klik !

Monday, 22 August 2011

Jarang bukak blog

Assalammualaikum.

Sejak kebelakangan ni, aku jarang bukak n update blog aku yang usang ni. Sebab bz dekat-dekat nok raye ni, buat kuih bahulu tolong family aku. Sebab family aku ada wat bisnes bahulu kat Pahang ni. Bila dah siap buat bahulu, penat pulak nak bukak blog, update blog, nak blogwalk kat blog kawan2, n macam-macam lagi. Hari ni penat aku buat kuih. Tiba-tiba terasa nak bukak blog pulak, sebab rindu kot. haha.



Area-area hari raya ni jarang nak update n blogwalkg. Selamat hari raya semua. :-)
ada masa aku terjah korang k.

Friday, 19 August 2011

Sengaja atau kebetulan 2 ...?




Dulu aku ada wat entry bekenaan sengaja atau kebetulan. Hari ni aku nak wat entry sengaja atau kebetulan 2. Tiba-tiba teringat lecterur aku ajar benda kat bawah ni kat aku. Sengaja ke atau kebetulan?

Buka kmputer/laptop anda pada:

1. Local Disk (C)
2. pastu Program Files
3. pastu Microsoft Office
4. pastu Media
5. pastu CAGCAT10 ,
search gmbr no J0285926 dan klik...

Anda akan jumpa gmbr Lambang/bendera Zionis Israel lengkap ( dgn wrna aslinya) dgn lilin (sarana ibadah mereka)..

Harap didelete kan pic itu dan tahukah anda Gmbr t'sebut ada di seluruh PC & Laptop. sebarkan kepada semua yg mengenali..!!!!! perangi zionis Israel..

P/s : Sengaja atau kebetulan?

Thursday, 18 August 2011

Mercun mula kedengaran

Sekarang ni malam-malam dah kedengaran bunyi mercun kat area tempat aku. Mercun pun dah banyak boleh jumpa kat kedai-kedai, tepi jalan. Teringat zaman kecik2, main mercun. Korang ada main tak? Ianya mengikut peringkat. Takkan nak main hardcore nya terus.  Haha

Zaman 5 ke 8 tahun :


bunga api, mercun bawang



mercun roket

mercun mancis

Bila dah naik sikit umur, naik sikit duit dalam poket, main yang ni lak  :

thunder clap


mercun telur

mercun bola

mercun botol
Yang ni paling latest aku main. Antara 2 ke 3 tahun lepas. Sebab apat sponsor dari mak andak aku. hehe. :

Tak tahu nama apa mercun ni. haha

Tahun ni punya mercun :


P/s : Ada bran tak??

Tuesday, 16 August 2011

Hari ni ( Versi Loghat Pahang )

Assalammualaikum.

Malang tadi koi tido dalang pukoi 2 pagi. Lepas tidor, koi bangun sahur dalang pukul 4.30 pagi. Jenuh gek la mok koi ngejutkan. Koi ni susoh ngat nok bangun pagi. Keknya, bila doh bangun susoh pulok nok tido balik. Lepas mok koi kejut te, sahor macang beselah. Makan2 seme ngan kuarge koi.

Dalang pukol 5.45, koi kene pecoh telo. Kena wat bahulu sebab ande orang tempoh nok bahulu pagi ni. Orang JKR gamoknye tempoh ke mok koi malang semalang. Penatnye lah weh, sebab koi ni banyok ngat bende buat bulan2 pose ni. Malang tadi koi sampei rumoh dalam pukoi satu gitu lah. Balik dari niaga suor ke budok kampung sebeloh. Macang2 kerenoh koi melayan nye. Nok design tu la, design ni la, rege nok muroh sikit la. Padehal koi dah bagi rege orang kampung koi dah te. Sebab te koi balik lambat.

Sambung citer tadi. Koi ni dah lame ngat tok buat bahulu. Tadi, tetibe jek mok koi soh koi ngan akok koi buat. Macang bese lah, koi punye peranan jage api jek. Bancuh2 ni akok koi lah. Disebabkan doh lame tok buat bahulu, koi fail dalang pusingan pertame. Ande hok dekat2 hangus. Mampos kawan kene maroh ngan mok kawan ni nanti. Tapi, rasenye tak ade hal sebab sikit jek hok yang hitang. Hok lain ok belake.

Aokme tok caye? Koi tunjuk yak :

hanset muroh. Gone kan pulok...


Tu le gambor bahulu koi buat ngan akok koi pagi ni. Panas lagi te. Tok leh nok packing, nanti berwap, rosok kuih kawan. Lepas ni nok buat rutin harian koi macang beselah.

Salam Ramadhan rodong seme!! :-)

P/s : Koi/kawan adalah aku/saya.

" Loghat Pahang, Loghat Pahlawan "

Monday, 15 August 2011

Aku bangga dengan umat Islam macam ni.


Seorang pemain kriket kelab Afrika Selatan bernama Hashim Amla berjaya menunjukkan pendirian yang teguh dalam hukum-hukum Islam kepada bukan Islam. Beliau enggan memakai lambang syarikat arak yang berada pada jersi kelab tersebut.

Hashim Amla dan pihak pengurusan berunding dan mendapat kata sepakat yang mana beliau akan membayar 500 UsD  setiap bulan sebagai denda. Jika anda lihat dalam jersi kelab kriket yang dipakainya dalam gambar di atas, tiada lambang syarikat arak seperti mana yang berada di setiap jersi pemain lain. 

