klik !

Thursday, 14 July 2011

Mandi Depan Sangkar Tengku Mahkota Pahang

Kelmarin aku dengan membe aku ( titah dan nudin ) pergi mengail di sangkar raja. Tangkapan agak memberangsangkan jugak lah sebab aku dapat 2 ekor udang galah .Mengail dari pukul 4 petang sampai la ke pukul 6.15 . Dalam pukul 5 tu tiba-tiba titah kate  " weh, alang-alang sungai Pahang dah surut ni, moh le kite mandi ". Aku tak banyak cakap terus terjun. Daripada aktiviti mengail ke aktiviti mandi sungai pulak. haha.. Aku dah lama tak mandi sungai pahang macam masa kecik2 dulu.Sambil mandi tu kitorang mengalih sampah-sampah macam guni, kayu kat dalam sungai tu. Patut ah ngail asyik lekat jek. Rupa-rupanya guni bertimbun dalam air. Lepas ni dah clear, harap-harap tak lekat lagi lah sebab port sini memang port tetap n faveret kitorang. Mandi punya mandi ha ni ha lah jawapnya :





bajet pro berenang ah ni

sempat lagi cari kijing..haha
Apa-apa pun, seronok jugaklah main air sungai ni walaupun penat mengail. Naik-naik ke darat, mak titah jemput makan laksam lak. Rezeki yang datang jangan di tolak. ku hayunkan sahaje.hehe..sebab dah lumrah kalau mandi sungai mesti lapor. Makan lah jawabnya. :-)

P/s : kalau mengail di laut, mandi laut jugak lah. haha

4 comments:

Honey Bhulat said...

best nye mandi...udang galah? nyum2..suka udand..manis

BubuBobot said...

kijing tu apa?







Teringin nak mandi sungai. Huwaaaa!! Macam seronok gila. Sampai nampak kepala je. HAHA

Addin said...

haha mesti sejuk kan?

:)

vendoline said...

keruhnye air
but best gak dpt tangkap keijing.hehe

Followers