klik !

Thursday, 19 January 2012

Hotel Marina Bay Sands Casino, Singapura

Korang pandai berenang tak? Minat berenang? Nak berenang di tempat tinggi yang dekat dengan negara kita, Malaysia? Ha.....Aku ada satu tempat yang boleh dicadangkan.. Tempat ni namanya Hotel Marina Bay Sands Casino di Singapura.


Ini lah gambar hotel tu kalau nak tahu. Nampak macam kapal pun ada di bahagian atas bangunan tu. Nak tengok kolam nya di tingkat 57? Ni ha...







Kalau budak-budak  nakal dah terjun dah gamoknya

Kolam di hotel ni keluasannya 3 kali ganda lebih besar dari kolam renang Olimpik. Kedalamannya pulak 650 kaki. Em....Dalam tu....

Hotel ni jugak menyediakan sebanyak 2560 bilik untuk di sewa pada satu-satu masa pada harga £ 350. Pembinaan hotel ni menelan belanja sebanyak £4billion berbanding dengan The Emirates Palace Hotel di Abu Dhabi, dianggarkan mempunyai kos £ 2billion apabila ia dibuka pada tahun 2004 yang mana sebelum ini adalah hotel yang paling mahal pernah dibina di dunia.


Macam-macam benda pelik di dunia sekarang ni. Hotel di tempat tinggi la, restoran di tempat tinggi la. 

P/s : Pada yang gayat tu, boleh banyak kali terkencing dalam swimming pool tu. haha

Tuesday, 17 January 2012

Jersi Pahang zaman nostalgia

Alhamdulillah. Malam tadi pasukan Pahang berjaya mengalahkan pasukan Sime Darby dengan keputusan 2-1. Sekarang ni Pahang berada di no 2 liga dengan perbezaan jaringan gol . Satu perkembangan yang baik dalam misi naik kembali ke Liga Super.

Tiba-tiba rasa nak kumpulkan gambar-gambar jersi pasukan Pahang daripada dulu sampai sekarang. Ada dalam koleksi aku dan ada juga aku cari di laman web lain. Walaupun tak dapat semua, tapi aku rasa masih boleh mengimbau kembali kenangan-kenangan silam lah.

Hehe..

Jersi tahun 1982


Jersi Tahun 1983



Jersi Tahun 1990


Jersi Tahun 1991 ( home )


Jersi Tahun 1991 ( away )


Jersi Tahun 1992


Jersi Tahun 1993


Jersi Tahun 1994



Jersi Tahun 1995 ( Home )



Jersi Tahun 1995 ( Away )



Jersi Tahun 1997 ( Home )


Jersi Tahun 1997 ( Away )



Jersi Tahun 2004


Jersi Tahun 2005


Jersi Tahun 2008


Jersi Tahun 2009


Jersi Tahun 2011 Dan 2012 ( Home )




p/s : Gambar last tu yang paling smart. haha

Monday, 16 January 2012

Yang gemuk makin gemuk.

  • Gemuk makan. Setiap kali kita makan banyak, ada ke kita ni makin kurus? Sampai pakai baju pun nampak lemak berlapis, kang orang mengata pulak, dahlah gemuk, mengganggu pandangan mata pulak.
  • Gemuk dosa. Yelah, dosa itu ini. Bertambah-tambah sebab lupa pasal akhirat. Sibuk mengejar duniawi. Kang orang mengata pulak, dahlah gemuk, lupa diri pulak.
  • Gemuk ilmu. Ilmu ni tak payah nak susah-susah cari, merata-rata ada, dekat tepi longkang pun ada. Tak percaya? Keratan kertas berunsur ilmiah dekat dalam longkang tu, ambiklah. Nanti orang memuji pulak, biarpun dia gemuk, ditambah dengan cerdik pandai pulak, cute je.
  • Gemuk pahala. Pahala mudah je nak cari. Macam mana? Fikir sendiri. Tak perlu nak lakukan kejahatan, bukan buat baik sekali buat jahat berkali-kali. Aku hempuk kang. Kalau kita tak melawan cakap orang tu pun dah dikira pahala.
  • Gemuk comel. Eh ada orang panggil aku ke?! HAHA perasannya!

Comel kan kucing gua? Kuikui


Hati- hati dengan Rohypnol .

Apa  Rohypnol tu? Ianya adalah sejenis dadah yang menjadi satu taktik baru untuk "selamat" selepas merogol seseorang. Macam mana tu?  Rohynol digunakan bersama-sama prodestrex yang mana adalah sejenis pil "pencuci" yang kecil. Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian “mencuci” mangsa mereka. 

Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.
Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan “mencuci” agar si mangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak perlu bimbang untuk  menjalani ujian air mani dan DNA nanti.

Prodesterex biasanya dibekalkan kepada para doktor haiwan untuk “mencuci” haiwan besar. Prodesterex ni juga biasanya digunakan untuk memandulkan kuda. Dan turut membawa kesan yang sama kepada manusia. Apabila dah "terkena", kesan kemandulan turut terjadi kepada mangsa. Dan kesannya adalah KEKAL.

