klik !

Wednesday, 6 July 2011

Aku Anak Sungai Yang Derhaka??

Assalammualaikum dan selamat sejahtera di ucapkan kepada semua pengunjung yang sudi mengunjungi blog saya yang x seberapa ni. Baru-baru ini negara kita di kejutkan dengan isu perhimpunan Bersih. Perhimpunan Bersih adalah satu perhimpunan dan perarakan untuk menyerahkan memorendum 8 Tuntutan untuk SPR  kepada YDPA . Berbagai isu di mainkan seperti komunisme, rusuhan, dan sebagainya. Saya tak berapa minat untuk berbicara mengenai perhimpunan itu sebelum ini walaupun saya menyokong tuntutan-tuntutan Bersih. Yang saya rasa agak kurang berpuas hati adalah ada sesetengah individu yang mengatakan perhimpunan Bersih diadakan, maka penyokong-penyokongnya DERHAKA kepada YDPA. Pada 4 Julai lepas, YDPA telah mengeluarkan  titah khas yang antara lain menyebut yang Baginda Tuanku sedang mengikuti dengan teliti perkembangan cadangan kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan bagi menyerahkan memorandum kepada Baginda Tuanku. Baginda Tuanku turut menyebut bahawa Baginda Tuanku sendiri turut mengikuti perkembangan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat. Baginda Tuanku menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana kerana Baginda selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun. Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin itu ternyata tidak memihak kepada mana-mana pihak. Di mana derhakanya penyokong-penyokong Bersih? Malah perhimpunan itu mendapat restu daripa YDPA dan perhimpunan akan di jalankan di stadiumPihak polis perlu menghormati titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan menghentikan tangkapan ke atas orang ramai berhubung rancangan Bersih untuk mengadakan Himpunan Aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Sehingga kini pihak polis telah menangkap 100 orang hanya disebabkan mereka memakai baju kuning Himpunan Bersih 2.0, manakala tindakan itu pula jelas bertentangan dengan undang-undang..Malas nak berkata panjang mengenai dunia politik yang semakin hari semakin memeningkan. Cuma terkilan ada sesetengah pihak menggunakan Institusi Raja di negara ini untuk kepentingan mereka sendiri. Alhamdulillah, YDPA merupakan pemerintah dan ketua negara yang adil. 

Daulat Tuanku!

No comments:

Followers