Aku respect umat Islam macam ni. Jangan gadai maruah Islam dengan wang ringgit. Jangan kerana duit, kita  lupa agama. Tapi, habiskan duit untuk buktikan kepada bukan Islam bahawa umat Islam tidak mudah di pengaruhi dengan agenda-agenda mereka. Syabas.



Saturday, 13 August 2011

Realiti kehidupan aku bulan Ramadhan ni

Assalammalaikum. Hari ni nak cerita pasal kehidupan aku dalam bulan Ramadhan ni. Tahun ni bulan puasa yang paling kurang rilex bagi aku. Banyak benda yang aku buat sepanjang bulan ni. Jual seluar, baju, kebab, air soya, air kordial, n sebagainya. Maknanya memang banyak bende lah. Pagi, petang, siang, malam kerja jek. Masa sahur je boleh senyum tengok nasi. Tu pun kalau mampu senyum lagi lah. Hehe...

MY Company

Rutin harian aku, malam-malam rendam soya untuk nak wat pagi esoknya. Pagi-pagi dah blander kacang soya buat air soya. Banyak stepnya nak wat air soya banyak-banyak ni. Berniaga kan, bukannya beri family minum. Tiap-tip pagi akan terhidu semerbak bau soya dalam umah ni. Bau yang menggiurkan.Lebih-lebih lagi kalau masa tengah dahaga. Lepas tu pergi beli barang-barang mana yang tak cukup. Macam gula ke kordial ke, daging kebab ke, roti pita ke, majerin ke, n macam2 lagi ke. Banyak sampai kadang-kadang termiss nak beli. Time tu lah rase bengkek nak wat kerja. Termenung teringatkan awek-awek buat aku rase tenteram sikit kalau tengah bengkek tu.hehe...

Sebelom gi niaga. Nampak macam tauke besar x? hehe

Lepas tu mandi siap2 , naik lori , gerak ke tapak berniaga. Dengan panas terik pasang meja, payung, angkat gas, dapur,n macam2. Kadang-kadang tu dahaga tu Allah je yang tahu, Tu baru dunia, kat padang mashar nanti lagi teruk ( jadi ustaz sebentar ). Berbuka tiap2 hari kebab jek. Kalau dulu kebab ni nak beli pun pikir 3 ke 4 kali, tapi tahun ni aku boleh ngap 3 ke 4 bijik kebab sehari. Dicampur dengan air yang macam-macam yang aku jual. Lepas tu kemas-kemas sampai umah penat. Takhenti kat situ, mandi-mandi keluar berniaga kat pasar malam pulak. Berniaga seluar jeans untok raya ni. Dok bukak bonet kereta jek senang, pasang lampu guna generator . Lepas tu wat muka toya tunggu pelanggan. haha..Malam sikit dalam kol 10 lebih baru balik. n roatet macam tu je lah hidup aku sekarang. Target utama raya tahun ni nak beri duit raya kat adik-adik aku. Tengok la untung banyak mana baru boleh bajet sorang dapat berapa. 2 hari sebelum raya sibuk nak berniaga ayam segar pulak. Harap-harap di beri tenaga nak buat bisnes lagi. Hehe...


pemandangan setiap kali nak berbuka.. Time ni menggeletar kaki.. hehe

Harap-harap tahun ni murah rezeki aku. Sedap sikit nak beli barang untuk raya. Boleh bayar yuran U sekali sem depan. hehe

Friday, 12 August 2011

Best ke berjudi ?



Semua orang tahu judi tu di haramkan di dalam Islam. Tapi, kalau secara terbukanya kita boleh tengok syarikat nombor ekor seperti magnum, sports Toto, dan sebagainya berada di semua bandar-bandar mahu pun pekan-pekan kecik. Sempena bulan pose ni, marilah kita muhasabah balik diri kita semua. Berkenaan dengan isu judi ni, kalau kita tengok macam biasa orang Melayu lah yang menjadi majoriti bilangannya dalam kedai-kedai no ekor ni. Tak kisahlah waktu tak pose ke, bulan pose ke hari raye ke, semuanya dengan selamba jek melangkah masuk ke rumah judi. Tak malu ke? Yang dah tua-tua tu mintak-mintak lah bertaubat. Bukan apa, takut tak sempat nak taubat dah kena lemah jantung terus KO. 

Judi tu dah sah-sah haram di sisi agama Islam. Kalau ada yang nak pertahankan lagi aku tak tahulah nak cakap. Tak silap aku, aku pernah baca satu statistik yang mengatakan 90% pelanggan kedai judi di Malaysia ni adalah orang Melayu Islam. Kesahihannya aku tak dapat nak pastikan. Tapi, kalau secara kasarnya kalau kita tengok, aku rasa tak mustahil kot nak sampai ke tahap 90%. Kalau SPM sekarang dapat A+ . kalau format dulu dapat A1. Maknanya orang Melayu Islam ni dapat A1 lah dalam bab-bab berjudi ni secara kasarnya. Tadi aku pergi bela motor kat kedai cina, tengok kat kedai nombor ekor sebelah berlambak-lambak orang Melayu yang keluar masuk. Tak tahulah kalau diorang masuk sebab nak pergi tanda ke apa kan. Tapi, ramai lah yang masuk bukak dompet. Mungkin bayar nak masuk tandas agaknya. Kena think positif. Malu aku dengan cina tu. Cina tu pun macam hormat aku puasa. Terus padam rokok masa aku datang kedai dia. Sekarang tak boleh nak salahkan sape-sape. Semua yang masuk kedai judi tu dah akil baligh , tahu mana halal mana haram. Fikirkan lah apa yang terbaik buat diri korang. 



