klik !

Thursday 23 February 2012

Ceritera senja.. Ep 3

"Woi Amir!!! Bangun!! Dah pukul berapa ni? Aku tengok jam pukul 5 pagi...Betul ke? Atau jam aku yang salah ni? " Jerit Shafiq..."em...pukul 5.15 .............................................?? adoi...kite tertidur la ceritanya ni...lantak la......"balas aku mengantuk....

Selesai makan malam tadi,  rupa-rupanya kita orang terlelap dan terlena sampai ke subuh.

Selesai solat Subuh dan sarapan....

"Malas betullah nak pergi senaman pagi..macam-macam aktiviti..dahlah campur laki perempuan, lemah betul aku...nak pergi ke? Tak payah lah ..hehe" ujar aku.  "Gila kau, masa ni lah nak tengok awek-awek cun. Masa ni la nak tengok usha-usha awek.Rugi wo, satu Malaysia punya budak datang ni. Takkan nak lepas dari cuci mata"balas Syafiq.

"Ye ke...Tak berminat lah.. Apa barang perempuan-perempuan ni weh..haha"

Di dataran ....

"Ha, ko tengok tu mir, berapa banyak punya awek cun. Kasi goyang la beb"
Sementara tu aku duduk jauh di belakang sekali melayan kerenah si budak hitam ( Syafiq ) ni.. "Suke hati kau la apit" ujarku.

"Baiklah semua, pagi ni selepas senaman, dalam pukul 9 pagi, saya nak kamu semua masuk dalam dewan berpakaian rasmi..Saya tak nak ada yang paki round neck, seluar jeans, berselipar jamban,.." Tiba-tiba wanita semalam muncul membuat pengumuman.

Dalam perjalanan ke dewan, begitu ramai pelajar-pelajar memasuki dewan. Aku biasa lah memang akan paling lambat sekali. Pukul 9.35 baru aku masuk selepas dah tak ada orang berpusu-pusu...

"Ha, yang baru masuk tu, duduk depan ni..." kata seorang lelaki di hadapan. 'Dia maksudkan kite la Mir, ..Jomlah ke depan.." uja Syafiq..

Susunan meja di hadapan pada waktu tu betul-betul  menghadap pelajar perempuan. "Baiklah, nama saya Zaidi, boleh panggil Encik Zaidi ya,. Saya akan memberikan tips-tips dan membincangkan soalan-soalan SPM dalam subjek matematik tambahan ni dengan lebih lanjut,.Saya harap kamu semua dapat memberi perhatian " Lelaki itu menyambung percakapnnya.

Sepanjang sesi pembelajaran, aku langsung tak memberi perhatian. Mata masih melilau memandang sekeliling. Kemudian, aku ternampak seorang perempuan yang duduk menghadap di hadapan......

Bisik aku dalam hati "Eh, siapa dia ni? Menarik,  \, cantik, ayu, bersopan-santun"

"Amir....Amir..woi amir." ujar Syafiq..
"Ha? Apa dia?" tersedar aku dari lamunan..."Ko ni, dari tadi aku tengok ko tenung je minah kat depan ni kenapa? Sampai aku panggil pun tak dengar...Ko jangan tenung macam tu, budak tu macam dah takut aku tengok"...

"Eh, yeke? Ishk, dia perasan ke aku pandang dia?? Adoi...."
"haha,..tu lah kau Amir, semalam cakap apa barang awek la apa la, hari ni lain pulak" gelak Syafiq..

"Ah kau, mengarut lah...Dah-dah  jom makan...Sekejap lagi ada lagi kelas ni" Ujarku...

Selesai makan, aku terserempak dengan wanita tadi di sinki.. Teringin untuk menegur tetapi lidahku kelu tak termampu..Dia memalingkan muka dari memandang wajahku.

"Sombong la minah ni. Pandang pun tak nak."

Pang !!! Aku terlanggar tiang di tepi sinki ..."Aduh......."
Perempuan tadi memandang aku tersenyum sinis. Lalu berjalan perlahan beredar keluar dewan. Aku hanya memerhati dari jauh. Sekali lagi sebelum dia melangkah keluar, dia menoleh ke arah ku dan senyum....senyum????  Senyuman pertama yang membuat aku rasa begini..........Perasaan pelik , hairan, berdebar, semuanya bercampur di dalam hati.. "Kenapa dengan aku ni? Perasaan je kot..tapi , aduh, kenapa aku boleh terlanggar tiang ni depan dia tadi..Ha, amik ni...!!" aku tendang tiang yang dilanggar aku tadi.. Sepanjang berjalan balik ke bilik, aku tersenyum sendirian...


"Ada budak dah angau beb" dari belakang syafiq menegur sambil menepuk bahuku.
"Ah kau, ponteng kelas petang ni jom..mengantukpulak rasanya" balasku...

Petang tu aku duduk dengan Syafiq hinggalah ke makan malam..........

Aku antara yang terawal sampai di tempat makan........"Mana lah perempuan tu " mata  aku menjeling setiap perempuan yang memasuki dewan makan.


Tiba-tiba.........................






Bersambung......................................................

1 comment:

nine said...

tiba2? aduhhh cepat sambung!

Followers