klik !

Thursday, 31 May 2012

Perhatian !

1. Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal dikuat-kuasakan bermula esok, iaitu 1 Jun 2012.

2. Melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka.

3. Contohnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman Facebook Page anda, tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya.

4. Juga sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun sebarang perkara menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan kandungan yang bertentangan dengan undang-undang serta memfitnah seseorang melaluinya, maka anda akan didapati bersalah, dan perlu membuktikan sebaliknya.



5. Anda mungkin akan menghadapi masalah sekiranya:

-Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut.
-Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkannya.
-Seseorang menggunakan tablet atau telefon pintar anda untuk menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda akan dianggap sebagai yang menerbitkannya.
-Seseorang menggunakan komputer anda atau laptop anda untuk menerbitkan sesuatu pada internet, maka anda akan bertanggungjawab atasnya.
-Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya.

Satu akta yang dikuatkuasakan khas untuk pengguna internet khasnya Twitter, Facebook, n blog.
Berhati-hati lah menulis. 

P/s : Lepas tulis kena pakai penapis.


Wednesday, 30 May 2012

Rakan di alam maya



Aku mula berblog sejak tahun 2010 .Tapi aku start aktif dan kerap mengupdate blog sejak tahun 2011. Tahun 2012 ni aku masih lagi update tapi mungkin tidak sekerap dulu. Mungkin sebab sibuk dengan kerja atau sengaja menyibukkan diri sendiri. Kini, aku kembali ke alam blogger setelah jarang menjenguk blog aku yang berusang ni.

Tapi, sejak aku mula semula berblogging ni, aku perasan satu perkara. Kawan-kawan blogger aku yang lama sama ada yang rapat atau tidak dah menghilangkan diri. Tak ada update terbaru keluar di dashboard aku. Sampaikan ada sesetengah rakan blogger yang aku dah lupa . Aku rasa aku ramai juga memfollow rakan blogger lain, tapi ke mana hilangnya mereka? Mungkin mereka seperti aku. Sibuk dan menyibukkan diri.  Mungkin juga diorang dah bosan berblogging atau tak ada idea nak menulis . Atau buat  blog lain??

Yang masih aktif juga ada, tapi hanya sedikit berbanding dahulu.  Walau apa pun sebabnya, aku masih seronok untuk menulis dalam blog usang aku ni. Kerana aku suka menulis dari hati aku. Apa yang aku nak tulis, aku akan sampaikan. Sama ada seseorang tu suka atau tidak, itu atas penilaian beliau. Tapi, menulis dari hati di blog  lebih seronok daripada membuat status facebook yang bosan contohnya : 

Bosannyew! , Best Gila!, ko dengan dia sama jek hati busk bla bla bla bla bla gi mampos!, Ada aku kisah??, Penat! ( kalau baca pon naik menyampah )

Aku dah lama perasan rakan-rakan blogger lama dah tak update. Cik Froggie ni pon cakap ada rakan blogger beliau dah tak aktif dalam berblogging ni. Tapi aku berterima kasih kepada cik froggie kerana menyenaraikan blog aku dalam kalangan orang yang masih aktif berblog. Dia ni pun dah lama aku kenal dalam alam maya ni. Kehadiran blog beliau aku tahu sebab dulu selalu juga blogwalking . Sama ada tegur atau tak tegur je la. haha

Selamat menulis kepada blogger yang masih aktif dan kepada yang dah tak aktif tu, update la kalau ada masa. 

P/s : Best juga blogwalking ni walaupon kadang-kadang tu kita baca tapi tak komen. hehe





Thursday, 24 May 2012

Pembentangan Bajet sesi 2012/2013

Assalammualaikum

Tak lama lagi dah nak final exam. Sekejap je masa berlalu. Pejam tutup mata tengok-tengok dah nak habis semester dah. Cepat betul masa berlalu, dan masa-masa tu memang tiada gantinya.  Minggu ni dapat cuti seminggu boleh balik kampung. Yang ada di kepala sekarang ni, bulan Ramadhan yang bakal menjelma tak lama lagi. Kalau ikut perancangan , tahun ni nak berniaga di bazar Ramadhan Temerloh. Dapat juga menambah-nambah duit poket n duit raya. 

Duduk di Melaka ni duit makin lama makin habis. Duit part time yang masuk lagi sikit daripada kos sara hidup. Makan, minum, rumah sewa, yuran persatuan semua bagai nak kena settlekan. Duit keluar macam air dari kepala paip. Tapi, Alhamdulillah walau macam mana sekalipun setakat ni keadaan masih stabil. Perancangan kewangan aku menjadi tapi aku tengah fikir untuk masa akan datang ni. Bagaimana cara nak generate income yang masyuk untuk tampung hidup aku di hari-hari mendatang.  Sesi 2011/2012 punya bajet dah tamat. Skang ni planning untuk bajet sesi 2012/2013 pulak. Dah macam pembentangan bajet negara plak. Hehe. Macam-macam ada dalam  kepala sekarang ni, sama ada terlaksana atau tidak je. Kena teliti semula semua belanjawan untuk diri sendiri bagi sesi baru ni.