Lagi satu, bukan setakat pelanggan kedai judi jek orang Melayu Islam ni. Siap ada yang bersetongkol n bersekutu dengan tauke2 judi lagi. Hebat jugaklah kalau tengok nama-nama board of directors & committees Genting Berhad. 


Ikot korang lah..korang dah beso...

P/s : Kepada yang tak berjudi, tahniah.hehe

Thursday, 11 August 2011

KL Gangster sebenar



Sape yang masih belum tengok filem KL Gangster lakonan Aaron Aziz yang sasa macam aku tu lagi? Korang lupakan saja hasrat korang, kerana 4 orang jejaka yang lebih tampan dan bergaya ini bakal menggantikan ke’sasa’an Aaron Aziz dan Adi Putra. Tak disangka, keropok Tam-Tam yang berharga 20 sen di kedai mamak rupanya berguna juga nak buat iklan ni. hehe.. Sebenarnya ramai lagi kat luar sana yang ada bakat2 terpendam dan berdaya kreatif macam ni, cuma tak di ketengahkan je.

Layan~
hehe....

Tahukah anda??

32 Rahsia Israel Yang Perlu Diketahui

1. Tahukah anda bahawa selain bangsa yahudi, tidak dibenarkan membeli atau menyewa tanah di Israel?
2. Tahukah anda bahawa setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara automatik? Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar dari Palestin?

3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan yang dicat dengan warna khas untuk membezakan antara bangsa yahudi dan bukan yahudi?

4. Tahukah anda bahawa Jerusalem bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan sebahagian daripada Israel?

5. Tahukah anda bahawa Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk bangsa Yahudi dan membahagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel? Secara realiti, Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya diberikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu?

6. Tahukah anda bahawa Amerika menyalurkan dana 5 billion US dari penghasilan hutangnya setiap tahunnya untuk menyumbang kepada Israel?

7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar 1,8 billion US setiap tahunn? Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua-benua Afrika?

8. Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar 4 billion US dari Amerika yang terdiri dari pesawat pejuang F16, Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan Negara gabungan utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua kemudahan yang diminta Israel untuk menjamin kewujudannya.

9. Tahukah anda bahawa kerajaan Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lubnan dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya Negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan pembangunan senjata nuklear? Dan menolak Pasukan Siasatan PBB untuk memeriksa tempat persembunyian nuklearnya?

11. Tahukah anda bahawa sebelum Israel wujud pada tahun 1948, mereka telah memiliki kilang pengembangan senjata nuklear?

12. Tahukah anda bahawa Pegawai Tinggi Israel di Jabatan Tentera mereka mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?

13. Tahukah anda bahawa Israel telah menyerang tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967? Walaupun serangan itu membunuh 33 tentara Amerika dan melukai 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan sebarang tindakan terhadap Israel? Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel tersalah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?

14. Tahukah anda bahawa Israel merupakan Negara yang paling banyak mengabaikan resolusi negara PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?

15. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan system politik pemeliharaan terhadap identiti rakyat yahudi agar tetap menjadi warga Negara itu?

16. Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai terkecuali dalam kes pembunuhan Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang telah membunuh lebih dari 1000 orang Palestin terdiri dari anak-anak, wanita dan orang tua?

17. Tahukah anda bahawa pada tarikh 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para pekerja Palestin yang sedang menunggu bus di Halte untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu ia menembak mereka dari jarah setengah meter? Tahu pulakah anda bahawa pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel?

18. Adakah anda tahu bahawa sehingga tahun 1988, semua kilang dan pejabat di Israel hanya boleh melampirkan keterangan pekerjaan dengan kata-kata: “pekerjaan hanya untuk bangsaYahudi”, ” pekerja hanya boleh dipilih dengan syarat dia berbangsa Yahudi”?

19. Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negeri Israel membayar 6 jabatan media Amerika untuk menerbitkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah?

20. Tahukah anda bahawa Sharon mengajak Parti radikal Molodeit untuk menjadi gabungan utama dalam kabinetnya? Padahal parti itu beridealogi radikal dengan tujuan untuk membesihkan Israel dari luar kawasan yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel?

21. Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Israel pertama, David Ben-Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh rakyat arab dari Israel?

22. Tahukah anda bahawa Rahib besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti ketiga terbesar di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk membunuh warga Palestin?bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah yang lalu dalam wawancaranya di sebuah rangkaian radio terbesar di Israel: “Tuhan akan membalas semua kejahatan warga arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabiskannya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan azab yang pedih. Oleh itu dilarang semua bangsa yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab, dan wajib bagi setiap yahudi untuk menembak mereka dan senjatanya hendaklah dihalakan ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghabiskannya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk “… …

23. Tahukah anda bahawa pelarian Palestin terbesar di dunia?

24. Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah yahudi?

25. Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agong Israel sudah mengeluarkan keputusan pelarangan penyeksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan perisik Israel) tetap terus menyeksa setiap pejuang Palestin dalam proses pemeriksaannya?

26. Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses belajar mengajar dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi Negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor falsafah. Hal ini dilihat dari jumlah purata penduduknya.

27. Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang HAM antarabangsa yang diterbitkan pada tarikh 10 Disember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin? kerana dihalang dengan ditandatangani oleh perikatan OSLO?

28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri mereka?

29. Tahukah anda bahawa Israel sebagai Negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan konvension Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga awam Palestin?

30. Tahukah anda bahawa perintah Perdana Menteri Israel Ariel Sharon sudah tidak dituruti lagi oleh tentera Israel? Salah satu contohnya adalah ketika ia melarang tentera Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak, tetapi tentera Israel terus menyerang, menembak rakyat awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka. Insiden paling memilukan andalah pembunuhan tiga wanita Palestin, padahal mereka sedang berada dalam khemah pelariannya?

31. Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan pebagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al-Aqsa dan Qubah As-Sakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

32. Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mengatakan bahawa Israel adalah Negara rasisme dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum beliau memerintah?

Israel sememangnye jahat dan teruk!

Wednesday, 10 August 2011

Bulan Merdeka & Bendera?



Sekarang ni semua umat Islam kat Malaysia tengah sibuk berpuasa n akan menyambut raya selepas tu. Sedar tak sedar sekarang ni bulan 8 iaitu bulan kemerdekaan. Macam biasa, rakyat Malaysia kebanyakkannya masih lagi kurang semangat patriotiknya. Setiap tahun ada jek kempen memasang bendera pada kenderaan, premis-premis, dan sebagainya.  Tapi, setakat ni dari tahun ke tahun aku tengok sama jek. Rakyat Malaysia seperti acuh tak acuh mengibarkan jalur gemilang sempena kemerdekaan. Apabila mengibarkan bendera, itu menunjukkan kita menzahirkan rasa patriotik terhadap negara. Kalau kita tengok di luar negara seperti Thailand, Indonesia, semangat patriotik yang mereka miliki memang kuat. Sebab tu apabila kita kutuk negara diorang, pasti ada tunjuk perasaan, boikot sana sini. Tapi orang Malaysia?? Tengok bendera kena bakar dengan orang Indon boleh tengok jek . 10 minit kemudian lupa bendera Malaysia kena bakar dengan orang Indonesia. Kenapa ek? Adakah kerana rakyat Malaysia ni hidup dengan senang tanpa kesusahan seperti orang-orang di negara lain seperti di Indonesia menjadi  orang yang lupa diri? Mungkin lahir-lahir jek terus melihat internet depan mata. Tak ada susah payah dalam kehidupan. Aku dulu pernah bersembang dengan orang Indonesia pekerja kontrak. Diorang begitu bangga dengan negara diorang. Diorang ibaratkan kehidupan mereka seperti burung. Pagi keluar mencari rezeki, malam tidur dalam sarang. Tanah air meraka Indonesia tu yang banyak berjasa pada diorang. Tapi, hakikatnya mereka tetap datang kerja ke Malaysia. Tapi, mereka tetap bangga dengan negara mereka? Aku tak rasa mereka bodoh..Aku tak rasa mereka lupa diri..Mereka hanya datang ke Malaysia untuk bekerja, tapi tanah air mereka sentiasa terpahat di dada. Sebut sahaja apa-apa yang melibatkan Indonesia pasti darah mereka turun naik bersemangat .

Bukan aku nak puji lebih-lebih mat Indon, tapi rakyat Malaysia yang hidup senang. Tak ada yang kebulur, tak ramai lagi miskin tegar, dan sebagainya tak mampu menzahirkan perasaan cintakan negara. Kalau nak dikira, berapa sangatlah harga bendera nak di banding dengan apa yang kita dapat di negara Malaysia ni. Mungkin rakyat Malaysia ramai pemendam agaknya. Memendam semangat patriotik dalam hati. Tak mampu nak di zahirkan. Sampai nama negara di hina di luar negara pun tak mampu buat apa-apa. Sempena bulan merdeka ni, aku sebagai anak muda Malaysia akan menzahirkan semangat patriotik aku dengan cara mengibarkan jalur gemilang pada kenderaan aku. InsyaAllah.

P/s : Lepas 10 minit anda baca, mesti anda akan lupa semula. Hehe..

Tuesday, 9 August 2011

Sepandai-pandai tupai melompat, jatuh dalam longkang juga akhirnya..??

Isu blog yang menghina Islam ni memang hangat sejak kebelakangan nie diblog-blog, sampai masuk dalam berita utama Malaysia. Blog pertama dah ditutup SKMM, pastu blog kedua pulak muncul. Korang pernah dengar blog Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara tak? Yang menghina agama Islam walaupun mengaku dirinya Islam.Selepas blog asal beliau di block atau disekat, Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara ini mencipta 2 lagi blog dengan alamat yang hampir sama dan content yang masih sama dan terbaru pula. Makcik ni sangat bengang apabila blog asalnya, disekat oleh SKMM apabila mendapat aduan banyak pihak. Blog yang terang-terangan menghina Nabi Muhammad SAW dan Islam memang patut ditutup. Ia akan mengganggu ketenteraman beragama di bumi Malaysia ini. Url bagi kedua-dua blog ni adalah :

-http://makcikhajjahsittalwuzara1001.wordpress.com/ – blog biasa. ( di block )

-https://makcikhajjahsittalwuzara.wordpress.com/ – blog dengan capaian security(blog baru lg).

