klik !

Thursday 7 July 2011

Hobi mengail muncul kembali..

Sejak pulang cuti semester sampai ke bulan 9 ni, duduk kat kampung rasa tak lengkap kalau tak buat aktiviti-aktiviti kampung. Balik ni aku memulakan sesi memancing a.k.a mengail depan umah aku walaupun pokok ara tumbang baru-baru ni. Bedal sahaja, dapat jugak ikan krai. Sejak dari peristiwa tu, hobi lama aku muncul kembali. Dah lama meninggalkan sungai Pahang dengan sungai Semantan terasa rindu ngan ketagih lak memancing. Biasanya aku pergi memancing dengan membe-membe kampung aku ( 3 orang biasanya termasuk aku haha)..Macam-macam port/ lubuk dah pergi, sehinggakan sangkar raja Pahang pun jadi port. Antara hasil sejak seminggu ke 2 minggu ni :

udang galah

Ikan lampam

ikan Kelabau ( lian )

ini pun letak lah walaupun ikan tilan..haha
Seronok jugak lah memancing dengan membe-membe daripada buang duit mengeteh ke lepak tak tentu hala. Cuma sedih malam kelmarin, patin buah terlepas semuala ke dalam sungai. 1 Kg lebih beratnya tapi nak wat macam mana, bukan rezeki kan.. Dapat jugak makan kat rumah suruh mak masak gulai lemak..umph...ikan sungai kalau masak gulai lemak memang terbaiklah. Setakat ni port kitorang kat Sungai Pahang dengan Sungai Semantan je lah. Baru-baru aje bercadang nak ke tasik kenyir atau tasik Bera. Kalau ada rezeki, InsyaAllah sampai ke sana nak cari toman pulak. Ahaha.. Kepada krew-krew memancing yang lain, korang memang terbaik :-)

2 comments:

Nizam Awang Brahim said...

Popaleh deme.Sepit biru naik juge ye....

Op Anaz said...

tu la..terkejut juge kawan dapat sepit biru kat sungai semantan...jarang amat dapatnya...

Followers