klik !

Thursday, 23 February 2012

Ceritera senja.. Ep 2

Suasana riuh rendah di dalam dewan. Mungkin ramai yang berjumpa rakan-rakan sekolah atau kawan-kawan lama. Tapi tetap tidak seronok bagi aku kerana bukan dengan hati yang ikhlas aku ke sini. Melihat gelak tawa budak-budak, bergurau senda, mampu juga membuat aku tersenyum sendirian.

Seorang wanita yang agak berusia masuk ke dalam dewan ....
"Ehem-ehem......Assalammualaikum semua...ok, sekarang kamu semua boleh amik fail dan pen ni...dapat sorang satu..Agihkan semua ni dan pastikan semua dapat...sekejap lagi saya datang semula.."
lantas wanita itu keluar semula.......

"Weh amir, macam bosan jek duduk dalam dewan ni..Ko tak rasa nak keluar ke..? Bukan orang perasan pun" ujar Syafiq.
"Malas la aku, alang-alang dah sampai sini buat apa penat-penat naik ke atas..lagi pun lepas ni terus makan malam kan..Segan lak nak masuk makan je" jawabku selamba..

"Ok semua..dah dapat kan fail dan pen yang saya suruh agih tadi..Ada sape2 tak dapat..? Semua dapat ya...ok, sekarang ni saya nak beri taklimat pasal aktiviti kita dalam masa seminggu ni...tengok jadual yang saya bekalkan dalam fail tu ...Acara akan bermula pada malam ini..bla...bla...bla...."

"Kan aku dah cakap, bosan mir...aku dah naik mengantuk dah ni...Aku nak tidur kejap, nanti apa-apa hal kejut aku" ujar Syafiq... "ok" jawabku ringkas.

Aku langsung tak memberi perhatian pada apa yang diucapkan oleh wanita kat depan tu. Aku sibuk tengok keadaan sekeliling..."Ha...yang kat sana tu tidur sampai ternganga tu kenapa? Penat sangat ke" tiba-tiba wanita tersebut memandang ke arah aku.

Aku pun mencuit Syafiq yang tengah tidur...Malu juga la aku sebab semua memandang ke arah kitorang..

Syafiq bangun tersenyum menggaru kepala. 'Hehehehe" itu aje yang keluar dari mulut Syafiq..

Selesai taklimat, beratur  makan pulak..Adoi, nak makan pun kena beratur panjang bisik hati ku....
Lemah betul rasa..sementara berbaris ambil makanan, aku ada juga selak-selak jadual dalam masa seminggu tu.

"Weh Apit, aku tengok jadual dalam ni macam padat jek..dahlah semua berkenaan dengan pelajaran" keluhku...  "Wei, ko dah tahu kita datang program apa ni kan..faham-faham la, semua nya cikgu pakar datang beri tips..Bukannya ko datang ke pesta air nak  berseronok" ujar Syafiq..

"Arrgghhh.....lantak la...daripada aku stress baik aku buat rilex jek...Bukannya mati duduk sini.."aku berkata-kata dalam hati...

Allahhuakbar Allahhuakabar......Azan Maghrib berkumandang......


Bersambung.......................................

No comments:

Followers