klik !

Saturday, 9 July 2011

: Cinta :



Tuhan memberikan kita 2 kaki untuk berjalan, 2 tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar, dan dua mata untuk melihat. Tetapi, mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati kepada kita?  Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati  pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya cinta. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba . Jangan sesekali menyerah jika kamu masih berasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah pun dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan di benakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu  dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima-kasih atas kurniaan itu. Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya. Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri itu menusuk jari. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagim. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu di ungkit lagi kiranya kamu benar-benar menyintainya setulus hati. Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu, teman percintaan adalah sayu dan pilu. Namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana di anggap seperti lautan madu. Hati-hati dengan cinta kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin , raja menjadi budak, jika cintanya disambut oleh para pencinta palsu. Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan. Keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya. Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam, cinta kepada diri sendiri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup, dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa. 

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut.pasti dia akan bawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti dia akan mati dalam kelaparan. Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau canang yang gemerincing. Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah di alami. Siapa pun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yang pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yang boleh dilihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan. Cinta mampu melunakkan besi,menghancurkan batu, membangkitkan yang mati, dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta! Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya. Kamu tidak pernah tahu bila akan kamu jatuh cinta, namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.  Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya. Bercinta memang mudah, untuk di cintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tidak pernah hadir.  Cinta sesuatu yang mengasyikkan, ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta. Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur, dan diperlukan. Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.

P/s : Cinta kepada yang Maha Esa adalah cinta  yang abadi.

4 comments:

Honey Bhulat said...

jiwang nya..talking about luv =)

Nizam Awang Brahim said...

Cinte kepade Allah tu jangan dikurangkan...

Cik Wani said...

cinta dgn mnggunakn akal n fkiran tu bgos but org skang brcnta pkai nafsu semata2.. but bkn smua org..

btw jom komen link entry wani ni.

http://akuazwani91.blogspot.com/2011/07/i-saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html

thx a lot =)

BubuBobot said...

Semoga cinta abadi menyinari hati kedua insan.







Gua cinta boipreng gua.

Followers