Berhati-hati lah wanita.

Kepada mana-mana wanita yang mengambilnya, akan mengalami risiko yang amat tinggi TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA. Bagi yang sengaja ambil tu memang dah bangang, tapi bagi yang wanita yang langsung tidak tahu menahu ni, anda ndinasihatkan berhati-hati. Sekarang ni, berbagai-bagai jenis manusia ada di muka bumi ni. Manusia yang tak ada hati perut.

Berita ini sama ada betul atau tidak tak dapat nak di pastikan. Tetapi sekadar sebagai berkongsi dan satu peringatan kepada wanita-wanita di luar sana. :-)

P/s : Inilah akibat bila kemajuan sains di salah guna.

Saturday, 14 January 2012

Stadium Nasional Bukit Jalil

Semalam habis semua perlawanan dalam liga perdana. Boleh di katakan sengit juga lah setelah habisnya beberapa perlawanan ni. Ini adalah keputusan bagi perlawanan hari semalam :



Sebagai anak semantan, bangga la Pahang menang dengan Harimau Muda B 4-0 di stadium Bukit Jalil. Jaringan gol adalah dari Nana Yaw ( Import ) , Gopi , Alex dan maleek. Semua gol di jaringkan pada separuh masa ke dua. Dalam kegembiraan , ada kekecewaan. Mungkin tak berapa ramai penyokong Pahang yang datang ke stadium. Dalam lingkungan 200 orang je :


Ultras Pahang

Antara Pencinta Bola Sepak Pahang di Lembah Klang


Tetapi, ada satu berita yang mengatakan ada seorang player Perlis di tahan SPRM sebab menerima rasuah. Dah lama tak dengar pasal rasuah dalam dunia bola sepak negara kita ni. Takkan nak ulang tragedi tahun 1994 ? Bermulanya era kejatuhan bola sepak negara. Berita tu ak dapat dari sini. Antara yang diprint screen :


Apa dah jadi ni? Tak sayang pada arena sukan bola sepak tanah air ke? Team Malaysia baru nak naik semula , tiba-tiba jadi macam ni. Rasuah penghancur masa depan bola sepak negara. Kerana rasuah lah bola sepak kita menjunam dulu. Ingat lagi tak? Harap player ni kalau didapati bersalah, kena kan lah hukuman yang paling berat supaya player lain takut untuk buat sama macam apa yang dia buat. Mintak SPRM siasat lebih lagi mana lah tahu ada menular dalam pasukan-pasukan lain juga. Buat Ops Bersih la baru betul.


Apa-apa pon, kepada pencinta bola sepak Pahang, anda di jemput ke :




Datang lah beramai-ramai ye. :-) . Sekarang ni FAM dah naikkan harga tiket. Dengor kabornya Pahang FA hanya menjual tiket Grandstand RM12 dan VIP RM15. Maka takde la lagi penonton di seberang grandstand atas trek tu. Tapi Hill View dan klinik view masih lagi percuma. Hehe...

P/s : Cepat lah sikit upgrade stadium Temerloh te.

Wednesday, 11 January 2012

Stadium Temerloh weh....

Lama tak update blog aku ni. Dah berusang dah gayanya. Entry kali ni aku cuma nak kongsi info tentang perkembangan bola sepak negeri Pahang. Ada antara orang Pahang sendiri tak tahu yang sekarang ni stadium Temerloh  menjadi tuan rumah sepanjang pasukan Pahang beraksi dalam liga Perdana. Sebab masih ada orang Pahang yang tak tahu Stadium Darul Makmur sedang di ugrade untuk sukma yang akan datang. Buat masa ni, stadium Temerloh di gunakan untuk menggantikan stadium darul makmur. 


Ada antara orang Pahang masih tak tahu tentang hal ini. Sebab mereka pelik kenapa match buat di Temerloh jek sekarang ni. Harap info ni dapat memberi info kepada rodong2 yang membaca ya. Perlawanan pertama liga perdana dah settle. Pasukan Pahang menang 1-0 ke atas MBJB. Antara gambar yang dapat di snap di stadium :

Ramai dok tengok dari atas bukit ( tak nak beli tiket la tu )

Lampu terang , padang pon cantik.

Nana Nurgaya - pemain import Pahang dari Ghana

 Sekarang ni dengar cerita bajet untuk menaik taraf stadium Temerloh dah lulus. Jadi, kepada penyokong Pahang , jangan lah berkira sangat nak beli tiket, tengok bola dari atas bukit je. Macam mana PBNP nak dapat dana. Support lah negeri kita negeri pahlawan.

P/S : Harap2 la stadium Temerloh terus jadi venue home untuk pasukan Pahang. Dekat sikit dengan daerah2 lain supaya ramai penyokong boleh datang. Temerloh titik tengah semenanjung.

Followers