Cinta itu adalah sesuatu yang ajaib dan menakjubkan. Cinta adalah sesuatu yang perlu di jaga kesuciannya. Malah cinta juga pada aku adalah satu anugerah yang tinggi nilainya kepada manusia-manusia di muka bumi. Ramai yang berkorban demi cinta. Berkorban jiwa, raga, bakul, beg, dan sebagainya. Hanya dengan cinta, senyuman seorang wanita mampu mencair dan meluruhkan hati seorang lelaki yang sememangnya kaya dengan sifat egonya. Cinta menyintai sesama insan sememangnya memerlukan kejujuran dan keikhlasan. Oleh itu...Aku sudah membuat satu keputusan untuk menjadikan salah seorang idola aku dalam hal-hal berkaitan cinta ni. Dia adalah :
Jeng3.......
II
II
II
II
II
II
II
II
VVVV
VVV
VV
V
Abang Salleh Yaacob, sudikah kau menerima aku sebagai anak muridmu? Aku tak kisah bertapa selama mana. |
Ya....beliau adalah idola aku buat masa ini. Abang Salleh Yaacob yang sememangnya tak begitu asing lagi dalam menunjukkan skillnya dalam menzahirkan perasaan cintanya kepada wanita-wanita. Ini adalah salah satu cara aku menghargai jasa lelaki yang ajaib ini. Aku ingin mengambil kesempatan mewakili kaum lelaki untuk menyokong penuh abang Salleh Yaakob dalam alam perkahwinannya. Semoga salah seorang anak abang Salleh Yaakob yang ramai tu ( 11 tak silap ) ada yang dapat menggantikan Safee Sali atau Khairul Fahmi ( Apek ) untuk menaikkan lagi taraf bola sepak negara kita ( kecewa kalah dengan Singapura best actor ).
5 comments:
Sapot.
akan ku bunuhmu kerana menjadikan salleh yaakob sebagai idola. aku tau ada maksud tersiratmu. nak kahwin 4 bukan?
wei, tak puas hati betul. nanti ada bini sorang pun dia boleh bagi anak 11 la weii.
idola yg mantop! hehe
amboi...da teruk bebona da ny hahaaahah
nuramalina..doa byk2 ye..heheheh..
ko kne jdy queen mcm catur tu k...hahahahah
Post a Comment