klik !

Thursday 17 May 2012

Sembang Sejarah

Assalammualaikum....

Entry kali ni adalah berdasarkan apa yang aku dan kawan-kawan sembang sambil "ngeteh-ngeteh" tadi. Bercakap pasal sejarah yang mana kami tahu. Aku minat sejarah sebab sejarah adalah sesuatu yang boleh di teliti agar perkara yang buruk tidak berulang kembali. Bak kata pepatah "Tak nak pisang berbuah dua kali ". Kalau yang minat sejarah ni juga biasanya jenis yang selalu memikirkan tentang keadaan semasa negara ( pada pemerhatian aku la ).

Berbalik kepada apa yang kami sembangkan. Negara yang menggunakan bahasa luar dalam pertuturan mereka. Contohnya negara Brazil menggunakan bahasa Portugis, bahasa Sepanyol di gunakan di Mexico n Venezuela, dan kalau tak silap negara Austria menggunakan bahasa Jerman. Kalau dilihat dari segi geografi , kedudukan Brazil jauh dengan negara Portugal tetapi bahasa Portugis di gunakan oleh mereka. Ini adalah di sebabkan kesan penjajahan. Aku tak pasti sama ada negara yang menggunakan bahasa luar ni ada bahasa mereka sendiri atau tidak. Jika ada, maknanya bahasa mereka telah pupus sama sekali. Bahasa penjajah di guna pakai sehingga pupus bahasa sendiri. Kalau di fikir semula, memang dahsyat kesan dari penjajahan ni.

Dulu semasa Tanah Melayu di jajah, Jepun pernah cuba melakukan perkara yang sama. Mengajar bahasa dan tulisan mereka kepada penduduk tanah Melayu. Mungkin mereka cuba buat seperti mana Portugis lakukan di negara-negara yang aku sebut tadi. Semasa Portugis menjajah Melaka, aku tak pasti diorang buat atau tidak. Yang penting kesan dari penjajahan di Melaka, banyak gereja didirikan. Aku yang sekarang sedang menetap di Melaka perasan memang banyak gereja-gereja lama di bandar Melaka ni.

Kalau tengok hari ni, kita masih lagi menggunakan bahasa ibunda kita iaitu bahasa Melayu. Ini bermakna kesan penjajahan dalam bahasa tidaklah begitu dahsyat. Tetapi, tadi aku terfikir, memang lah bahasa Melayu tak hilang, tapi tulisan asal kesusasteraan Melayu dah semakin hilang. Tulisan yang aku maksudkan adalah tulisan Jawi. Jika dulu kita gah dengan tulisan Jawi, kini tulisan jawi semakin lama semakin dilupakan. Tulisan Jawi mula hilang sejak merdeka. Sampaikan kalau kite tengok orang Melayu sekarang ni, kalau kita suruh dia eja nama sendiri dalam tulisan jawi pun ada yang tak mampu buat. Ini menunjukkan kesan dalam bidang kesusasteraan. Mungkin ada pihak-pihak tertentu cuba menaikkan semula tulisan jawi ni, tapi tak mendapat sambutan daripada orang Melayu sendiri. Mungkin sebab kita di ajar dari sekolah tulisan rumi adalah tulisan yang di guna pakai dalam semua hal. Jadi, minat dan kecenderungan kepada tulisan Jawi tidak ada .


Ada juga antara cikgu sejarah aku kata penjajah sengaja menghapuskan tulisan jawi supaya orang Islam tak pandai atau susah belajar membaca Al-Quran. Sebab tulisan jawi adalah daripada tulisan arab . Benar atau tidak kenyataan guru aku itu Wallahhualam. Tetapi  benda tu tak mustahil kalau kita tengok sebab mereka menjajah kerana "Gold", "Gospel", dan "Glory".

Aku secara peribadi merasakan mungkin tulisan jawi ni tidak lagi akan di agungkan macam zaman dulu seiring dengan negara kita yang sedang membangun ni, Tetapi, apa yang aku harap, sekurang-kurangnya setiap orang Jawi ( Melayu ) ni mampu membaca dan menulis Jawi sudah cukup . Supaya tulisan ini terpelihara dan tidak pupus. Amin.

P/s : Orang Cina tak pandai baca tulisan cina satu kemaluan bagi bangsa cina, Orang India tak pandai baca tulisan tamil satu kemaluan kepadanya, Bagi orang Melayu kalau tak pandai membaca jawi juga adalah satu kemaluan besar bagi nya..


1 comment:

Leysa JL said...

yeah, meh belajar tulisan jawi :)

Followers