilah berlambak-lambak. Takde muka rasa bersalah langsung. Lagi satu aku selalu terserempak dengan orang gila kat Melaka ni. Dah macam port orang gila pulak. Sampai ada mengaku dia lah Hang Jebat lah Hang Tuah lah. Nampak normal, layan-layan rupanya mereng kepala otak. Macam-macam kat bandar Melaka ni. Aku duduk kat KL dah 4 tahun , takde lah sampai mak cik-mak cik hisap gam. Budak-budak adalah. Kat bandar Melaka ni banyak benda-benda pelik aku dah lalui. Dahlah tiap-tiap hari aku memang kena lalu semua port yang aku cakap tadi sebab memang itu je lah jalan alternatif kalau nak ke mana-mana. Pelik jugak tak ada tindakan pihak berkuasa. Nak tunggu aku repot kot. Tengoklah kalau ada masa,.hehe.. Malam tadi saja jek aku try kacau bapok. Menganjing-nganjing sikit, pastu naik motor blah..haha..Muke mamat bapok tu bengkek jek. Geram nok tampor..haha..Malam tadi jugak keluar berita, budak yang rogol budak U aku baru-baru ni dah kena hukuman 16 sebat, 30 tahun penjara. Ambik ko rasekan duduklah dalam penjara tu sampai umur ko 50-60 tahun. Mesti best duduk kat dalam penjara dapat membe-membe baru. Dulu masa rogol ngan rompak ko tak fikir, dah kena baru nak wat muka bersalah. Rasa nak tumbuk pun ada. Pelik dan pelik dengan manusia zaman sekarang ni. Dah macam hilang arah tuju. Aku sentiasa berdoa janganlah aku dalam golongan-golongan manusia cetek akal ni. Jauh-jauhkanlah.. Kat U aku ni pun berapa kerat je lah lelaki yang tinggal. Aku anggarkan 16.67% jek lelaki dalam U aku berbanding perempuan sebab dalam kelas aku daripada 30 orang, ada 5 orang lelaki sahaja ok. Ada kelas lain tu langsung tak ada lelaki. Sebab tu aku berazam nak jadi anak muda lelaki yang berjaya dan berbakti untuk agama, bangsa, negara.cewah ayat aku. haha.. InsyaAllah..Amin...




dadah perosak


Monday, 25 April 2011

Harta Pusaka Nenek


Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."

Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"

Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Rahmat : "?????"



Saturday, 23 April 2011

Minggu Exam..

Minggu exam atau study week ni dah mula sejak dari minggu lepas lagi. Tapi paper aku tak muncul-muncul sebab start paling lambat dan habis paling awal. Sentuh buku pun tak lagi. Dahala aku tengok jadual padat. Tak ada "gap" langsung. Hari-hari ada exam. Memang style jugak lah bila fikir balik. Boleh bebas awal. Ye dok? haha..Jangan ada repeat paper sudahlah. Aku tak target tinggi-tinggi pun. Tahu diri sendiri memang tak belajor. Sabo je lah. Tadi pergi tengok Liverpool vs Birmingham. Layan jugak lah, pastu kena balik sebab ada housemate aku nak balik study. Esok dia ada paper. Jadi aku layankan aje. Lepas balik aku menghadap laptop dan on9 lah sampai sekarang. Ai bila lah nak study ni. Sibok tak habis-habis wat mende mengarut. Yang lagi down semangatnya lepas tengok result liga super. Keputusan perlawanan untuk negeri tercinta memang mengecewakan. Kaloh dengan pasukan bermasalah iaitu Negeri Sembilan. Macam mana boleh kalah aku pun tak tahu sebab team nogori pun ada jugak tonggak yang injured. Mungkin tak ada nasib kot. Nak wat macam mana kan. Walaupun team Pahang berada di tangga ketiga tercorot liga aku tetap sokong team Pahang. hehe..

p/s : Takkan orang Sarawak pulak nak sokong team Pahang. Ishk..

10 tips untuk mengurangkan bosan ketika di dalam lif

1. Ketika anda hanya berdua dengan orang tak dikenali, cuit bahunya! Kemudian anda pura-pura melihat ke tempat lain..

2. Buat muka menyeringai kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit “Diam, semuanya diam!”.

3. Bawalah kamera dan ambillah gambar semua orang yang ada di dalam lif.

4. Pindahkan meja kerja anda ke dalam lif. Jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka sudah membuat appoinment?

