klik !

Thursday 21 July 2011

Pengalaman duduk hampir seminggu di Kelantan

Kelantan atau di kenali negeri Cik Siti Wan Kembang telah aku jelajahi bermula hari jumaat minggu lepas sampai la ke hari Rabu ( semalam ). Malam pertama aku naik tren tu perjalanan memang lancar sekali. Sampai di Kelantan dalam pukul 10 pagi. Sesampai kat sana, pergi ke rumah nenek titah iaitu di Kampung Badak, Ketereh. Kawasan bendang rupanya. Bukan takat bendang, ada jugak la tanaman tembakau. Pertama kali tengok ladang tembakau depan mata . haha. Hari Ahad, aku ke Rantau Panjang menunaikan hajat membeli barang,. Nak di jadikan cerita hujan lebat gila-gila sampai unit pencegah penyeludupan terpaksa cancel road block diorang. Hujan rahmat namanya tu. Bukan aku buat salah pun, cuma tak nak kena cukai tambahan je. hehe. Penat tak penatlah berjalan kat pasar besar Rantau Panjang tu. Sesak lagi, parking lagi. Pening sekejap. haha. Merasa juga duduk di Kampung tradisi di Kelantan. Rasa perbezaan dengan kampung tradisi di Pahang. Antara bezanya ( hehe ) :

1) Kat Kelantan ada tanaman Tembakau, tepi jalan ada jemur tembakau
    Kat Pahang ( kampung aku ) ada sangkar ikan jek tepi2 jalan.

2) Kat kampung Badak Ketereh ada tali air ( empang )
    Kat Pahang ada sungai Pahang le weh

3) Kat Kelantan banyak lembu
    Kat Pahang banyak kerbau

4) Makan jering cicah budu
    Makan jering cicah sambal belacan/sambal ikan bilis

5) Kat Kelantan tak dapat dengar lorat Pahang
    Kat Pahang dapat dengar lorat Kelantan sebab ada masyarakat mereka yang menetap kat Temerloh ni. he.

Itu je la kot. Budu dengan jering tetap menjadi makanan tetap aku masa ada kat Kelantan. Banyak gila aku makan sampai nenek yang aku gelar "mok" tu kupaskan lagi untuk aku. Selera bertambah ah kalau ada jering kan. Sepatutnya kitorang balik hari Isnin hari tu, tapi ada tanah runtuh di Gua Musang. KTMB terpaksa membatalkan perjalanan. Toye jugelah balik semula ke kampung setelah puas bersalam2an sebelum balik. haha..jumpa muka tu balik. Yang menyakitkan hati, perjalanan tergendala dari pukul 7 malam sampai ke 5 pagi. Panas hati lepas dapat tahu tren kena patah balik. 10 Jam menunggu kena patah balik setelah dah suku jalan kitorang tempuh. Bayangkan kalau 10 jam tu aku tidor, kan dapat energy extra lagi. Hehe.. Tak cukup tidur punya pasal, balik semula ke Ketereh terus tidur walaupun ada doa selamat tengah hari tu kat rumah "mok" .haha. Mandi tali air seronok, waaupun tak seseronok sungei pahang. Hehe.. Apa-apa pun, pengalaman kat sana memang seronok dan tak akan aku lupakan. Setelah aku lalui dan rasai, orang Kelantan bukannya seperti yang di gembar-gemburkan seperti dalam media seolah2 orang Kelantan ini ganas di stadium dan sebagainya.Tetapi, aku dapat rasakan kehangatan sambutan tetamu ke negeri mereka . Layanan yang di berikan memang cukup penuh dengan adat Melayu yang mana ramah, bersopan santun, hormat menghormati, n sebagainya. Kesimpulannya,  duduk hampir seminggu di Kelantan memberi aku banyak pengalaman dan menampakkan perbezaan budaya antara negeri.

P/s : Kalau kahwin 2, kawe amik sore bini kelate deh. Bulih kelik Kelate sokmo. hehe

15 comments:

Aku Anak Pahang said...

Perbezaanya hok nombor 5 te menyedihkan juge yak :)

Op Anaz said...

ye ah...gonekan pulok...

BOBOT said...

AHAHA.nak org kelate ea buat bini ?

marah le cik ina awok tuh. gahahah

Sharifah Aniza Ali said...

best dok kelantan...mknan best2...sy dok sna msa kecik2 dulu kt rntau pjg lah...rindu nya nk p balek!

Op Anaz said...

Bobot- memei ar..haha,.saje gurau.
cpahniza- xpea gitu. nanti nak shopping g ah lagi ke rantu panjang..:-)

Unknown said...

jering rasa apa ye>>
macam petai jugak ke??
akak lebih suka petai..
jering macam takut sikit nak makan sebab kulit dia gelap..

Op Anaz said...

Jering rasa jering le..he..
xada lah hitam.. kalau buang kulit kuning jek..hehe

nazira said...

Dah alang2 pergi kelantan 2 lain kali leh la singgah terengganu plk.. hu3..

http://nazira-mypersonallife.blogspot.com/

Ayen... said...

budu kwn suka sgt2 tapi jering mmg x penah makan dan mgkin xkan makan,huhu....

Cik TK said...

best dok kelantan ni... hihi~ 2 tahun dah dok kelantan...

Ayen... said...

budu memang peberet kwn tp jering x penah makan dan mgkin xkan makan kot,huhuhu....

Op Anaz said...

nazira-Ganu dah sokmo g dah..hehe
Ayen- Kawan makan belake..hehe
TK - :-)

BubuBobot said...

ah sudahhhh nak bini kelantan pulakkkkkkkkkkkkk

:: cikNuurul :: said...

weh,aok g kelantan yek?,.bakpe xduk sane trus?,.hehehehe,.sedak ngat die promote sungei pahang die tu,promot la skali ikan patin..ekekeke

Op Anaz said...

ina - KALAU ada yang ke 2...hehe
ciknurul- Koi tok leh dok sane terus..rindu ke sungei Pahang ..hehe

Followers