Duit bukan segala-galanya , tapi segala-galanya memerlukan duit. Nak masuk tandas skang ni pun dah 30 sen. Apatah lagi benda lain. Kena wat bentangan bajet dalam kehidupan ni. Kalau tak buat bajet, itu yang sampai kena puasa seminggu tu. Harap-harap impian n harapan aku untuk berniaga di  bazar ramadhan tahun ni tercapai. Rezeki Allah dah tentukan betul tak? Kita usaha,doa, n tawakkal je la.


Semoga aku di murahkan rezeki yang halal lagi baik. 
Amin


Tuesday, 22 May 2012

Hidup ini perlukan pedoman…

Kadang-kadang kita tak tahu diri kita macam mana. Sedar atau tak manusia lain memerhati kita sama ada dari segi penampilan, tingkah laku, emosi, sikap, n macam-macam lagi. Ada manusia cuba menjadi COOL , ada yang cuba jadi ustaz atau ustazah , ada yang nampak macam pendiam, ada juga yang nampak gembira tetapi hati sebenarnya tak gembira.

Pernah tak kita tanya diri kita, selama ni apa yang aku rasa? Apa yang aku buat? Ada yang dapat jawab dan ada yang tidak. Hidup di dunia ni ada pro dan kontranya. Ada berlainan pendapat, berlainan prinsip. Biar kan semua itu, asalkan ada matlamat ke arah kebaikan. Setiap langkah kehidupan di corak oleh diri kita sendiri. Sama ada matlamat hidup itu tercapai atau tidak, terpulang kepada-Nya setelah kita berusaha ke arah itu.



Tapi, bila sesuatu yang kita inginkan tak tercapai, pasti akan ada rasa kecewa dalam hati. Sama ada memberi kesan yang besar atau pun kecil bergantung kepada individu.Kemarau yang melanda di hati lebih dahsyat daripada kemarau yang menimpa di musim panas. Atas diri sendiri cara penerimaan kepada kegagalan tersebut. Pasti ada sebab mengapa ia tak tercapai. Mungkin salah cara, salah langkah, salah strategi, salah anggapan, atau lain-lain lagi.

Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal: tetapi ianya kan membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya.


Amende aku melalut ni.
Satu perkara yang tak di jangka n yang aku tak tahu tersingkap hari ni....

 Aduhai....




Sunday, 20 May 2012

Kalau ada malang pak kaduk, malang lagi ????

Mencabar sungguh dunia hari ni. Macam-macam godaan dunia terpaksa di tempuh. Kalau keluar rumah jek, ada je hiasan-hiasan dunia yang berjalan depan mata. Di mana-mana ada jek dengan berbagai gaya n cara. Duduk kat kedai makan pun banyak yang lalu lalang. Nak makan pun tak senang , dengan godaan hiasan syaitan depan mata.

Ramai betul perempuan berpakaian tapi telanjang kat Malaysia ni. Kalau yang bukan Islam tu boleh ada tolak ansur lagi, kalau yang Islam ni pakai menjolok mata. Pedih berair mata aku menengoknya. Tak kira lah tua ke muda ke ada saja. Tak payah nak cerita banyak sebab aku tahu semua orang boleh nampak dan saksikan zaman sekarang ni macam mana.

Kalau lawa tak apa juga . Ini muka dah macam orang asli baru keluar bandar .
Tak berselera beb,..

Yang ni pon tak leh terima aksi macam tu :






Kah3..



Thursday, 17 May 2012

Sembang Sejarah

Assalammualaikum....

Entry kali ni adalah berdasarkan apa yang aku dan kawan-kawan sembang sambil "ngeteh-ngeteh" tadi. Bercakap pasal sejarah yang mana kami tahu. Aku minat sejarah sebab sejarah adalah sesuatu yang boleh di teliti agar perkara yang buruk tidak berulang kembali. Bak kata pepatah "Tak nak pisang berbuah dua kali ". Kalau yang minat sejarah ni juga biasanya jenis yang selalu memikirkan tentang keadaan semasa negara ( pada pemerhatian aku la ).

