Sekarang ni semua umat Islam kat Malaysia tengah sibuk berpuasa n akan menyambut raya selepas tu. Sedar tak sedar sekarang ni bulan 8 iaitu bulan kemerdekaan. Macam biasa, rakyat Malaysia kebanyakkannya masih lagi kurang semangat patriotiknya. Setiap tahun ada jek kempen memasang bendera pada kenderaan, premis-premis, dan sebagainya. Tapi, setakat ni dari tahun ke tahun aku tengok sama jek. Rakyat Malaysia seperti acuh tak acuh mengibarkan jalur gemilang sempena kemerdekaan. Apabila mengibarkan bendera, itu menunjukkan kita menzahirkan rasa patriotik terhadap negara. Kalau kita tengok di luar negara seperti Thailand, Indonesia, semangat patriotik yang mereka miliki memang kuat. Sebab tu apabila kita kutuk negara diorang, pasti ada tunjuk perasaan, boikot sana sini. Tapi orang Malaysia?? Tengok bendera kena bakar dengan orang Indon boleh tengok jek . 10 minit kemudian lupa bendera Malaysia kena bakar dengan orang Indonesia. Kenapa ek? Adakah kerana rakyat Malaysia ni hidup dengan senang tanpa kesusahan seperti orang-orang di negara lain seperti di Indonesia menjadi orang yang lupa diri? Mungkin lahir-lahir jek terus melihat internet depan mata. Tak ada susah payah dalam kehidupan. Aku dulu pernah bersembang dengan orang Indonesia pekerja kontrak. Diorang begitu bangga dengan negara diorang. Diorang ibaratkan kehidupan mereka seperti burung. Pagi keluar mencari rezeki, malam tidur dalam sarang. Tanah air meraka Indonesia tu yang banyak berjasa pada diorang. Tapi, hakikatnya mereka tetap datang kerja ke Malaysia. Tapi, mereka tetap bangga dengan negara mereka? Aku tak rasa mereka bodoh..Aku tak rasa mereka lupa diri..Mereka hanya datang ke Malaysia untuk bekerja, tapi tanah air mereka sentiasa terpahat di dada. Sebut sahaja apa-apa yang melibatkan Indonesia pasti darah mereka turun naik bersemangat .
Bukan aku nak puji lebih-lebih mat Indon, tapi rakyat Malaysia yang hidup senang. Tak ada yang kebulur, tak ramai lagi miskin tegar, dan sebagainya tak mampu menzahirkan perasaan cintakan negara. Kalau nak dikira, berapa sangatlah harga bendera nak di banding dengan apa yang kita dapat di negara Malaysia ni. Mungkin rakyat Malaysia ramai pemendam agaknya. Memendam semangat patriotik dalam hati. Tak mampu nak di zahirkan. Sampai nama negara di hina di luar negara pun tak mampu buat apa-apa. Sempena bulan merdeka ni, aku sebagai anak muda Malaysia akan menzahirkan semangat patriotik aku dengan cara mengibarkan jalur gemilang pada kenderaan aku. InsyaAllah.
P/s : Lepas 10 minit anda baca, mesti anda akan lupa semula. Hehe..
11 comments:
dorang bukan sensitip sangat pasal hal bendera ni. kekadang nengok bendera yang hidup segan mati tak mahu pun dorang bior, tak de rase nak tukor pon.
lu nak pakai kenderaan apa nanti? haha
semangat anak malaysia..
setiap hari jalur gemilang berkibar di rumah saya ^_^"
tgok sekarang,sepatutnyer sudah boleh mengibarkan jalur gemilang..tp xdek..dh dekat2 merdeka baru nk kibar..tp bukan nyer byk..xdek semangat patriotik..=)
indon memang la..sedangkan sambut bulan ramadhan,mereka adekan perarakan..mlysia tiade..memang sgt berbeza..
Itulah.nama je merdeka.Merdeka kita nie sbnrnyer penjajah tak serang negara kita tapi sedar x? dia masukkan unsur2 barat dalam negara kita..:)
Yup!! kibarkan jalur gemilang yer sampai bila2..jgn time merdeka je :D (pdhal bell xkibar lagi ;p)
mmg akn lupa ! sbb tu lah kna slg igt mgigti ~ :) jum kibar jalur gemilang ~
selamat menyambut hari merdeka..
semangat kibarkan jalur gemilang itu yang kita mahukan~ mak ros siap tanye..tak nak ke beli bendera tu~ hurm, sbb dy nampak budak3 duk sibuk beli bendera letak kat beskal~:P
ina - Gua pakai moto jek...haha...
Aien- Thumbs up..:-)
Najwa- betul..semangat patriotik mereka kuat...
cik bell - Kibar jangan tak kibar..hehe
Salmiza - Betul..kita kena saling ingat mengingati..:-)
Nizam - selamat..:-)
Darkrose- Seronok tengok budak2 bawak bendera...harap2 sampai ke besor semangatnya...
lupa pulak skrg bulan merdeka..hehe
merdeka!! merdeka!! budak2 lagi bersemangat, orang tua dah hilang semangat patriotiknya..
pilih3..
nk merdeka kw raye :P
uhuhuh
22 kte smbut serntak huhuh..
Post a Comment