klik !

Friday, 29 April 2011

Anak Malaysia VS Anak Palestin

Malaysia yang merdeka sejak 31 Ogos 1957 telah mencapai berbagai-bagai perubahan dari segi kemajuan, cara hidup, pembudayaan, dan sebagainya. Jika lihat anak-anak muda Malaysia kebanyakkannya sudah lupa akan asal usul mereka. Budaya orang Timur yang menggambarkan sopan santun dan lemah lembut kian hilang dalam diri masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu. Hari ni aku tertanya-tanya mengapa anak Melayu semakin hari semakin terpesong dari ajaran Islam. Adakah kerana terlena dengan kemewahan dan kemerdekaan yang diperjuang oleh pejuang-pejuang terdahulu? Mungkin tidak pernah kenal erti "kesusahan" dalam kehidupan. Apabila lahir sahaja ke dunia, segala kemudahan dan keamanan dinikmati sehinggakan terlupa akan adab dan akhlak. Anak-anak Palestin yang lahir dalam bunyi dentuman peluru mungkin tidak pernah merasa apa yang kita rasa pada hari ini. Semangat yang membara dalam jiwa mereka untuk melawan rejim Zionis diserap sejak dari kecil. Jika kita lihat anak Malaysia mencari maut dengan cara merempit, anak Palestin mencari maut nelawan kereta kebal. Jika kita tengok anak Malaysia pergi ke disko berseronok, anak Palestin membuat solat hajat daripada terus ditindas. Jika anak Malaysia begitu asyik menikmati makanan-makanan sedap, anak Palestin hanya makan roti kering untuk mengalas perut. Jika anak Malaysia sibuk menonton wayang atau televisyen, anak Palestin hanya sibuk menonton darah di jalanan. Jika anak Malaysia hilang maruah kerana maksiat, anak Palestin ingin mengembalikan maruah mereka dalam mempertahankan baitulmuqaddis. Banyak lagi perbezaan yang ketara sebenarnya. antara anak Malaysia dan anak Palestin. Kenapa agaknya anak Malaysia ramai yang menjadi begini? Lelaki Melayu yang sibuk mencari bohsia, perempuan Melayu yang tergedik-gedik di luar sana seperti tiada adab ketimuran. Berubahlah saudara-saudaraku. Memang Melayu takkan hilang di dunia, tetapi apa guna tidak hilang di dunia jika kehadiran tidak dirasa?


cetek akal

Fisabilillah
              

bayi Palestin dibunuh musuh

bayi Melayu di bunuh ibu sendiri











apa ni? kencing syaitan?

1 comment:

mdhafiz said...

ini jdnya jika ISLAm hanya pada nama

Followers