p/s : Takkan orang Sarawak pulak nak sokong team Pahang. Ishk..
Saturday, 23 April 2011
Minggu Exam..
Minggu exam atau study week ni dah mula sejak dari minggu lepas lagi. Tapi paper aku tak muncul-muncul sebab start paling lambat dan habis paling awal. Sentuh buku pun tak lagi. Dahala aku tengok jadual padat. Tak ada "gap" langsung. Hari-hari ada exam. Memang style jugak lah bila fikir balik. Boleh bebas awal. Ye dok? haha..Jangan ada repeat paper sudahlah. Aku tak target tinggi-tinggi pun. Tahu diri sendiri memang tak belajor. Sabo je lah. Tadi pergi tengok Liverpool vs Birmingham. Layan jugak lah, pastu kena balik sebab ada housemate aku nak balik study. Esok dia ada paper. Jadi aku layankan aje. Lepas balik aku menghadap laptop dan on9 lah sampai sekarang. Ai bila lah nak study ni. Sibok tak habis-habis wat mende mengarut. Yang lagi down semangatnya lepas tengok result liga super. Keputusan perlawanan untuk negeri tercinta memang mengecewakan. Kaloh dengan pasukan bermasalah iaitu Negeri Sembilan. Macam mana boleh kalah aku pun tak tahu sebab team nogori pun ada jugak tonggak yang injured. Mungkin tak ada nasib kot. Nak wat macam mana kan. Walaupun team Pahang berada di tangga ketiga tercorot liga aku tetap sokong team Pahang. hehe..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
ye ah...hahaha
Post a Comment