Assalammualaikum
Sedar tak sedar dah 4 hari puasa. Alhamdulillah tak ada masalah nak teruskan berpuasa. Macam mana cerita puasa saudara-saudara kita di luar negara. Makan apa jek masa berbuka yak. Kita di Malaysia ni berbuka kadang-kadang tu sampai terpukang kenyang.
Beralih perenggan ni nak cerita, kalau tengok pada keadaan semasa sekarang ni, harga makanan di bazar ramadhan semua nya naik. Air kordial bungkus dalam plastik pun dah rm3 skang. 3 tahun lagi? RM 4 pula ke sebungkus? Dah macam beli nasi ayam. Murtabak pun dah rm4 sekarang .

Bagi aku, baik buat je air kordial bulan puasa ni. Kalau nak beli pun mungkin air yang susah nak buat sendiri macam air tebu, air kelapa, n sewaktu dengannya. Kalau setakat air jagung rm3 sebungkus, buat sendiri je la. Bukan susah sangat pun. Boleh simpan sampai ke sahur.
Harap-harap Ramadhan kali ni lebih bermakna dan baik dari sebelum-sebelumnya. Bersederhanalah kita semua sama ada masa berbuka atau bersahur. Salam Ramadhan dari Suara Anok Semantan.
P/s : Jangan berubah masa bulan puasa je.
2 comments:
salam ramadhan..baik memasak sendiri dirumah lbh jimat rasanya..
yup .. setuju setuju .. mahal la makanan kat bazar tahun ni ..
Post a Comment