klik !

Wednesday, 27 April 2011

Sedar tak sedar...

Sedar tak sedar hari ni dah 27 April..Sekarang ni final n pastu cuti sampai lah ke bulan 9..Apa yang patut aku lakukan? menoreh? memikat burung? kerja kat KFC? Tak pun buat reban ayam kat belakang rumah? Ah.... Banyak benda kat kepala ni.. Kalau ikut perancangan nak wat aktiviti yang bagi pulangan duit maksimum.. duit oh duit...kalau tak ada duit memang susah sikit nak bergerak ke mana-mana..Nak wat aktiviti pun susah kalau duit tak ada.. Sebab tu dalam masa 4 bulan cuti ni aku nak cuba cari duit sebab macam-macam benda dalam kepala ni.. Separuh akhir Pahang Vs Terengganu nanti konpem-konpem aku nak pergi.. Kalau masuk final pun mesti pergi...semuanya memerlukan duit... Tapi hari tu mak aku dah warning : " Weh Abu, aok jangan nok ngade-ngade nok gi kerje kat Melaka te, aok kerje kat rumoh ni ha,.sape nok cat rumoh ni kalo bukan aokme adik-beradik?"..haha..terbantut aku punya niat nak kerja kat Melaka sementara cuti sem ni..sabo je lah.. Kalau mak cakap jangan tu kena ikut..kejap lagi kalau degil,ada la benda tak kena..

Model reban ayam aku nak wat nanti...hehe
Kesimpulannya kat sini, aku kena lah duduk kat rumah membantu orang tua..sementara diorang ada ni lah kita nak tolong..walaupun tahu jasa mu tidak terbalas, akan ku korbankan segala-galanya untukmu ayah dan ibu..haha...over lah pulak.. Balik ni pun aku ingat nak menjaring ikan pastu suruh mak aku wat pekasam..pergh, memang style lah..lama aku tak makan ikan pekasam sejak duduk kat Melaka ni.. Tak jumpa-jumpa..Mana lah kedai yang ada jual ikan pekasam kat sini, puas aku mencari...

Pergh..wa cakap lu....

Kalau tengok riak muka aku, memang tak ada tanda-tanda rindu kat kampung langsung..Tapi dalam hati siapa lah tahu..aku rindukan masakan "mok" aku.. Gulai tempoyak mak aku terbaik, sambal petai terbaik, sambal jering terbaik..tak lupa juga gulai asam rom..pergh....dah lapar aku ni...cakap pasal makanan ni "gecor" rase.hehe... Kalau korang rasa, mesti nak rasa lagi punyalah..hari tu aku bawak membe-membe U aku makan kat Pahang, bertambah 2-3 pinggan jugak diorang..Baru dia kenal Puan Esoh ( mak aku ) tu sape..walaupun dah tak garang macam dulu, tapi kuat membebel mu...haha

miss u...ehehe

Yang pasti aku balik kampung lepas final ni aku nak makan puas-puas dulu..lepas tu baru lah nak wat kerja.. Lepas tu raya kan? ahaha..lambat lagi..tapi dah rasa keperitan mencari buluh lemang dalam bulan Ramadhan sebab cuti lama.. Buat bahulu dalam bulan Ramadhan pun dah terasa walaupun 3-4 bulan punya cerita lagi...Tak sabar aku nak balik kampung,. Nampak jek rilex, tapi dalam hati ada taman..hehe..

P/s : Dulu selalu kena marah sebab asyik hangus bahulu time aku jaga api..haha

3 comments:

Anonymous said...

omak aii..rindu r nak raya bce entry nie..hak3

BubuBobot said...

awak tu memang dalam hati ada taman.

Op Anaz said...

Nov- Raya bulan 8/9..tak lama dah tu.
ina- taman buaya..haha

Followers