Baru-baru ni , pendedahan telah di buat oleh team hackers gaysec. Gambar pemilik blog yang mengutuk agama Islam ni telah berjaya dibongkar dan didedahkan. Nak tahu lebih lanjut, boleh lah lawat laman web geng hackers http://www.gaysec.org/.




Nama sebenar Mak Cik Hajjah Sitt Al-Wuzara tersebut adalah Nor Arlene Tan Binti Khalid. Seorang perempuan berumur 26 tahun. Dia berdarah kacukan Cina dan Melayu.



Lagi gambar  :


Credit to arcx13



Tapi, ada beberapa pihak menafikan bahawa Nor Arlene Tan Binti Khalid ni adalah Mak Cik Hajjah Al-Wuzara. Sekarang ni, kesahihan belum dapat di pastikan kerana belum ada sebarang pengesahan daripada pihak berkuasa. Tidak kira siapa pemilik blog Mak Cik Hajjah Siti Al-Wuzara, yang penting pemiliknya mesti di siasat dan di ambil tindakan..!!


Tambahan, untuk renungan kita semua...manusia yang seangkatan dengan Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara :



P/s : Macam-macam dunia sekarang ni.

Monday, 8 August 2011

Mesej Kemasyarakatan

Dipercayai diculik



Dipercayai diculik pada 04/08/11 di Tualang Sekah, Malim Nawar, Perak

Nama : Seri Najwa Ferda Bt. Hassan
Umur : 17 Tahun
Tinggi : 156

Kepada sesiapa yg ternampak atau memiliki info sila hubung

Puan Seri Wangi (Ibu) - 017-5999137
Ameerul (Abang) - 017-5351451
Sarjan Norhisham - 019-5162896
Adzam Anuar (Bapa Saudara) - http://www.facebook.com/pr​ofile.php?id=811746307

Atau hubungi mana2 balai polis yg terhampir.

Kerjasama dari semua pihak sangat di harapkan

Terima Kasih


TOLONG SEBARKAN2 !!

P/s : Hilang sokmo perempuan kat Malaysia ni.....haih.....

Sunday, 7 August 2011

Tolong Vote Palestine supaya tertulis dalam google earth!

Macam yang kita tahu Negara Israel telah diiktiraf oleh negara-negara Barat. Tetapi, sekarang google ada membuat undian sama ada ingin menamakan Israel atau Palestin dalam peta google earth. Mari kita sama-sama mengundi untuk Palestin. Supaya nama Palestin masih ada di peta dunia dan tidak hilang . Anda nak vote?





Hanya klik pada bendera Palestin dan tulis perkataan yang di beri. Lepas tu vote...

Mungkin kita tak mampu nak pergi berperang menuntut pembebasan Palestin, tapi, sekurang2nya,  dengan cara ini nama Palestin akan tertulis di google map. Maka mereka tak akan terpadam daripada fikiran generasi akan datang. Sama-samalah kita sebarkan perkara ini sebagai tanda sokongan..InsyaAllah....

Allahhuakbar!!


40 VIP BLOG GARY..!!




Salah siapa??

Baru-baru ni kita dikejutkan dengan satu kes yang mana pihak JAIS ( Jabatan agama Islam Selangor ) telah menyerbu sekumpulan umat Islam berbuka puasa di gereja Methodist Damansara Utama. Berbuka puasa di gereja??? Kenapa jadi macam tu? Ada ura-ura mengatakan ada cubaan untuk memuradkan umat Islam. Dan yang lebih dahsyat lagi katanya penganjurnya adalah orang Melayu ( namanya masih Islam ). Kita tak tahu apa niat sebenar mereka. Sama ada ingin menjalin kan hubungan diplomatik dengan gereja ke, atau memang saja-saja seronok ke, itu tak dapat nak di pastikan. Ini antara komen peserta yang menghadiri majlis itu :

"dia menghadiri Majlis Gereja itu lebih setahun lalu selepas dibebani pelbagai masalah kewangan.Pelbagai bantuan saya terima,syaratnya,saya harus menyertai setiap program termasuk minum sejenis air.Sehingga semalam,sudah tiga kali saya dipanggil Jais utk beri keterangan krn menyertai kumpulan ini,tetapi secara jujur,kumpulan ini byk berjasa kpd saya dan tiga anak saya,malah sehingga kini mereka sudah memberi kan bantuan lebih RM 20,000 kpd kami. Apa yg saya tahu 100 ibu tunggal beragama Islam seperti saya mengikuti kumpulan ini serta menghadiri setiap majlis yg diadakan di Gereja Methodist Damansara Utama ini,katanya yg ditemui di luar Gereja itu"

Duit? Air apa? 100 ibu tunggal? Apa ni? Kenapa bulan Ramadhan yang mulia perkara2 macam ni yang jadi?

Jika benar kerana duit, apakah duit zakat yang dikutip berjuta2 setiap tahun tak di gunakan dengan sewajarnya? Tak salur dengan baik ke duit zakat? 
 
Air apa? Air apa pulak yang wanita tu maksudkan? Jika benar kenyataannya tu, pihak berkuasa haru siasat dengan segera . Apakah tujuan, fungsi air itu diberikan.

100 ibu tunggal? Ibu tunggal biasanya memang mengalami masalah kewangan sebab tak ada tempat bergantung. Yang paling pelik kenapa ketua penganjurnya adalah daripada dalam kalangan umat Islam sendiri??

