klik !

Tuesday, 5 June 2012

Sajak Kuala Semantan

Dengan pembangunan yang pesat di Malaysia ini, jarang sekali kita akan menemui anak muda yang minat dalam dunia sajak. Tapi kelompok ini masih ada sebenarnya. Antara yang aku jumpa di FB group anak-anak Temerloh ada satu sajak yang aku rasa agak menarik yang ditulis oranng muda . Bertajuk Kuala Semantan :


Kuala Semantan
Jikalau aku seorang pujangga,
Akan ku puisikan tanahmu seharum syurga.

Jikalau aku seorang pelukis,
Akan ku potretkan permandanganmu seindah nyawa.

Jikalau aku seorang penyair,
Akan aku nyanyikan lagumu semerdu cericip burung.

Tapi aku bukan mereka.
Aku cuma wargamu yang kecil.
Namun kau seharusnya tahu,
Kau adalah aku.
Kerana kau adalah nyawaku.

Dari atas jambatan,
kulihat Kuala semantan dari kejauhan.
permukaan yang berwarna emas itu diterjah sinar matahari
terpancar kilauan cahaya yang bermanik-manik seperti tasbih
terasa dekat sekali
bagaikan boleh disentuh dengan jari

Kuala semantan
Tak ada Nil yang lebih agung darimu
Tak ada Gangga yang lebih suci darimu
Kerana itu di dunia ini kau cuma ada satu

Sekali angin menghembus Beringin dan jati tua,
Nyamannya terasa sepanjang usia.
Itulah angin yang melambai pulang di saat ku jauh.

Dari atas jambatan itulah,
Kulihat awan membiru
dan pelangi tersenyum kepadamu.

Pasti kau sudah tahu sekarang,
Kau adalah aku.
Kerana kau adalah nyawaku.


Kalau dilihat dari segi sejarah, memang anak-anak semantan kebanyakkannya sudah pun menjadi tokoh dalam dunia sastera dan seni ini. Antaranya Ishak Haji Muhammad ( Pak Sako ) , Sudirman, Zuhir Bin Haji Saari, Dr Amirudin bin Haji Mansor, dan pahlawan-pahlawan Melayu Pahang seperti Dato Bahaman.

Mungkin masih ada sisa-sisa anak semantan yang berbakat dan mempunyai pemikiran yang sama seperti tokoh-tokoh yang aku sebut tadi.

P/s : sebelum daerah ini dikenali sebagai Temerloh, ia dikenali sebagai Semantan.



Followers