Berbalik kepada apa yang kami sembangkan. Negara yang menggunakan bahasa luar dalam pertuturan mereka. Contohnya negara Brazil menggunakan bahasa Portugis, bahasa Sepanyol di gunakan di Mexico n Venezuela, dan kalau tak silap negara Austria menggunakan bahasa Jerman. Kalau dilihat dari segi geografi , kedudukan Brazil jauh dengan negara Portugal tetapi bahasa Portugis di gunakan oleh mereka. Ini adalah di sebabkan kesan penjajahan. Aku tak pasti sama ada negara yang menggunakan bahasa luar ni ada bahasa mereka sendiri atau tidak. Jika ada, maknanya bahasa mereka telah pupus sama sekali. Bahasa penjajah di guna pakai sehingga pupus bahasa sendiri. Kalau di fikir semula, memang dahsyat kesan dari penjajahan ni.

Dulu semasa Tanah Melayu di jajah, Jepun pernah cuba melakukan perkara yang sama. Mengajar bahasa dan tulisan mereka kepada penduduk tanah Melayu. Mungkin mereka cuba buat seperti mana Portugis lakukan di negara-negara yang aku sebut tadi. Semasa Portugis menjajah Melaka, aku tak pasti diorang buat atau tidak. Yang penting kesan dari penjajahan di Melaka, banyak gereja didirikan. Aku yang sekarang sedang menetap di Melaka perasan memang banyak gereja-gereja lama di bandar Melaka ni.

Kalau tengok hari ni, kita masih lagi menggunakan bahasa ibunda kita iaitu bahasa Melayu. Ini bermakna kesan penjajahan dalam bahasa tidaklah begitu dahsyat. Tetapi, tadi aku terfikir, memang lah bahasa Melayu tak hilang, tapi tulisan asal kesusasteraan Melayu dah semakin hilang. Tulisan yang aku maksudkan adalah tulisan Jawi. Jika dulu kita gah dengan tulisan Jawi, kini tulisan jawi semakin lama semakin dilupakan. Tulisan Jawi mula hilang sejak merdeka. Sampaikan kalau kite tengok orang Melayu sekarang ni, kalau kita suruh dia eja nama sendiri dalam tulisan jawi pun ada yang tak mampu buat. Ini menunjukkan kesan dalam bidang kesusasteraan. Mungkin ada pihak-pihak tertentu cuba menaikkan semula tulisan jawi ni, tapi tak mendapat sambutan daripada orang Melayu sendiri. Mungkin sebab kita di ajar dari sekolah tulisan rumi adalah tulisan yang di guna pakai dalam semua hal. Jadi, minat dan kecenderungan kepada tulisan Jawi tidak ada .


Ada juga antara cikgu sejarah aku kata penjajah sengaja menghapuskan tulisan jawi supaya orang Islam tak pandai atau susah belajar membaca Al-Quran. Sebab tulisan jawi adalah daripada tulisan arab . Benar atau tidak kenyataan guru aku itu Wallahhualam. Tetapi  benda tu tak mustahil kalau kita tengok sebab mereka menjajah kerana "Gold", "Gospel", dan "Glory".

Aku secara peribadi merasakan mungkin tulisan jawi ni tidak lagi akan di agungkan macam zaman dulu seiring dengan negara kita yang sedang membangun ni, Tetapi, apa yang aku harap, sekurang-kurangnya setiap orang Jawi ( Melayu ) ni mampu membaca dan menulis Jawi sudah cukup . Supaya tulisan ini terpelihara dan tidak pupus. Amin.

P/s : Orang Cina tak pandai baca tulisan cina satu kemaluan bagi bangsa cina, Orang India tak pandai baca tulisan tamil satu kemaluan kepadanya, Bagi orang Melayu kalau tak pandai membaca jawi juga adalah satu kemaluan besar bagi nya..


Monday, 14 May 2012

Tokoh Pahlawan #1

Mat Kilau




Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah.Ibu beliau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar. Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai ‘Dikir Pahang’. Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras sehingga sentiasa menjadi juara di kampung beliau. Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Semasa berumur 21 tahun barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang. Mat Kilau banyak menuntut ilmu batin dan kepahlawanan hinggakan boleh menghilangkan diri. 

Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Osman yang dikenali juga sebagai Haji Muntuk sebelum dia berpindah ke Pekan sebagai Mufti Negeri Pahang. Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali(khatib), Awang(Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.


Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura. The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka, iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895. The Free Press pula memberitahu bahawa "Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya. Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah". Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali ,Raja Ibrahim(Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain. Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.


Dalam bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid,Pulau Tawar. Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah mebaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau. Pengistiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis,6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang. Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kialu meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun. Beliau tidak sempat menceritakan kisah-kisah perjuangannya kepada kita dengan lebih lanjut. 