Serbuan yang dibuat JAIS adalah hasil aduan daripada orang ramai. Yang tu aku puji apabila ada umat Islam yang berani melaporkan kepada pihak berkuasa. Yang menjadi persoalannya sekarang, kenapa umat Islam yang susah ni tidak terbela? Tidak mendapat bantuan sewajarnya? Aku ada jumpa satu petikan berita dari akhbar :





SEREMBAN: “Saya tiada pilihan melainkan menerima bantuan makanan dan wang daripada pihak gereja,” kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Nur, 40, yang mendakwa sering mendapat cemuhan segelintir pihak kerana mendapat bantuan daripada gereja untuk menyara kehidupannya sekeluarga.

Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, dia kini tidak dapat bekerja kerana menghidap pelbagai penyakit, terutama asma, kencing manis, darah tinggi dan buasir.

“Saya sedar tidak sepatutnya menerima bantuan daripada gereja, namun saya terdesak kerana memikirkan hidup anak yang mahu bersekolah dan makan. Oleh itu, saya terpaksa mengambil bantuan itu,” katanya ketika ditemui di rumah di Ampangan, di sini, semalam.

Nur yang pernah bekerja sebagai pembantu akaun mendakwa, dia terpaksa berhenti kerana masalah penyakit itu dan pernah beberapa kali pergi ke jabatan berkaitan, namun dicemuh umpama peminta sedekah.

“Saya sedih kerana pihak berkenaan yang sepatutnya membantu enggan melayan saya, sebaliknya saya ditolak ke sana sini hanya kerana bantuan berjumlah RM70.

“Yang membuatkan saya sedih adalah ketika mengenangkan nasib anak yang kadangkala tidak makan, malah yuran tuisyen dan sekolah mereka juga sudah lama tertunggak,” katanya yang reda dengan keadaan itu.

Menceritakan bagaimana dia berjumpa seorang pendakwah gereja, Nur mendakwa, dia disapa oleh wanita berkenaan April tahun lalu ketika dia kesedihan kerana permohonan untuk mendapatkan bantuan tidak berjaya.

“Dia (pendakwah gereja) kemudian menyarankan saya mendapatkan bantuan gereja milik mereka iaitu barang makanan berserta wang tunai.

“Saya tiada pilihan, malah hampir setahun saya menerima bantuan itu. Pihak gereja yang lebih inisiatif untuk tampil membantu nasib wanita seperti saya,” katanya.

Dakwanya, setiap bulan pihak gereja membawa keperluan harian ke rumahnya, malah selalu menghubunginya untuk bertanyakan jika mempunyai masalah lain.

“Saya dan anak turut ditawarkan untuk tinggal di asrama mereka, malah mereka berjanji untuk membantu menyelesaikan yuran tuisyen dan sekolah anak.

“Namun, sampai bila saya dan anak harus mengharapkan bantuan pihak gereja, sedangkan saya beragama Islam,” katanya.

Menurutnya, dia berharap ada sinar di penghujung hidupnya dan anaknya untuk mendapatkan bantuan daripada pihak tertentu.

“Jika mampu bekerja, saya akan cuba menyara hidup ini, namun Allah masih sayangkan kami apabila saya diuji dengan pelbagai ujian hidup,” katanya -myMetro

Mereka menyertai kegiatan keagamaan berkenaan secara senyap-senyap di premis persendirian termasuk rumah kedai dan dewan komuniti, bukan saja di Lembah Klang, malah pergerakan ‘bawah tanah’ ini sudah berkembang di seluruh negara termasuk di Kelantan dan Terengganu. Kebanyakan mereka terdiri daripada kaum Melayu dan golongan mualaf yang menyertai kumpulan berkenaan disebabkan kesempitan wang untuk menyara diri dan keluarga serta gagal mendapat bantuan daripada pihak berwajib. Ia didedahkan sendiri seorang wanita Melayu yang mengikuti kumpulan itu sejak lebih setahun lalu, selepas dibelenggu masalah kewangan sehingga tidak mampu membiayai keperluan seharian. Katanya, pendakwah kumpulan berkenaan membantu mereka dengan memberi seberapa banyak wang diperlukan dan selepas itu, mereka memujuk individu yang sudah diberi bantuan menyertai program keagamaan mereka.

Kenapa jadi macam ni? Wang zakat banyak di gunakan nak buat bangunan ke? Bagi aku, wang zakat yg dikutip mesti sampai pada golong asnaf dengan mudah..buang procedure yg menyusahkan pemohon. Buang semua procedure yang melambatkan dan melecehkan permohonan . Pegawai2 mesti lebih kerap turun padang. Pastikan wang yang di salurkan betul2 sampai kepada yang benar2 memerlukan dan yang layak menerimanya.

