klik !

Thursday, 14 July 2011

Tokek

Tengah hari tadi sedang sibuk-sibuk mengangkat almari ke bilik kakak, tiba-tiba aku ternampak seekor cicak yang di kenali sebagai  tokek ni. Rasa nak menangkap tu muncul. Lalu apa lagi berbekalkan kayu dan serkup plastik aku berjaya menangkapnya walaupun agak mengambil masa. Orang cakap tokek ni berbisa, tu yang slow2 je buat kerja.hehe..Aku sempat snap gambar pakai anset akak aku ( anset aku apa lah sangat ) :




Setahu aku sekarang ni dah ada akta mengenai memelihara cicak tokek ni. Siapa-siapa yang tiada permit atau lesen untuk membela boleh didakwa sehingga RM50000 wo. Mula-mula aku musykil juga sama ada ini cicak besar atau tokek. Tapi, lepas mengira jarinya aku yakin yang ini adalah tokek. Beza paling ketara antara cicak dan tokek adalah jumlah jari. Jari tokek : 5 , Jari cicak : 4  .  Ada macam-macam jenis tokek macam tokek rumah, tokek batu, tokek hutan dan macam-macam lagi lah. Jadi, kesimpulannya ini adalah tokek rumah. he...

P/s : Lepas ni nak tangkap ayam hantu pulak lah. haha

3 comments:

CikHaniBhulat said...

dah jual belum? kalo jual kayo ni..ley share dgn hani..hehe..menakutkan je..kalo hani jumpa, hani yg lari..dgn cicak pon geli..

op anaz said...

haha...jangan mimpi cicak malam ni dah le..

TK said...

mak oi! tingginya denda!

tapi ini memang betul pun... ada tertulis dalam Wildlife Conservation Act 2010...

Followers