klik !

Thursday, 23 February 2012

Ceritera senja.. Ep 1

Satu hari yang suram aku gagahkan diri ke Kuala Lumpur untuk menghadiri kem mata pelajaran bagi subjek SPM. Rasa malas, lesu, dan lemah menguasai diri. Kakak di dalam bas menegur
"Nak ke mana dik"?
"Ke KL, Universiti Malaya. Ada program..tapi tak pernah ke sana lah"
"Owh...akak study kat sana dik, bolehlah akak tunjukkan jalannya kalautak tahu"

Baik akak ni bisik hatiku..................

Termenung termangu dalam bas sementara menunggu sampai ke ibu kota. Sambil melihat kakak di sebelah menghafal nota tulisannya sendiri.
"Nak exam dah ke kak?"
 "Aah, akak last paper, ni nak balik U ni, sementara ada gap ni akak saja balik jumpa mak ayah"
"owh....bagus lah macam tu kak......."

Panjang termenung, tanpa aku sedari, aku sudah sampai di KL. Bandaraya Kuala Lumpur yang tersergam dengan bangunan pencakar langitnya.

"Dik, termenung apa? Dah sampai ni. Nak ikot akak terus ke UM x?
"Em....Boleh juga.."

Sampai di Putra LRT, aku membeli tiket . Sambil menunggu tren, berbual denganakak di sebelah...

"Adik amik SPM tahun ni ke? Macam mana? Dah ready?"
"Boleh lah..hehe..terus direct ke UM ke kak tren ni? "
"Kite ke kerinchi,lepas tu naik bas masuk ke dalam U..Tambang rm1, xpe akak belanja" Kata akak sambil tersenyum..."Siapa nama akak?"  ...... "Mira" ringkas........Adik?  "Amir" ...

"owh"....

Diam sepanjang perjalanan............................

Sesampai di Um, aku mengucapkan terima kasih pada akak Mira . Orang Melayu memang baik..baik sangat sebab tu sampai dipijak bisikku...

"Woi Amir!!! Ko rupanya!! Kah2....."
Eh, Syafiq, ko buat apa kat sini?
"Aku ada program subjek SPM, aku ada nampak nama kau masa daftar tadi"
"Owh..patutlah ramai duduk berkumpul kat atas tu, pendaftaran kat sana ye"
 "Ko sebilik ngan aku la mir..aku dah tengok tadi..aku nampak je Amir Saidan Bin Aziz dari Johor, aku teringatkan ko..Rupa2nya betul ko ada kat sini..Pergilah daftar, naik ke kolej sekali dengan aku "

Syafiq adalah rakan lama aku yang menetap di Terengganu...Walau tak berapa rapat, tapi dah lama aku kenal dengan mamat ni....

Sampai di tempat penginapan...

"Argghhh!!! Penatnya aku hari ni" Ujar Syafiq...

Aku masih mengelamun tanpa sedar . Berfikir kenapalah aku kat sini...adoi.............Kan best kalau aku kat kampung..Ini tak, asyik2 belajar..kalau bukan kerana mak aku paksa, jangan harap aku nak datang....


KKKKKKrrrrrrriiiiinnnnngggggg.............!!!!!!!!!!!! bunyi loceng......

"Amir, ada taklimat pukul 6 sekejap lagi...Turun sekali lah..."

"Ok...aku nak mandi dulu,.sempat lagi ni..baru pukul 5.30 ..."








Bersambung.............................................................

No comments:

Followers