Bila masalah macam ni timbul. Sebenarnya kita tak boleh nak mula tuding sana tuding sini. Tapi, kita tengok dulu umat islam yang ada pada hari ni sendiri tak melaksanakan hukum Islam dengan betul. Umat Islam sendiri tak berpegang teguh pada agamanya . Ya, memang ramai yang akan sangsi dengan gereja n orang Kristian. Aku bukan nak pertahankan diorang, tapi diorang turut ada cara mereka sendiri dalam sistem dakwah mereka. Tapi, kita yang duduk dalam negara yang majoritinya umat Islam ni, tak mampu ke nak tangani perkara2 macam ni? Kenapa ? Kebanyakkan mangsa2 semuanya dari golongan orang2 susah. Kenapa ya jadi macam tu? Kita kena muhasabah diri kita semuala. Kalau ada orang Islam yang tahu akan perkara ni, tapi masih boleh tersenyum dan tak memikirkannya, aku tak tahu nak cakap. Mungkin ada yang cakap "ah, lantak lah", "ah ni semua politik jek", ah, ada aku kisah ?". Bila ada pemikiran macam ni lah sebenarnya yang akan menyebabkan perkara2 macam ni berulang. Harap2 pihak berkuasa yang dulu tutup mata bangun lah kembali. Jalankan tanggungjawab dengan baik. Pastikan perkara yang tidak diingini ini tak berulang lagi..



.
P/s : Tiba-tiba rasa bersalah sebab aku pun orang Islam. Wallahhualam.....

Saat-saat menyedihkan

Hari aku melihat depan mata bagaimana kasih sayangkucing terhadap anak2nya. Aku gi ke rumah membe aku nak basuh barang2 yang aku guna masa berniaga tadi. Lepas tu, aku ternampak seekor anak kucing membe aku yang lahir 3 minggu lepas tu mati kena langgar. Aku pun bawaklah anak kucing mati tu masuk dalam  halaman rumah. Lepas tu, aku pun panggil ibunya yang bernama Putih tu datang tengok anak beliau. Lepas membasuh barang2 niaga, aku nengok adik si mati tu dah tidur sebelah si mati. Sebab memang 2 ekor ni rapat. Aku pun snap pakai anset membe aku :



Ibu kucing tu pulak jilat2 anak yang mati tu. Berair mata ibu kucing tu aku tengok.  Lepas tu, aku pun gi ngeteh2 dengan membe. Balik dalam pukul 11.40 malam, aku tengok macam ni pulak :



Diorang tidur sama2. Tapi, malam ni adalah malam terakhir diorang dapat bersama macam ni....Aku ni jenis manusia yang susah nak tersentuh. Bila melihat keadaan ni, aku terasa macam tersentuh pulak...

Itu kucing. Kalau manusia? Ada yang sanggup macam ni :




Beza manusia dengan kucing :

-Manusia ada akal .
-Kucing tak ada akal.

Tapi, kalau tengok situasi yang kita hadapi hari ni, manusia tu bertindak lebih tidak berakal daripada binatang. Wallahhualam.

Friday, 5 August 2011

Sengaja atau secara kebetulan??




Aku dapat satu info yang agak menarik untuk dikongsi bersama. Yang mana kemungkinan satu perancangan musuh Islam atau pun secara tidak sengaja. Wallahhualam.

Cuba korang buka Microsoft Word. Mesti korang semua ada kan.

-Korang taipkan dalam huruf besar Q33 NY. Q33 NY ni dikatakan nombor pesawat yang melanggar PWTC dalam tragedi 11 Sept.  Tapi sebenarnya no pesawat adalah N33 NY ( Mungkin ada apa2 helah di situ ).

-Korang tukarkan font  kepada saiz 48.

-Lepas tu, korang highligtkan Q33 NY tu. Tukarkan kepada font WIDGDINGS.



Dah buat? Apa yang korang nampak? Adakah ini satu kebetulan atau dirancang oleh musuh-musuh Islam?

Allahhuakbar!

Thursday, 4 August 2011

Takkan Melayu Hilang Di Dunia??

Tadi aku keluar cari barang berniaga. Mata jadi panas jek kalau tengok ada umat Islam yang tak hormat bulan Ramadhan ni. Duduk belakang lorong, minum dengan selambanya. Bukan lorong tertutup, lorong terbuka pulak tu. Mana maruah korang weh? Malu lah kat Cina-cina n India-India yang bukak kedai kat situ. Maknanya, korang oramg Melayu sama jek dengan Cina n India tu. Diorang pun tak puasa. Tak menggambarkan ko tu Islam. Lepas tu ko maki Cina n India tak pose lah, makan depan orang puasa lah. Sedangkan orang Melayu Islam pun tak tunjuk contoh dekat bukan Islam. Macam mana tu? Malu lah. Apa cerita weh? Kalau tak puasa pun, jangan lah tunjuk terang2. Malu lah sikit. Malu kan sebahagian daripada iman. Susah sangat ke nak pose? Tak susah pun. Budak darjah 3 pose pun tak mati inikan pulak korang yang besar panjang. Aku pun tak adalah baik mana, tapi tak adalah sampai ke tahap macam tu.



 Tak puasa tu satu hal, lagi panas kalau tengok ada minah-minah Melayu yang free hair. Free hair di tambah dengan kaler2 cap rambutan. Warna merah la, biru la, perang lah, kuninglah. Nak sangat ke jadi macam mat Salleh? Diorang tak ingin pun jadi macam korang. Yang korang nak tiru sangat tu kenapanya? Panas bai.. Orang Melayu sendiri macam tu. Lebih-lebih lagi yang letak stiker persatuan kebajikan la, persatuan agama lah, persatuan silat lah. Bawak perempuan kaler rambut + pakai legging jugak. Tak payah nak tampal stiker persatuan baik2 lah kalau korang pun mengangkut hantu rambut perang. 



