klik !

Tuesday, 5 June 2012

Tudung + Skirt

Berjalan-jalan di hujung minggu memang syok. Lebih-lebih lagi waktu malam, bahang nya kurang. Dengan musim cuti sekolah, ramailah orang datang bercuti ke bandaraya bersejarah. Jalan jem dengan kereta n bas pelancong. Aku yang menaiki motor membonceng rakan memandang sekeliling.

Meriahnya lah suasana. Tapi, sesampainya di satu traffic light, ternampak seorang awek menunggang motor pakai skirt. Itu dah biasa. Yang tak menjadi biasa nya, bila aku perasan beliau ni bertudung. Aku bertanya dalam hati , " Eh, bertudung tapi pakai skirt? ". Apa nak dikata, memang betul bertudung lepas aku pandang betul-betul. Muka Melayu berkulit sawo matang. Berdekah juga lah aku kat atas motor. Member aku menyumpah-nyumpah. 

Gambar Hiasan

Selalu dengar orang bercerita dalam internet jek. Kali ni jadi depan mata. Fesyen terkini agaknya. 
Kah3..

P/s : pasni trend pakai kopiah dengan seluar pendek nampak lutut pulak ke?


2 comments:

Syakir Rahman said...

die terlupa nk pakai sluar jeans la tuh....kah3.... XP

amy azuha said...

pelik betul fesyen camtu huhu

Followers