klik !

Thursday, 15 March 2012

Siapa Joseph Kony ?

Jospeh Kony
Sejak kebelakangan ni, mesti ramai antara kita sering dengar nama Joseph Kony ni kan? Tapi, siapa mamat ni? Nama yang baru di naikkan di alam siber . Yang hangat diperkatakan di alam siber ini adalah seorang ketua pemberontak LRA di Uganda. Seorang yang berhati busuk, kejam, jahat, keji, menculik kanak-kanak dan dijadikan sebagai tentera pemberontak, memaksa kanak-kanak membunuh ibu bapa mereka sendiri, menjadikan perempuan hamba seks, dan banyak lagi.

Siapa yang mula memperkenalkan Jospeh Kony ini kepada dunia? Siapa yang berusaha untuk membawa Joseph Kony ke muka pengadilan. Tengok dan tonton ni :


Selepas aku tengok video ni, apa yang menariknya aku tengok yang mana Joseph Kony ini adalah satu-satunya calon yang diperjuangkan oleh rakyat Amerika sendiri untuk kerajaan US campur tangan Jika sebelum ini Saddam Hussein, Muammar Ghaddaffi, Osama Ladin ,kerajaan US sendiri yang ingin campur tangan tanpa mendapat apa-apa pandangan daripada rakyat mereka. Mereka yang memperjuangkan mempromosikan Joseph Kony ini adalah remaja film maker daripada US  yang pernah melawat Uganda. Usaha mereka ini sudah berusia 8 tahun.

Menurut INVISIBLE CHILDREN, kerajaan Uganda tak dapat menumpaskan dan menangkap Joseph Tony kerana kurangnya teknologi dan kelengkapan ketenteraan. Sebab itu jika kita lihat sekarang, Joseph Tony begitu popular dan sering di mainkan di media sama ada media massa, media alternatif. Ini adalah supaya orang ramai buka mata dan menyedari apa yang berlaku di sana.

Ada juga yang menentang perjuangan menentang Jospeh Kony ini . Antara nya :




Joseph Kony pula mengatakan kerajaan Uganda sengaja memperbesarkan dan memburukkan pasukannya agar negara luar campur tangan. Ini semua masalah politik dan gila kuasa!! Tak kisahlah siapa benar siapa tak benar.

Tapi, andai benar kekejaman yang dilakukan oleh Joseph Kony ini, kita harus tentang kerana kekejaman yang dilakukan begitu dahsyat.

P/s : Tak dapat bayang kalau dipaksa  tembak mak ayah sendiri.


No comments:

Followers