Memang Melayu tak hilang di dunia. Tapi apa guna tak hilang di dunia kalau  kehadiran tidak dirasa? Nasib baik orang2 Melayu kat Malaysia ni beragama Islam, kalau tak beragama Islam lagi teruk aku rasa.

P/s : Sabo je lah bulan2 pose ni.

Wednesday, 3 August 2011

Hehe....

Meh-meh...Aku ada wat bazar Ramadhan....Bayangkan air2 sejuk ni kawan2...titisan2 kat tepi gelas tu dah menggambarkan betapa sejuk dan nyamannya air2 tersebut....dengan kepulan asap sejuk..sllurpp!!....jemput2 beli..meh2...satu seringgit! Satu seringgit!

Minuman :

Tebu Ais

Air Tembikai

Soya Bandung

Jus Oren

cincau ais

Ais Jagung

Pabila dikunyah terasa lemaknya. Bila dikunyah masa panas memang rangup. Rasa n bau yang menarik..meh!! satu simggit!

Makanan :


Murtabak

Ayam Percik

Kuih Melaka

Nasi Kerabu

Nasi Dagang

Sambal Petai

Ikan Bakar

Daging Salai

Satay

Tuesday, 2 August 2011

Pernah main meriam tak?

Bermain meriam bila tibanya bulan Ramadhan merupakan satu aktiviti budak-budak muda kampung ( budak bandar aku tak pasti ) untuk menggembirakan hati bersama dengan rakan-rakan sekampung. Mungkin sebab zaman dulu2 di kampung-kampung tiada hiburan lain seperti Tv, Internet, laptop, mp3, dan sebagainya. Hari ni aku nak cerita sikit pasal meriam-meriam n serba sedikit pengalaman aku dengan meriam ni.Biasanya meriam buluh ni dimainkan selepas solat terawih ( sape main sebelom terawih, kantoi dengan orang kampung anak sapelah tak gi sembahyang terawih ni ). 



Jenis-jenis meriam yang biasa di mainkan macam meriam buluh, meriam tanah, meriam tin, meriam batang paip, meriam besi tiang khemah, n  meriam batang betik ( yang ni aku tak tahu macam mana ). Kalau nak ikut pengalaman, aku pernah main meriam buluh n meriam tin je. Meriam buluh biasanya yang lebih bahaya berbanding meriam2 yang lain. Kalau 3 ke 4 kali meletup jek dah pecah2 buluhnya. Sebab tu buluh yang dipilih mestilah yang tebal, kuat, dan keras supaya boleh di gunakan dengan lebih lama. Lepas tu simpan buluh tu ikat dengan getah dan tali supaya tak mudah pecah. Nak amik buluh ni bukannya senang.. Masuk ke dalam hutan jumpa ular, miang tak payah cakap lah memang mencabar. Haha..Biasanya meriam buluh ni ada 2 kaedah bermain. Satu main guna kabait ( cap nanas biasanya terbaik ), satu lagi bermain menggunakan minyak gas. Macam dulu2, budak2 kampung aku main guna minyak gas. Kampung aku ni terletak di sepanjang tepi sungai pahang menghadap kampung2 lain. Kalau dulu, lepas terawih, mesti dengar lawan bunyi meriam dengan kampung seberang. Serius , memang seronok. Boleh kata semua kampung sepanjang sungai Pahang main meriam. Dulu, aku join dengan brother2 kampung jek. Diorang kepala gila. Sampai angkat meriam-meriam pergi ke tepi sungai Pahang berperang dengan orang seberang. Macam perang lah lebih kurang ( padahal tak ada peluru pun sampai ke sana ) ..haha

Meriam tin biasanya main dalam tin ridsect yang dah di modified n guna kabait. Tapi memang tak kaw macam meriam buluh. Modalnya lebih kecik n selamat berbanding meriam buluh. Bagi aku, meriam ni merupakan salah satu permainan tradisional Melayu yang patut kita jaga agar tak pupus. Cuma permainan ni lebih berbahaya berbanding permainan tradisional yang lain. Memang di akui sangat bahaya. Macam kawan aku, api dah menyambar rambut, nasib baik tepi sungai jek..terjun menyelam terus..haha..Tapi, hakikatnya memang permainan ni dah teramat-amat jarang kita dengar ..hanya pada nama jek..kerana apa? Harimau mati meninggalkan belang, meriam buluh mati meninggalkan nama ( betul ke? )..

Keseronokan bermain meriam tu masih lagi terngiang2 dalam kepala kita walaupun hakikatnya benda2 ni dah macam dah pupus sebenarnya. Tengok je kat kampung aku..Mana ada lagi dentuman meriam di bulan pose, malam2 raya..mana ada lagi nampak budak2 muda mengusung buluh pergi berperang dengan orang kampung seberang. Orang kampung seberang pun dah senyap skarang sama macam kampung aku..Bila aku menulis ni bukan bermaksud aku menyokong orang ramai main benda2 bahaya, cuma nostalgia lama tiba2 terlintas di fikiran. Siapa yang pernah rasa keseronokannya, pasti rindu untuk mengulanginya. Aku pun dah tak main meriam skrang. Kawan2 yang kepala gila, brother2 kampung semua dah merantau ke luar. Masa raya je la kalau jumpa balik pun. 

P/s: Lepas balik niaga malam  ni aku nak usulkan kat budak2 ni main meriam balik lah..haha




Followers