klik !

Friday, 29 April 2011

Sumpah laknat...


Al-Quran yang kita semua umat Islam ada. Tidak mengira bangsa, dan parti politik. 


Baru-baru ni kita dikejutkan dengan berita video seks yang didakwa melibatkan ketua pembangkang dalam negara kita. Tambah mengejutkan lagi apabila penyebar video lucah tersebut akan bersumpah laknat hari esok. Begitu berani manusia pada hari ini dalam mempergunakan hukum Allah atas niat menjatuhkan orang lain. Lebih teruk jika saudara sesama Islam. Benar atau tidak itu tak menjadi masalah, tetapi perkara paling besar di sini adalah mengapa mereka begitu bersungguh-sungguh dalam memainkan dan memperbesarkan isu ini? Adakah mereka mempunyai agenda yang tersendiri? Adakah mereka ingin menjadikan ini sebagai satu taktik kotor politik? Ini bukan pertama kali sumpah laknat ini diadakan. Sebelum ni Saiful Bukhari turut melakukan perkara yang sama yang mana melakukan sumpah laknat mengaku diliwat. Seolah-olah sumpah laknat ini merupakan satu perkara yang dipandang remeh dan ringan. Seperti mahu mempersendakan hukum itu sendiri. Aku ada mencari sumber yang mana pihak ulama' sendiri menentang akan perkara ini. Bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus Alhafiz berkata, sumpah laknat yang dilakukan Trio Datuk T, tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar. Beliau merujuk tindakan salah seorang individu terbabit, Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang dikatakan mahu mengangkat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As di Sentul selepas solat Jumaat esok.“Sumpah untuk nak buktikan tuduhan zina cuma boleh dilakukan terhadap isteri sahaja. Itu dipanggil sebagai sumpah Li’an. Itu dinyatakan dalam Al Quran Surah An Nur ayat ke 6 hingga ke 10, ” ujarnya. Sumber yang lain yang aku dapat adalah bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Ustaz Dr Badrul Amin Bahron yang mana mengingatkan umat Islam supaya jangan sewenangnya mempermainkan agama dengan merujuk tindakan individu berkenaan. “Jangan sampai kita semua dilaknat Allah! Siapa ajar sumpah-sumpah ini? Agama apa? Kenapa di masjid? Sumpah bukan ajaran Islam, ikut Islam sebat saja mereka ini,” katanya sambil menyeru umat Islam merujuk surah An-Nur ayat 4Ustaz ni tidak ada mewakili mana-mana parti politik, tetapi bercakap perkara yang benar sahaja. Aku tak mahu bercakap mengenai politik, tetapi apabila ianya melibatkan agama, kita yang beragama Islam ini merasa akan tempiasnya. Adakah hukum-hukum agama ini sewenang-wenangnya dipergunakan demi kepentingan diri sendiri? Kenapa media massa tidak menyiarkan apa yang dikatakan oleh bekas imam dan rakan-rakan seperjuangannya yang lain? Takut akan kebenaran atau mendapat tekanan dari pihak atasan? Aku tiba-tiba teringat akan tanda-tanda kiamat yang mana sumpah palsu akan berleluasa di muka bumi. Aku bukanlah seorang ustaz yang tahu banyak perkara, tetapi aku sebagai insan yang bergelar Islam berasa terpanggil untuk memikirkan hal ini. Aku berharap agar umat Islam di dunia ini kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenarnya termasuklah diri aku yang banyak cacat celanya. Wallahualam..

3 comments:

witLURVE said...

Wallahualam~~ takut~~

AkuAnakMuda... said...

kwn xnak komen ape2,cume nak tunggu je ape kesudahannye nanti lgpun susah skrg ni sbb ramai yg kurang cerdik bab agame tp buat mcm cerdik.kwn ni pun x cerdik jgk tp mmg buat x cerdik,huhuhu.....

op anaz said...

witLURVE- Dunia akhir zaman
AAM - Nak wat guone, diorang kononnya belajo tggi buat gaya macam budok tak pernoh sekoloh...

Followers