klik !

Saturday, 7 May 2011

Satu Kebangkitan?

Asslammualaikum. Hari ni aku menonton cerita terbaru keluaran KRU Production iaitu Hikayat Merong Mahawangsa. Tapi tengok kat laptop je lah.hehe..Mula-mula sekali sebelum aku tonton filem ni, aku cuma membayangkan satu filem Malaysia yang biasa-biasa sahaja. Tapi lepas beberapa minit aku menonton, aku dapat rasakan kelainan dalam cerita ini dari beberapa aspek. Antara aspek kelainan yang ditonjolkan adalah gambar yang dipertontonkan begitu menakjubkan. Mungkin kerana menggunakan teknik kesan khas visual, maka terhasillah gambar yang sebegitu rupa. Jalan cerita yang agak menarik di campur dengan barisan-barisan pelakon yang sememangnya berjaya membawa watak masing-masing memang membuatkan aku tersenyum seorang diri. Tak sangka industri perfileman di Malaysia ni sudah mampu membawa kepada satu kelainan dan perubahan. Sebenarnya dah lama aku tertunggu-tunggu perubahan ni. Sebab filem-filem Melayu sebelum-sebelum ni hanya membawa satu imej filem yang sama cuma jalan cerita sahaja yang berlainan. Jalan cerita filem Hikayat Merong Mahawangsa ini membawa kita kepada zaman sejarah itu sendiri. Sinopsis yang aku perolehi :




Sinopsis:
Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han. 
Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat.

Itu adalah sinopsis yang aku perolehi. Walaupun mungkin ada beberapa scene yang mungkin nampak sedikit "fake", tapi hasilnya tetap mengagumkan. Aku tak tahu sama ada filem ini mendapat kutipan yang tinggi atau pun tidak. Tetapi yang penting satu kualiti dan hasil kerja baru telah berjaya di tonjolkan dalam filem Melayu. Adakah ini menjadi satu permulaan bagi industri perfileman tanah air kita untuk bangun semula ke persada antarabangsa? Adakah zaman kegemilangan industri perfileman kita sewaktu Allahyarham Tan Sri P Ramlee dahulu dapat dikembalikan? Tak mustahil pun kerana karya-karya anak tempatan setanding dengan orang luar sebenarnya. Cuma tidak diberikan peluang sahaja. Mungkin juga atas beberapa "faktor" lain, industri filem kita tiba-tiba jatuh selepas kegemilangan filem-filem Melayu klasik seperti P Ramlee, Mat Sentul,dan rakan-rakan karyawan yang lain. Semoga filem ini menjadi satu titik mula kepada perubahan dan kebangkitan filem Malaysia. 

P/s - Aku bukannya pengkritik filem kat Malaysia ni. Saja-saja je. hehe

4 comments:

Nizam Awang Brahim said...

Koi tak nengok lagi cerite ni...

Aisyah Aina said...

ni mesti download je :D

Miecyber said...

Memang best citer nie...

Osama Laden seorang Idola

animous said...

Support ori! haha.

btul ke best..
nak tengok gak

Followers