klik !

Wednesday, 11 January 2012

Stadium Temerloh weh....

Lama tak update blog aku ni. Dah berusang dah gayanya. Entry kali ni aku cuma nak kongsi info tentang perkembangan bola sepak negeri Pahang. Ada antara orang Pahang sendiri tak tahu yang sekarang ni stadium Temerloh  menjadi tuan rumah sepanjang pasukan Pahang beraksi dalam liga Perdana. Sebab masih ada orang Pahang yang tak tahu Stadium Darul Makmur sedang di ugrade untuk sukma yang akan datang. Buat masa ni, stadium Temerloh di gunakan untuk menggantikan stadium darul makmur. 


Ada antara orang Pahang masih tak tahu tentang hal ini. Sebab mereka pelik kenapa match buat di Temerloh jek sekarang ni. Harap info ni dapat memberi info kepada rodong2 yang membaca ya. Perlawanan pertama liga perdana dah settle. Pasukan Pahang menang 1-0 ke atas MBJB. Antara gambar yang dapat di snap di stadium :

Ramai dok tengok dari atas bukit ( tak nak beli tiket la tu )

Lampu terang , padang pon cantik.

Nana Nurgaya - pemain import Pahang dari Ghana

 Sekarang ni dengar cerita bajet untuk menaik taraf stadium Temerloh dah lulus. Jadi, kepada penyokong Pahang , jangan lah berkira sangat nak beli tiket, tengok bola dari atas bukit je. Macam mana PBNP nak dapat dana. Support lah negeri kita negeri pahlawan.

P/S : Harap2 la stadium Temerloh terus jadi venue home untuk pasukan Pahang. Dekat sikit dengan daerah2 lain supaya ramai penyokong boleh datang. Temerloh titik tengah semenanjung.

4 comments:

Nizam said...

Koi suke ngat kala stadium negeri buat kat Temerloh.Buat beso sikit de kawasan lapang.Peminat bolo de sane lagi ramei dari Kuantan

Ayen... said...

Awk yelaa dekat bang,kwn ni plk jauhnya,huhuhu....tp import tu bagus ke mainnya?...

Op Anaz said...

Nizam - Datang le Temerloh nengok pasukan kita yak...

Ayen - haha...aok ande mana?? Kontan ? Ala....time free2, dtg la...bukan jauh mana...Temerloh tengoh Pahang...seme daeroh lebih kurang jauhnye ke Temerloh...hehe

|ardani| said...

temerloh tu..koi bgga jd anok temerloh..:)

Followers