klik !

Wednesday, 21 March 2012

Susahnya jadi seksi

Hari ni kalau berjalan kemana-mana, macam-macam jenis fesyen n ragam kita boleh tengok. Dengan style terkini, dengan mekap terkini, dengan tudung terkini, dengan warna rambut terkini,. Semuanya nak yang terkini atau dalam bahasa omputihnya "up to date". Kalau yang menutup aurat tak apa, ini kalau menjolok mata, yang membukak aurat, yang mendedahkan aib sendiri.

Ok. Apa yang korang faham tentang aurat? Aurat dari segi bahasa ialah keaiban, dari segi syarak pula bahagian-bahagian tertentu pada tubuh badan yang wajib di tutup. Orang Islam wajib menutup aurat. Sesuai dengan firman Allah SWT :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)

Maknanya menutup aurat ni bukan sekadar memakai tudung, tetapi meliputi semua. Kalau nak lebih lanjut, boleh lah tanya kepada ahli agama. Kalau tanya aku, aku tak arif sangat nak beri dalil semua bagai.
Tapi, kalau tengok kepada orang kita yang semakin menjadi-jadi hari ni, rasa macam terseksa pulak. Terutamanya untuk kaum wanita. Islam itu mudah, tetapi bila dah mementingkan fesyen daripada aurat, maka jadi susah pulak aku tengok perempuan zaman sekarang. Contohnya :

1) Berhabis duit membeli pakaian-pakaian ikut trend.

2) Sentiasa nak bermekap. Tebal-tebal pulak tu. Tak rasa rimas ke pakai topeng tepek?

3) Nak kena ke saloon warna rambut, jaga rambut, basuh rambut.

4) Nak kena pakai ketat-ketat. Selesa ke pakai ketat-ketat? Susah nak bergerak adalah. Makan pun tak boleh penuh beb.

5) Keluar duit beli barang-barang di atas seperti alat mekap, barang penjagaan rambut, dan sebagainya.

6) Kena kompaun ( kalau di Universiti )


Itu antara yang aku nampak lah kan. Kan senang kalau menutup aurat. Pakai baju kurung, tudung cukuplah. Kan mudah dan Islam itu memudahkan. Ada hikmah kenapa wanita perlu menutup aurat. Lelaki pun sama, selalu pakai seluar pendek a.k.a "short pan". Nampak bulu kaki semua. Hehe

Kesimpulannya, sama-sama lah kita menegur ke arah kebaikan. Untuk diri sendiri dan juga untuk sahabat-sahabat kita di luar sana. :-)


Sunday, 18 March 2012

Makna Bacaan Dalam Solat

Aokme umur berape skang ni? Dah berbelas? Berpuluh tahun umurnye? Keknye selame aokme hidup atas dunie ni, aokme pahang dok makna bacaan dalang solat? Moh koi nok kongsi semoge dapat menambah ilmu pengetahuan kite yak :-)


Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.


Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.



Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.



Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.



Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.



Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.



Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.



Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.



Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.



Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.


* Semoge lepas kite tahu makna bacaan dalang solat ni,semayang kite lebih khusyuk. Amin.

Saturday, 17 March 2012

Batu API




Assalammualaikum

Hidup ni ada maruah. Hidup ni ada tujuan . Hidup ni ada matlamat.

Jangan kita menjadi batu api kerana akan menyemarakkan rasa marah seseorang itu kepada seorang yang lain. Tak kisahlah batu api kepada seagama, sebangsa, atau senegara . Ingat kita akan mejadi perhatian oleh manusia lain yang sentiasa memerhati. Tak malukah kita kalau di kenali sebagai manusia yang mempunyai perbuatan terkutuk tersebut? Perkara macam itu akan memakan diri sendiri, dan ingatlah bahawa Allah SWT itu adalah Maha Mengetahui. Jangan kita menjadi antara punca manusia sering bertelagah.

Hidup ni sekejap jek, tak lama. Bila-bila masa Allah SWT boleh menamatkan riwayat kita. Jangan kita ingat kita lah yang terhebat , termasyhur termantap di muka bumi ni. Jangan nak tunjuk yang kita ni betul dalam semua hal, jangan nak tunjuk yang kita ni hebat bila memburukkan orang lain. Sedangkan diri kita sendiri banyak lagi benda nak diperbetulkan. Kita ni hanya hamba yang lemah dan hina di sisi Allah SWT.

Sekadar menulis apabila melihat dunia hari ni semakin hari semakin ramai yang menjadi batu api atau menjadi hero padahal tanpa sedar apa yang dia buat sebenarnya begitu menjelekkan dan mampu menjadi fitnah. Kita ada akal kita boleh fikir. Wallahhualam.

Segala yang buruk itu datang daripada kelemahan diri saya, dan yang baik itu semuanya datang dari Allah SWT. Semoga kita sentiasa mendapat keredhaanNya .

Amin

Thursday, 15 March 2012

Siapa Joseph Kony ?

Jospeh Kony
Sejak kebelakangan ni, mesti ramai antara kita sering dengar nama Joseph Kony ni kan? Tapi, siapa mamat ni? Nama yang baru di naikkan di alam siber . Yang hangat diperkatakan di alam siber ini adalah seorang ketua pemberontak LRA di Uganda. Seorang yang berhati busuk, kejam, jahat, keji, menculik kanak-kanak dan dijadikan sebagai tentera pemberontak, memaksa kanak-kanak membunuh ibu bapa mereka sendiri, menjadikan perempuan hamba seks, dan banyak lagi.

