Kuala Lumpur yang lazimnya sesak pada setiap pagi Sabtu kini sunyi dan dikawal ketat dengan ribuan anggota polis bagi mengaggalkan perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada jam 2 petang ini. Di sebalik sekatan jalan raya di kebanyakan lokasi di Kuala Lumpur, keadaan lalu lintas masih lancar tetapi keadaan trafik dilaporkan sesak di kawasan luar bandar di mana polis cuba menghalang penunjuk perasaan daripada memasuki ibu negara.
Walau apa pun pendirian kita. Kesimpulan mudah "Semakin Ditahan, Ia Semakin Melanda"
p/s: Malayan Union berjaya di halang pun hasil perhimpunan macam ni.
Terkini ( reload untuk terkini )-
3.50pm: Istana Negara - Sekumpulan ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 menuju ke arah istana dari Hotel Midah Hotel. Mereka sedang menunggu kelulusan pihak istana untuk menyerahkan petisyen BERSIH 2.0.
3.50pm: Pasar Seni - Pemimpin BERSIH, Wong Chin Huat, selepas membaca lapan tuntutan BERSIH 2.0, meminta orang ramai bersurai.
3:25 PM : Beribu masih brkumpul d Puduraya. Dah 3-4 kali dtembak gas. Sedang tunggu buka jalan. Umno dan Perkasa kumpul bersama polis. Cuma 5-6 ratus aje.
3:20 PM : Naib Presiden KEADILAN, N Surendran menyatakan Datuk Seri Anwar cedera dan berdarah di kepala, lutut. Menurut N Surendran, beliau melihat sendiri tembakan gas disasarkan secara tepat ke arah Anwar bertujuan mencederakan atau mencacatkan Anwar
3:05 PM : Polis mengatakan 672 orang telah di tahan termasuk 48 orang wanita sehingga jam 2.30 P.M.
3:01 PM : TV Selangor melaporkan laman webnya digodam. Bagaimanapun ia masih bersiaran menerusi alamat www.itv.com/tv_channels/p5577 dan alamat pintas www.itv.com.
3:00 PM : Seorang pengiring DS Anwar cedera selepas dikasari pihak polis dalam insiden di KL Sentral (bodyguard anwar dipukul hingga pecah mulut) . Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut ditangkap polis di Pasar Seni.
2:55 PM : Anwar Ibrahim dan bodyguard dipukul polis
2:52 PM : Ambiga dan anak DS Anwar, Nurul Izzah dan Nurul Hana ditangkap polis
2:50 PM : Wartawan TV Selangor, Radzi Razak cedera di kaki kerana dikasari polis.
2;45 PM : Anwar Ibrahim didakwa cedera terkena tembakan ( gas pemedih ) semasa berada di KL Sentral, sekarang berada di KL Hilton.
2:23 PM: Peserta Bersih berlindung di Hentian Puduraya, bagi menghadapi FRU
2:22 PM: Peserta Bersih di KLCC pula ditembak gas pemedih mata.
2:15 PM: Walaupun hujan lebat FRU tetap melepaskan tembakan gas pemedih mata kepada peserta Bersih di Jalan Pudu
2:13 PM : Hujan semakin lebat di Jalan Pudu, peserta Bersih berpegangan tangan bersama-sama menghadapi FRU
2.10pm: Puduraya - Polis dilaporkan semakin garang terhadap penunjuk peradsaan. Ada yang diheret. Seorang penunjuk perasaan juga dilaporkan cedera dengan kepalanya berdarah.
2pm: Hotel Hilton - Hujan masih turun di luar hotel dan suasana di dalamnya tegang ketika pemimpin Pakatan Rakyat bersedia untuk berarak.
1.50 pm : Patriot ada la dalam 100 org.. Polis pulak tolong kawal lalu lintas. Bersih di tangkap.. Memang double standard.." - Ketua Pemuda PAS Kelantan.
1:40pm: Menara Maybank - Tembakan meriam air dilepaskan terhadap 1,000 penunjuk perasaan.
1.33 pm: Dua kumpulan penyokong bergabung menjadi satu di kawasan Petaling Street.
1:30pm: Kira-kira 300 anggota Pemuda Umno telah berkumpul di Jalan Bukit Bintang. Mereka semua memakai baju-T- merah bertulis 'Patriot'. Baju-T itu juga didedarkan kepada orang ramai.
1:22 PM: Petaling Street - kumpulan beberapa ribu orang yang berarak ke Stadium Negara, berpatah balik ke Jalan Tan Cheng Lock selepas berdepan dengan satu sekatan jalanraya. Sekumpulan besar rakyat Sarawak melaungkan 'Hidup Sarawak', disambut tepukan gemuruh dari yang lain.
1:22 PM: Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh ditahan Polis.1:43pm: Masjid Jamek - Sekumpulan kira-kira 10 pegawai polis tugas am yang memakai topeng gas, mengejar penunjuk perasaan yang berlari lintang pukang ke dalam kawasan Masjid India.
1:40pm: Menara Maybank - Tembakan meriam air dilepaskan terhadap 1,000 penunjuk perasaan.
1.33 pm: Dua kumpulan penyokong bergabung menjadi satu di kawasan Petaling Street.
1:30pm: Kira-kira 300 anggota Pemuda Umno telah berkumpul di Jalan Bukit Bintang. Mereka semua memakai baju-T- merah bertulis 'Patriot'. Baju-T itu juga didedarkan kepada orang ramai.
1:22 PM: Petaling Street - kumpulan beberapa ribu orang yang berarak ke Stadium Negara, berpatah balik ke Jalan Tan Cheng Lock selepas berdepan dengan satu sekatan jalanraya. Sekumpulan besar rakyat Sarawak melaungkan 'Hidup Sarawak', disambut tepukan gemuruh dari yang lain.
1:06 PM: Pihak Polis mengepung Hotel Hilton dimana Pemimpin PR sedang mengadakan sidang akhbar.
1.05 tengahari: Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali ditahan dan dibawa ke Pulapol, Jalan Semarak.
1:00 PM: Polis mengesahkan bahawa 441 orang sudah ditangkap termasuk 20 orang wanita.
12:50 PM: Dianggarkan 200 Peserta Bersih berarak berhampiran Mydin di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
12:30 PM: DSAI kini di Hotel Hilton. 2 Pemimpin Pas Ditangkap Mahfuz dan Salahuddin.
12:21 PM: Menurut laporan, sekitar 1000 orang sudah mula berarak berhampiran Pasar Seni dan melaungkan "Bersih, Bersih, Bersih SPR!"
12:05 PM: Azmin Ali dalam twitternya berkata "Saya cuba membolosi satu lagi halangan untuk tiba di Brickfields. Tolong doa untuk keselamatan rakyat Malaysia."
12:00 PM: Azmin Ali dikhabarkan akan mengetuai sekumpulan peserta Bersih sebentar lagi.
11:58 AM: Situasi di Sogo mulai tegang apabila polis cuba menahan sesiapa tanpa sebab. Orang awam yang tak bersalah ditahan sesuka hati.
Macam duduk Korea Utara pulak. Takut sangat kenapa lah ye.
No comments:
Post a Comment