klik !

Saturday 17 March 2012

Batu API




Assalammualaikum

Hidup ni ada maruah. Hidup ni ada tujuan . Hidup ni ada matlamat.

Jangan kita menjadi batu api kerana akan menyemarakkan rasa marah seseorang itu kepada seorang yang lain. Tak kisahlah batu api kepada seagama, sebangsa, atau senegara . Ingat kita akan mejadi perhatian oleh manusia lain yang sentiasa memerhati. Tak malukah kita kalau di kenali sebagai manusia yang mempunyai perbuatan terkutuk tersebut? Perkara macam itu akan memakan diri sendiri, dan ingatlah bahawa Allah SWT itu adalah Maha Mengetahui. Jangan kita menjadi antara punca manusia sering bertelagah.

Hidup ni sekejap jek, tak lama. Bila-bila masa Allah SWT boleh menamatkan riwayat kita. Jangan kita ingat kita lah yang terhebat , termasyhur termantap di muka bumi ni. Jangan nak tunjuk yang kita ni betul dalam semua hal, jangan nak tunjuk yang kita ni hebat bila memburukkan orang lain. Sedangkan diri kita sendiri banyak lagi benda nak diperbetulkan. Kita ni hanya hamba yang lemah dan hina di sisi Allah SWT.

Sekadar menulis apabila melihat dunia hari ni semakin hari semakin ramai yang menjadi batu api atau menjadi hero padahal tanpa sedar apa yang dia buat sebenarnya begitu menjelekkan dan mampu menjadi fitnah. Kita ada akal kita boleh fikir. Wallahhualam.

Segala yang buruk itu datang daripada kelemahan diri saya, dan yang baik itu semuanya datang dari Allah SWT. Semoga kita sentiasa mendapat keredhaanNya .

Amin

2 comments:

Dalila Samsudin said...

Kadang kita pun tkut juga kita ni yg sbnrnya jadi Batu Api . Minta2 dielakkan lah .

JOM JOIN ! Untuk Mengenang kembali zaman kanak2 kita ! And menaikkan lagi rasa kasih pada Kanak !. http://dalilamimi-mimiepotpet.blogspot.com/2012/03/segmen-jom-kongsi-kisah-zaman-kanak.html

Ayen... said...

memang x bagus klu ade sifat gitu walau hakikatnye ramai dah skrg ni jenis gitu kan,huhu...batu(keras) api(panas),ish...mintak jauhlaa.

Followers