Siapa yang mula memperkenalkan Jospeh Kony ini kepada dunia? Siapa yang berusaha untuk membawa Joseph Kony ke muka pengadilan. Tengok dan tonton ni :


Selepas aku tengok video ni, apa yang menariknya aku tengok yang mana Joseph Kony ini adalah satu-satunya calon yang diperjuangkan oleh rakyat Amerika sendiri untuk kerajaan US campur tangan Jika sebelum ini Saddam Hussein, Muammar Ghaddaffi, Osama Ladin ,kerajaan US sendiri yang ingin campur tangan tanpa mendapat apa-apa pandangan daripada rakyat mereka. Mereka yang memperjuangkan mempromosikan Joseph Kony ini adalah remaja film maker daripada US  yang pernah melawat Uganda. Usaha mereka ini sudah berusia 8 tahun.

Menurut INVISIBLE CHILDREN, kerajaan Uganda tak dapat menumpaskan dan menangkap Joseph Tony kerana kurangnya teknologi dan kelengkapan ketenteraan. Sebab itu jika kita lihat sekarang, Joseph Tony begitu popular dan sering di mainkan di media sama ada media massa, media alternatif. Ini adalah supaya orang ramai buka mata dan menyedari apa yang berlaku di sana.

Ada juga yang menentang perjuangan menentang Jospeh Kony ini . Antara nya :




Joseph Kony pula mengatakan kerajaan Uganda sengaja memperbesarkan dan memburukkan pasukannya agar negara luar campur tangan. Ini semua masalah politik dan gila kuasa!! Tak kisahlah siapa benar siapa tak benar.

Tapi, andai benar kekejaman yang dilakukan oleh Joseph Kony ini, kita harus tentang kerana kekejaman yang dilakukan begitu dahsyat.

P/s : Tak dapat bayang kalau dipaksa  tembak mak ayah sendiri.


Wednesday, 14 March 2012

Aku tak ada perasaan?

ok. Hari ni nak cerita pasei diri koi pulok di U ni. Hari ni second day koi ke kelas walaupon kelas doh start seminggu yang lepas. Bukan saloh koi, pasei koi tok register course lagi. Keknye bile koi masok kelas jek, ande la lect kabo koi ni tak ade perasaan. Bile tanye, koi jawab dengan tak ade perasaan. Mane boleh macam tu, koi ni berhati taman bunge. Penuh dengan bunga-bunga yang mekar ditiup angin sepoi-sepoi bahase. Ade ke pulok ngabo gitu ke kawan.

Gambaran dalaman Hati Koi


Mungkin sebab koi dalam kelas sokmo dok di tempat terpencil macam di pintu belakang, di penjuru belakang gamoknya. Die nok tarik perhatian ( Think positive ). Niat koi untuk diam n dudok di tempat tersorok sikit pasei tak nok dikenali n diberi perhatian. Last-last , usahe koi hampuras belake. Asyik koi jek kene dalam kelas.

Mood : Bengang

*Koi : Saya/aku

Saturday, 10 March 2012

Pahang tewas di Terengganu

Semalam koi ande nengok astro Arena perlawanan antare Pahang Vs T Team. Venue game ni di Terengganu. Koi bangga nengok Pahang main best, gol semuanya mantak-mantak . Gol dari Pahang mantak, gol dari T Team pun mantak.



Tapi pertahanan Pahang nampok rapuh, T Team mende lagi kejor habis sampei 3 gol. Tapi, nok wat macam mana, kala ikotkan memang banyok mende leh pertikei macam yang koi baca di sini. Kek nye menang ke kaloh ke adat permainan lah kan.



Nok wat gone dah kaloh. Tapi kaloh bermaruoh lah bagi koi kan. Dahlah main kaloh mati, main tempat lawan lagi pulok te. Kire ok lah dengan kebanyokkan player Pahang musim ni anok jati Pahang. Rajagopal jek hok yang bute. Katenye "saya kenal player saya"...Ha, amik lah aok kenei player aok jek...T Team pon ramei hok yang main seak, aok tak nok juge ngambiknye weh.

P/s : Malas betoi nok balik Melake ....

Thursday, 8 March 2012

Ayat Loghat Pahang 2

Sebelum ni koi ada post pasei  loghat Pahang di blog koi ni . Siap ada video lagi.keh3..... Hari ni sekali lagi koi akan kongsi ayat-ayat dalang loghat Pahang ni. Loghat  Pahang terpecah kepada beberapa slang daeroh yang mane bunyik percakapannya agok berbeze. Contoh, orang Pekan lain bunyinye. Orang Temerloh pulok, lain bunyinye. manakala orang Lipis, ulu tembeling, lain pulok. Maloh ande sesetengoh perkataan, hok yang takde di tempat lain. Ini yang kita panggil loghat daerah. Bermakne, perkataan tu, orang kat daerah atau kampung tersebut tu je hok yang tahu. Orang tempat lain tok pahang. Gamoknya mungkinlah tok penghulu kampung tersebut yang mencipta perkataan tuh berdasarkan keadaan, sosial, persekitaran dan pengaruh setempat.

Ni ha antara loghat Pahang termasuk la contoh ayatnye......


aok : awak
(Nama aok sapa ye?)

Habat : kotor,tak senonoh
(Kome tengah makan ni aok sibuk pulak korek hidung.Habat sungguh!!)

Emboh/mboh : boleh
(pintu tu tak emboh terbuka,berkunci gamoknya)

gamok/gamak : agak-agak
(gamok nya banyok pahala tengku abdul raman mintok merdeka dulu. zaman org putih dulu tengok orang melayu bawok kereta pun pelik. sekarang ni orang melayu dah boleh bawok kapalterbang.gamok nya la.)

hoge : Goyang 
(Lama dah kerusi ni,  hoge doh)

sokmo : selalu
(Deme ni kalau tengok citer hindustan sokmo menangis)


Followers