5. Letakkan sebuah bungkusan di sudut lif, jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka mendengar bunyi tik… tik… tik…

6. Anda pura-pura jadi pramugari! Tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan seperti di dalam kapal terbang.

7. Ketika pintu menutup, beri pengumuman kepada semua orang. “Bertenang, jangan panik, jap lagi die bukak balik!”.

8. Bukalah beg tangan anda, sambil melihat ke dalam beg tangan, tanyalah “Oksigen cukup tak kat situ?”

9. Diam dan jangan bergerak sama sekali di sudut lif, menghadap dinding, jangan sesekali keluar.

10. Dengarkan suara di dinding lift dengan stetoskop.

11. Buatlah garis di lantai sekeliling anda menggunakan kapur, lalu beritahu “Ini adalah area SAYA”

26JA1. Ketika anda hanya berdua dengan orang tak dikenali, cuit bahunya!


Maharaja Lawak

Sebelum-sebelum ni aku tak layan pun raja lawak sebab bosan. Tapi aku layan maharaja lawak sebab persaingan sengit. Susah nak pilih sebab memang sengit.Kat sini aku nak rankingkan persembahan TERBAIK setiap minggu dalam penilaian aku sendiri. Yang menjadi pilihan aku lah sampai ke minggu ke empat ni adalah :



Minggu Pertama ( Jambu )



Minggu Kedua ( Sepah )



Minggu Ketiga ( Jozan )



Minggu Keempat ( Jambu )

Isi Borang Untuk Kerja Kosong


Aku baru-baru ni tiba-tiba teringat kisah lucu yang pernah kawan kepada anak bos bapak sedara anak ketiga belah ayah aku cerita kat aku. Kejadian ini berlaku di Pulau Pinang. Mamat ni setiap kali pergi interview je mesti gagal. Dia pun dah pelik + bengang. Ini tak boleh jadi katanya.Oleh kerana dah boring isi borang kerja kosong tapi asyik tak dapat, mamat ni pun menggunakan teknik baru supaya company yang dia apply kerja tu beri perhatian kepada permohonannya.

Name : Ajoi
Age : Still young
Sex: Never. Still under age
Religion: I only have experience praying my cat which dead 2 years before
Race: I love to race. How u know?
Nationality : I don’t like National. I prefer Sanyo
IC No.: 6735
Tel No.: My house no telephone
HP No.: Nokia 3310
Address: Jelutong, Penang
City: Nurhaliza?
Postcode: I never post anything
Country: I love travel to London
Status: Secret
EmailAddress : Hotmail
Education Background : My teacher said, not bad
Working Experience : Last time I got sell pirate VCD
Father’s Name : Daddy
Father’s IC No. : U ask him
Mother’s Name : Mummy
Mother’s IC No. : U ask her
Expected Salary : As much as u can pay
When can start work? : Depends on my mood
Highest Qualification : Very high
Grade : Also very high
College/University : College
Signature :
Can I use chop??

P/s : Pergi interview contohi lah mamat ni..haha

Thursday, 21 April 2011

Ayam Hantu..


Hari ni ada baca satu entry pasal ayam hantu/ ayam selasih ni.. Darah ayam ni dipercayai dapat dijadikan sebagai penawar yang kuat. Ada mengatakan ianya digunakan dalam perubatan tradisional. Tapi yang paling penting, ayam ni "design" stylo lah..hehe.. cer nengok, cer nengok...hehe


P/s : Leh wat berlakon cerite hantu ni...





lawak 18sx sikit jek..tapi still leh tengok..tergelak aku...


Make sure korang dengar suaranya..baru korang faham..:-)

20 dan 25 perkara...hehe

20 perkara wanita tidak suka ada pada lelaki

1. Meninggikan suara

2. Main kayu 3

3. Suka "cuci mata"

4. Mengongkong

5. Ego

6. Menipu

7. Perasan

8. Mementingkan diri sendiri

9. Kurang memberi perhatian

10. Cemburu buta

11. Mata duitan

12. Komited terhadap kerjaya

13. Panas baran

14. Kaki merokok

15. Pengotor

16. Gelojoh

17. Pentingkan kawan-kawan

18. Tidak tahu menghargai

19. Putar belit

20. Suke kontrol macho


25 perkara lelaki tidak suka ada pada wanita

1. Berambut perang..tak pun rambut kaler merah highlight sikit-sikit budget Avril

2. Kau pintal-pintal rambut kat public dengan lidah terjelir-jelir..kau nak jadi pornstar eh?

3. Snap gambar dari atas, buat duck face & kau upload kat Facebook..geli doh tengok..kalau 1 album nama kau, dalam tu semua muka itik kau. Muka penuh depan kamera..semuat-muat frame..bodoh

