klik !

Tuesday, 19 April 2011

Warisan Yang Semakin Pupus



Kat negeri Pahang ni banyak warisan tradisional yang ditinggalkan oleh nenek moyang kepada waris mereka. Tapi banyak tradisi yang diwariskan semakin dilupakan oleh anak-anak muda. Sebab apa ? Mungkin sebab "kemajuan" yang dikejor sampai ke tahap tak nok dah cakap Pahang,. Kalau jumpa cakap KL. KL sangat la kononnya. Nok wat gone dak, kalo dah lpe diri te lupe jugek la. Bukan nya nok racist negeri, keknye nok kabo warisan jangan dilupa. Pahang ni unik. Tok macam negeri lain. Negeri lain loghatnya ada se jek. Kalo Pahang, ada 5-6 loghat. Sebab setiap daeroh menggunekan loghat lain-lain. Orang tua cakap orang Pahang ni bercakap ikut arus sungai. Kalau beloh-beloh hulu te ( atas ) ,orangnya bercakap deras sebab arus sungai Pahang deras kat beloh hulu. Biasanya orang beloh-beloh lipis la. Loghatnya akan semakin perlahan bile sungai te semakin turun ke daeroh lain. Bile doh sampai ke Temerloh, orang beloh2 Temerloh cakap slow ngan sopan sikit sebab arus sungai doh perlahan sikit bila mengalir kat Temerloh.Bila dah nak sampai ke muare beloh2 pekan te, orang beloh sane cakap perlahan jek. Sebutir-sebutir kuor perlahan macam arus air sungai beloh sane. Itu yang uniknya. Tapi bila nengok anok-anok Pahang di perantauan, semua hilang pertuturan loghatnya. Malu katanya.Orang Kedah hok yang koi kenal pun nok jadi orang Pahang sebab tertarik ngan warisan-warisan ni sebab unik. Ishk2, ape nok malu, patot bangga. Sampai ande orang luor tertanya-tanya Pahang ni ada loghat ke tidok. Lantok wokme le, yang penting koi memg asal beloh Temerloh. Lantok kan haje orang nok kabo mende pun. Koi pedulik mende. Anok-anok mude ni la yang nok turunkan warisan nenek moyang.ye dok? Hm.....:-)

3 comments:

nurAMALLINA said...

entry ini menunjukkan tak lame lagi, koi jadi orang pahang. aok tunggu le.

kudabesi said...

keh sokong haha (org temeloh keja lipis, gini la gaya)

sebenornya, certain org pahang tu x de jati diri. jumpa org kedah cakap kedah, jumpa org kelate kecek kelate

jadi org x kenal la loghat negeri nih..

satu lg, yg kuarga dia bukan asal pahang. jd mmg kuarga dia x amalkan loghat, budaya pahang. jd wpon IC tulis pahang..dia x cakap loghat pahang

plan said...

bnyk org pahang skrng asal negeri lain......ce deme g jantet, kampung banyok tapi bukan kampung tu bkn kampung org jantet, tpi kampung org kelantan....... lps tu felda banyok org utare................kampung kas de lepih pon dah tak ramai org pahang jati.....ramai datang dari negeri lain menetap di kampung kas...sbb tu bahase pahang makin kurang org gune....

Followers