klik !

Friday, 8 July 2011

Bergelut Dengan Maut

Baru semalam aku menulis post mengenai hobi aku muncul kembali dan hari ini satu tragedi telah menimpa diri aku. Petang tadi, sewaktu keluar memancing bersama krew-krew2 memancing yang lain, berlakunya satu runtuhan tanah kecil sekaligus membawa aku sekali ke dalam sungai. Kawasan tu sememangnya dalam kerana bekas tempat ternakan ikan patin sangkar. Waktu berlakunya tanah runtuh tu, aku hanya mendengar bunyi, dan sedar-sedar je aku dah ada dalam air. Dek kerana memakai seluar jeans pendek, agak berat untuk berenang tambahan dengan kaki di dalam lumpur. Tapi, Alhamdulillah, aku tak panik menarik kaki satu per satu dengan perlahan-lahan berenang ke permukaan. Dengan "blur" aku berenang ke tepi sambil mendengar budak-budak menjerit nama aku. Sampai di darat, tercungap-cungap aku kepenatan tiba-tiba teringat joran kesayangan dan joran tuah aku. Sedih bila teringat joran-joran yang aku sayang ni tertimbus dalam tanah di dalam air. Tapi, nyawa lebih penting daripada joran sebenarnya. Syukur Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini lagi.

macam mana blur nya aku tadi agaknya

3 comments:

nurAMALLINA said...

Alhamdulillah.







Semoga Allah panjangkan umur anda selalu, Amin :)

♥ atiqah ♥ said...

alhamdulillah, selamat...jdkn ianya sbgai satu penagajaran ya..

iMBobo said...

nasib baik xde pape..huuuu

Followers