4. Kau rasa comel bila kau type message 'ewww..jum lepak..busyan lorh...umah tadew orang..pakwe gie maen futsal pulark..busyan busyan! T__T' macam shit kau tahu tak

5. Kau kerek bila kau makan kat fastfood ngan member-member kau..kau snap gamba sana-sini macam tempat tu tak de orang..annoying taek!

6. Kau pakai baju nampak lurah tetek kau pegi jalan-jalan kat bandar..kau seronok lah abang misai pandang pastu tulis kat facebook 'nyampah nyew adew abang misai usya-usya kitew..tark syukew tark syukew larh' Perosak bahasa sial.

7. Annoying doh tengok kau peluk laki or balak kau dekat public or shopping complex..kalau sangap sangat g rumah tumpangan RM30/nett

8. Kau pakai tudung tapi kau pakai jeans yang abang misai dari jauh boleh nampak shape bontot kau yang jatuh tu..lagi-lagi kalau lepas duduk, terselit 'celapong' (celah ponggong a.k.a pungkoq)

9. Macam shit bila kau tulis kat facebook yang kau tengah tension, tengah sakit perut, tengah happy..weh..asal time berak kau tak tulis sekali 'kitew tengah berak..syuke syuke ^__^'

10. Kau saje ubah-ubah relationship status kat facebook..kononnye kau ni macam best kejap Single, kejap in relation, kejap open..asal kau tak bubuh 'I am Lesbian'

11. Nyampah tahu tak kalau kau tak reti bawak barang shopping sendiri..padahal 2 3 plastik je..tu pun nak suruh balak kau..balak kau nyampah ok..bukan suka pun

12. Sikit-sikit kau ngadu kat member-member kau yang kau ada stalker kat kelas, kat office..konon kau tak tahu nak buat ape..ape doh perangai kau

13. Kau bisik-bisik ngan member kau yang duduk semeja..padahal dekat meja tu tengah lepak 4 5 orang

15. Bila kau lepak ngan member yang hot stuff, hensem-hensem, kool, kau tak pulak nak tegur member kau yang pakai tudung serabai plus muka berminyak 'she's not my friends..please lah'

16. Kau tenung-tenung mamat yang cam kool supaya mamat cam kool tu perasan kewujudan kau sambil buat muka tahi

17. Kau order makanan itu ini sebab gambar dekat menu cantik..tapi bila makan 3 4 sudu kau cakap tak sedap..lepas tu tak habis..lepas tu ngadu lapar..g makan kat tempat lain pulak..nak terajang muka kau siot

18. Kau tak pandai buat tu, buat ni..tanak pegang tu, pegang ni..alasan kau kotor, jijik..habis sapa yang nak buat kan?

19. Pakai tudung, baju kurung, manis..dalam wayang, dalam kereta, huih....bukan main sandar-sandar, peluk-peluk, ramas-ramas..baik tak payah pakai tu semua..selalu nampak kat highway

20. Kau cerewet..kena buat semua benda macam kau nak..kalau tak sama macam kau nak, kau angin, kau merajuk, kau marah..cuba kalau kau buat kerja yang orang cerewet macam kau..muncung je mulut kau

21. Kau merajuk ngan mak kau, kau merajuk ngan bapak kau, pakwe pun buat taek ngan kau..kau ngamok, marah, benci & merajuk..last-last kau decide kau bunuh diri..terjun dr bumbung Pavi..tapi tak mati pun..silap-silap kena buang keluarga..lagi shit hidup kau

22. Lepak ngan sekutu gediks kau ketawa kuat kuat, buat onar..masing masing dressed up fancy nak mampos. Skali awek pakai tudung litup melintas korang pakat usya atas bawah atas bawah ramai2. pandangan jijik like 'eww she dont have style..yucks' emang gud gud la kau

23. Mekap tebal ala ala mak ayam..atas mata tu dah macam pelangi..tambah plak bulu mata palsu..klip pah kip pah mata tu dah macam berus cat..kelopak mata tak larat nak angkat..cam sial.. satu level ngan bapok belakang lorong haji taib..

