Ok. Apa yang korang faham tentang aurat? Aurat dari segi bahasa ialah keaiban, dari segi syarak pula bahagian-bahagian tertentu pada tubuh badan yang wajib di tutup. Orang Islam wajib menutup aurat. Sesuai dengan firman Allah SWT :
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)
Maknanya menutup aurat ni bukan sekadar memakai tudung, tetapi meliputi semua. Kalau nak lebih lanjut, boleh lah tanya kepada ahli agama. Kalau tanya aku, aku tak arif sangat nak beri dalil semua bagai.
Tapi, kalau tengok kepada orang kita yang semakin menjadi-jadi hari ni, rasa macam terseksa pulak. Terutamanya untuk kaum wanita. Islam itu mudah, tetapi bila dah mementingkan fesyen daripada aurat, maka jadi susah pulak aku tengok perempuan zaman sekarang. Contohnya :
1) Berhabis duit membeli pakaian-pakaian ikut trend.
2) Sentiasa nak bermekap. Tebal-tebal pulak tu. Tak rasa rimas ke pakai topeng tepek?
3) Nak kena ke saloon warna rambut, jaga rambut, basuh rambut.
4) Nak kena pakai ketat-ketat. Selesa ke pakai ketat-ketat? Susah nak bergerak adalah. Makan pun tak boleh penuh beb.
5) Keluar duit beli barang-barang di atas seperti alat mekap, barang penjagaan rambut, dan sebagainya.
6) Kena kompaun ( kalau di Universiti )
Itu antara yang aku nampak lah kan. Kan senang kalau menutup aurat. Pakai baju kurung, tudung cukuplah. Kan mudah dan Islam itu memudahkan. Ada hikmah kenapa wanita perlu menutup aurat. Lelaki pun sama, selalu pakai seluar pendek a.k.a "short pan". Nampak bulu kaki semua. Hehe
Kesimpulannya, sama-sama lah kita menegur ke arah kebaikan. Untuk diri sendiri dan juga untuk sahabat-sahabat kita di luar sana. :-)
2 comments:
memang seksi tu x bagus tapi kwn suke gak nengok yg seksi....hahahaha.
ayu cam saye :)
Post a Comment