klik !

Thursday, 7 June 2012

Lukisan Kehidupan

Menempuh liku-liku kehidupan adalah satu cabaran . Setiap orang pasti ada sesuatu impian yang dikejarkan. Tak kisahlah apa sekalipun impiannya, pastinya ke arah kebaikan diri sendiri. Setiap manusia menerima cabaran kehidupan lain-lain, terima rezeki lain-lain, kisah silam lain-lain, dan sebagainya. Sebab tu kadang-kadang kalau kita rasa kita susah, ada ramai lagi yang lebih susah dari kita. Jika kita rasa kita hebat, ramai lagi yang lebih hebat dari kita. Kita hanya perlu berusaha, berdoa dan bertawakkal. Bersyukur atas nikmat yang dikurnia-Nya . Jangan sesekali kita kecewa jika impian kita tak tercapai atau gagal. Pasti ada hikmahnya.

Hidup ini ibarat roda. Kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah. Apabia kita di atas janganlah kita lupa orang di bawah, dan jika kita dibawah janganlah kita berputus asa. Bukannya senang nak senang, dan bukan susah nak susah. Kuncinya adalah mencuba , jika gagal kita cuba lagi. Kerana orang yang gagal sebenarnya adalah orang yang berhenti mencuba. Cuba kita tanyakan golongan-golongan yang sudah berjaya di dalam dunia ni. Bukannya sehari mereka terus berada di sana, berbagai dugaan dilalui sebelum berada di tempat mereka sekarang. Sebab kegagalan itu memberikan tunjuk ajar dan memberi pengalaman baru kepada diri kita.



Berkisar kepada kehidupan aku, Alhamdulillah setakat ini aku masih lagi boleh "survive" dalam kehidupan. Mungkin aku tak semewah sesetengah rakan aku yang lain, tapi aku cukup makan. Jika mereka bermewah dengan wang mak ayah mereka, aku berbangga makan di kedai hasil usaha aku sendiri. Satu kepuasan dalam membelanjankan hasil usaha sendiri. Aku sekarang buat bisness di kolej U aku menjual makanan. Alhamdulillah, semakin hari semakin mendapat sambutan. Jika dulu bermula dengan hot dog, lepas tu sandwich, sekarang sudah ada spagetti, nasi goreng kampung, nasi goreng cina, nasi goreng pattaya, air tin, buah tembikai merah, n tembikai susu. Satu perkembangan yang menarik dan satu kepuasan bila kita lihat sendiri hasil usaha kita bertambah besar.

Nampak banyak , tapi sebenarnya untung tak adalah banyak mana. Kalau setakat menampung kehidupan aku sebagai seorang mahasiswa ni dah mencukupi. Lepas lah nak makan, nak bayar sewa rumah, nak bayar yuran, bayar baju kelab, keluar dengan kawan-kawan n sebagainya . 

Setiap orang ada ceritera kehidupan mereka sendiri. Aku cuma selitkan cebisan kehidupan aku sekarang ni.

Yang penting kita berusaha, menuju ke arah yang lebih baik dan janganlah kita lupa diri jika satu hari nanti kita berjaya.



1 comment:

caliph shuriken said...

smoga trus sukses ^^

Followers