24. Pakai baju sikit lagi nak 6pak puting..lengan himpit tetek bagi terkepit..konon nak bagi nampak lurah lebih menonjol pastuh snap gamba dari atas supaya nampak yg dalam baju tu... buat pulak muka bersyahwat sambil lidah terkeluar.. what the hell..saje menambah bilangan owang laki masuk narakka jahanam

25. Kau buat facebook ni macam medan memperagakan diri..kau upload beribu ribu gamba muka kau je sampai 10 album.. bila ade org puji kau jawab 'ala shayer tark syomel pown..beshe beshe jew' nyampah siot


P/s: Saje suke-suke... :-)

Wednesday, 20 April 2011

Bangunlah...

Baru-baru ni negara kita digegarkan dengan berita yang mengatakan loji memproses sisa nukleur akan di bina di Gebeng Kuantan, Pahang. Projek yang bernilai kira-kira RM700 juta ini sudah mencapai tahap terakhir sebelum boleh memulakan "kerjanya". Projek ini yang dibina oleh syarikat dari Australia iaitu Lynas Corp itu akan menyebabkan kesan radiasi kepada masyarakat sekitarnya iaitu Kuantan dan mungkin juga Kemaman,Terengganu. Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia, Raja Abdul Aziz Raja Adnan mengatakan kesan radiasinya rendah dan selamat. Jika benar apa yang dikatakan oleh mamat ni, kenapa loji yang "selamat" ini tidak dibina di Australia itu sendiri? Sedangkan kita tahu negara Australia adalah negara yang besar dan mempunyai pemilihan ruang yang lebih banyak berbanding keluasan tanah yang kecil di Malaysia. Kenapa kerajaan Australia tidak mahu membangunkan loji pemprosesan sisa nukleur ini di pedalaman Australia atau sebagainya? Kenapa perlu melabur hampir RM 1 bilion untuk memindahkan sisa nukleurnya ke Malaysia(2500 km jauhnya dari Australia)? Tidakkah anda pelik kawan-kawan khususnya rakyat Malaysia? Di sini aku bercakap tiada unsur politik, malah bercakap untuk kebaikan anak-anak cucu kita yang akan menjadi pemimpin masa hadapan. Kesan radiasi ini memang tidak akan nampak untuk 5-6 tahun akan datang, tetapi kita akan dapat lihat kesannya pada masa akan datang. Adanan Yaakub iaitu menteri besar Pahang sendiri memberi ugutan akan menutup semua kilang di Gebeng jika Lynas Corporation yang memproses ‘rare earth’ tidak dibenarkan beroperasi. Adakah ini disifatkan sebagai ugutan kepada rakyat Pahang agar menerima projek ini dengan hati terbuka? Menteri besar sendiri mengugut mahu menutup peluang pekerjaan rakyat Pahang jika rakyat Pahang terus menerus mendesak projek ini supaya dibatalkan? Ini bukan soal pendapatan kerajaan, ini soal kesihatan dan keselamatan. Tidak ada projek lain yang mampu menjana pendapatan negeri Pahang lagi ke cik Adnan oi? Balak kat Pahang tu mana hasilnya? Tak nampak pun? Nak bina loji pelupusan sisa nukleur. Bukan nukleur kawan-kawan tetapi SISA nukleur, Setahu aku hanya satu negara sahaja yang menerima projek ini di dunia iaitu negara China. Malaysia nak jadi negara ke dua yang menerima projek inikah? Kenapa negara lain tak terima projek ini? Setahu aku dulu kerajaan negeri Terengganu dah menolak permohonan Lynas Corporation untuk membina loji yang sama di Teluk Kalung pada tahun 2007. Kini kerajaan negeri Pahang menerima projek ini. Kenapa pentadbiran kerajaan negeri tidak bertanya sebab kepada kerajaan negeri terengganu apakah alasan mereka dalam menolak permohonan Lynas Corporation ini? Aku bercakap bukan bagi pihak rakyat Pahang sahaja, malah untuk rakyat Malaysia khususnya. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi lagi 20-30 tahun. Pepatah Melayu ada mengatakan "sediakan payung sebelum hujan". Tapi kalau kita tengok hari ni, kita sebenarnya menadah hujan dan tidak menyediakan payung langsung. Rakyat Malaysia sudah ramai yang berpendidikan. Adakah projek ini perlu diteruskan? Aku yakin ianya PASTI diteruskan jika rakyat Malaysia hanya membisu. Aku sebagai rakyat Pahang dan Malaysia membantah keras projek ini. Anda bagaimana? Hanya berfikir di hati tiada tindakan? Alahai, layunya Melayu.

