klik !

Saturday, 14 January 2012

Stadium Nasional Bukit Jalil

Semalam habis semua perlawanan dalam liga perdana. Boleh di katakan sengit juga lah setelah habisnya beberapa perlawanan ni. Ini adalah keputusan bagi perlawanan hari semalam :



Sebagai anak semantan, bangga la Pahang menang dengan Harimau Muda B 4-0 di stadium Bukit Jalil. Jaringan gol adalah dari Nana Yaw ( Import ) , Gopi , Alex dan maleek. Semua gol di jaringkan pada separuh masa ke dua. Dalam kegembiraan , ada kekecewaan. Mungkin tak berapa ramai penyokong Pahang yang datang ke stadium. Dalam lingkungan 200 orang je :


Ultras Pahang

Antara Pencinta Bola Sepak Pahang di Lembah Klang


Tetapi, ada satu berita yang mengatakan ada seorang player Perlis di tahan SPRM sebab menerima rasuah. Dah lama tak dengar pasal rasuah dalam dunia bola sepak negara kita ni. Takkan nak ulang tragedi tahun 1994 ? Bermulanya era kejatuhan bola sepak negara. Berita tu ak dapat dari sini. Antara yang diprint screen :


Apa dah jadi ni? Tak sayang pada arena sukan bola sepak tanah air ke? Team Malaysia baru nak naik semula , tiba-tiba jadi macam ni. Rasuah penghancur masa depan bola sepak negara. Kerana rasuah lah bola sepak kita menjunam dulu. Ingat lagi tak? Harap player ni kalau didapati bersalah, kena kan lah hukuman yang paling berat supaya player lain takut untuk buat sama macam apa yang dia buat. Mintak SPRM siasat lebih lagi mana lah tahu ada menular dalam pasukan-pasukan lain juga. Buat Ops Bersih la baru betul.


Apa-apa pon, kepada pencinta bola sepak Pahang, anda di jemput ke :




Datang lah beramai-ramai ye. :-) . Sekarang ni FAM dah naikkan harga tiket. Dengor kabornya Pahang FA hanya menjual tiket Grandstand RM12 dan VIP RM15. Maka takde la lagi penonton di seberang grandstand atas trek tu. Tapi Hill View dan klinik view masih lagi percuma. Hehe...

P/s : Cepat lah sikit upgrade stadium Temerloh te.

1 comment:

Ayen... said...

kwn pun tumpang bangge dgn pencapaian pahang setakat ni dan harap2 berterusan dan naik smule ke liga super tahun depan...

Followers