Sumber : Pelbagai

Sunday, 13 May 2012

Ande ke loghat Pahang?

Ada seorang teman juga dari Pahang tanye pade koi tadi. "Ko kat Pahang kalau kat kampung , cakap loghat macam yang ko tulis dalam blog ko ke?" Koi jawak aah la.. Takkan koi cakak london pulok. Dia kabo die te harak jek dok di Pahang, keknye tok pernoh dengor pon gaya macam hok yang koi tulis dalam sesetengoh entry . Dia dok beloh2 menghala ke Terengganu memang ah tok pernoh dengor gamoknye. Loghat Pahang yang sebenor di bahagian daeroh macam Temerloh, Jantot, Lepih, Maran, n kawasan berdekatan. Koi pernoh juge ke Pekan beloh2 kampung ande juge cakak Pahang hok pekat.

Loghat Pahang ni mungkin tok sefemes loghat negeri lain. Tapi, uniknya loghat Pahang kerana banyak versi dalam loghatnya. Ganti name aku/saya sahaja dah ada beberapa jenis macam Koi, Keh, Kawan, Kaweh, dengan Kome. Lain tempat lain care cakak. Biasanya jumpe di kampong-kampong, di bandor boleh lagi dengor keknye kurang sikit la kan.

Mungkin banyok faktor orang tak mboh cakak pahang ni. Antara faktor yang koi rase, sebab Pahang ni banyok tanah rancangan felda . Banyak orang luar yang menetap n bermaustautin di Pahang sendiri. Di felda-felda peneroka dari seluruh negeri datang bukok tanoh zaman dulu. Kala aokme dengor orang felda kat Pahang ande yang cakak utare ke, Kelantan ke, cakak perok ke jangan pelik la yak.

Orang Pahang sendiri yang ande pon tok cakak Pahang. Jadi janganlah pelik kala dengor andenye loghat Pahang ni. Tak kenal maka tak cinta.........

Kala nok hok lagi piau loghat pahangnye, aokme leh like page ni


Tanpa Pena

Tiupan angin yang menghembus pipi,
Menyedarkan sang hamba dari mimpi,
Berasa kerdil menyelubungi diri,
Di hati rasa mulai menginsafi.

Matahari dan bulan meyinari kita,
Udara nyaman menenangkan jiwa,
Deruan ombak tiada bezanya,
Bila diamati hilang sengsara.

Madu lebah berasa manisnya,
Pahit kehidupan terasa pedihnya,
Manis perjuangan rasa kepuasannya,
Masam berpeluh hilang tenaga.

Kebenaran dan keadilan dicari anak muda,
Selidik, dikaji, tiada penatnya,
Walau yang bertindak bukan semua,
Suara mereka kini bergema.


Sunday, 6 May 2012

بڠسا ملايو بڠسا جاوي....

جک کيت ليهت ڤد هاري اين ، سماکين لام سماکين راماي اورڠ ملايو يڠ ملوڤاکن   تولسن  جاوى .تولسن جاوي اداله تولسن يڠ د ݢونا ڤاکاي اوليه اورڠ ملايو ڤد ساتو ماس دهولو. منوروت امت جوهري ( 1996) ، دالم ابد ک 17 هيڠݢ ابد ک 19، ڤڠݢوناٴن تولسن جاوي چوکوڤ ملواس بهکن تاهون 1750  مروڤاکن کمونچق کأٴمسن باݢي کسوسستراٴن ملايو کلاسک دڠن مڠݢوناکن تولسن جاوي سباݢاي تولسن اوتام  


ڤڠݢوناٴن تولسن جاوي تتڤ تروس برتاهن سمڤاي سلڤس ڤرڠ. دنيا کدوا.سهيڠݢالاه ابد 
ک 20                                                                                           
ڤرتاهنن تولسن جاوي اخيرڽ روبوە دان ترانچم اڤابيلا وجودڽ اکتا بهاس 1963 يڠ منتڤکن تولسن رومي منجادي تولسن راسمي بهاس ملايو  
                                                                                                                                     
       تولسن جاوي اين اداله ساتو ڤرکارا يڠ مان سوارا انق سمنتن فيکير ڤرلو دمرتبتکن سمولا.. الحمدلله ، اكو ماسيه بوليه منوليس دان ممباچ جاوي ، تاڤ اݢق-اݢقڽ انق چوچو کيت ننتي ممڤو تق نق بوات کارڠن دالم تولسن جاوي ؟ فيکير کن           


*Saje nak test tulis jawi..Dah jadi macam tak tersusun sikit, tapi masih boleh baca rasanya... Dah lama tak tulis.. Tak tahu lah betul ke tak ejaan tulisan koi ni..Hehe

Followers