Tuesday, 19 April 2011

Nak Cerita Pasal Gobek..


Hari ni tiba-tiba teringat ke wan sebeloh rumoh koi kat kampung te. Dia ske ye amat maken sireh. Keknye, faham-fahamle orang tue an,doh tak dek gigi la ceritenye nok mengunyoh daun sirih te. Koi yakin mesti ande antare korang hok yang tak tau gobek tu mende ape. Ye dak? Aha..ini hok yang koi nok cerite ni.. Gobek ni digunakan nok melumatkan daun sirih te. Lepas doh campur daun sirih, gambir,pinang,kapor, ha mende lagi, hayun le aokme melumatkan daun te. Kalo wan sebeloh umah koi ni dia campur ngan tembakau sekali, kalo koi dok la nok campurkan sekali ngan tembakau..haha..dulu koi belajo ngaji ngan dia ( Wan we). setiap kali pas ngaji je mesti koi ngepau dia nok makan sirih. Die berlambok sirih di rumoh, koi ngepau ar mende lagi nok tunggu. haha..Gobek ni dibuat dari logam bentuk silinder dan berlubang ditengah dari hujung hingga kepangkalnya. Ande ibu gobek ngan anok gobek. Kadang-kadang te, ada sesetengoh gobek memang diukir ngan corok-corok hok yang cantik/ sedap mata memandang. ha..Tapi, lepas wan we pindoh ngikut anoknye ke bandor, koi dah jarang makan sirih. Sebab mok ngan ayoh koi tok makan sirih. Mok ayoh koi makan petai, jering, ngan kerdas kuat la..sirih tok emboh masok..haha...tak pe la, nanti koi nok mulekan balik lah tabiat koi hok yang suke makan sirih mase kecik-kecik dulu.. peace :-)


Din Guai

Pak cik Din Guai ni merupakan seseorang yang memperjuangkan dalam memartabatkan kembali warisan negeri Pahang ni. Dia ni asal dari kampung Guai. Cer nengok dia main lagu joget Pahang :

Warisan Yang Semakin Pupus



Kat negeri Pahang ni banyak warisan tradisional yang ditinggalkan oleh nenek moyang kepada waris mereka. Tapi banyak tradisi yang diwariskan semakin dilupakan oleh anak-anak muda. Sebab apa ? Mungkin sebab "kemajuan" yang dikejor sampai ke tahap tak nok dah cakap Pahang,. Kalau jumpa cakap KL. KL sangat la kononnya. Nok wat gone dak, kalo dah lpe diri te lupe jugek la. Bukan nya nok racist negeri, keknye nok kabo warisan jangan dilupa. Pahang ni unik. Tok macam negeri lain. Negeri lain loghatnya ada se jek. Kalo Pahang, ada 5-6 loghat. Sebab setiap daeroh menggunekan loghat lain-lain. Orang tua cakap orang Pahang ni bercakap ikut arus sungai. Kalau beloh-beloh hulu te ( atas ) ,orangnya bercakap deras sebab arus sungai Pahang deras kat beloh hulu. Biasanya orang beloh-beloh lipis la. Loghatnya akan semakin perlahan bile sungai te semakin turun ke daeroh lain. Bile doh sampai ke Temerloh, orang beloh2 Temerloh cakap slow ngan sopan sikit sebab arus sungai doh perlahan sikit bila mengalir kat Temerloh.Bila dah nak sampai ke muare beloh2 pekan te, orang beloh sane cakap perlahan jek. Sebutir-sebutir kuor perlahan macam arus air sungai beloh sane. Itu yang uniknya. Tapi bila nengok anok-anok Pahang di perantauan, semua hilang pertuturan loghatnya. Malu katanya.Orang Kedah hok yang koi kenal pun nok jadi orang Pahang sebab tertarik ngan warisan-warisan ni sebab unik. Ishk2, ape nok malu, patot bangga. Sampai ande orang luor tertanya-tanya Pahang ni ada loghat ke tidok. Lantok wokme le, yang penting koi memg asal beloh Temerloh. Lantok kan haje orang nok kabo mende pun. Koi pedulik mende. Anok-anok mude ni la yang nok turunkan warisan nenek moyang.ye dok? Hm.....:-)

Followers