Tadi aku keluar cari barang berniaga. Mata jadi panas jek kalau tengok ada umat Islam yang tak hormat bulan Ramadhan ni. Duduk belakang lorong, minum dengan selambanya. Bukan lorong tertutup, lorong terbuka pulak tu. Mana maruah korang weh? Malu lah kat Cina-cina n India-India yang bukak kedai kat situ. Maknanya, korang oramg Melayu sama jek dengan Cina n India tu. Diorang pun tak puasa. Tak menggambarkan ko tu Islam. Lepas tu ko maki Cina n India tak pose lah, makan depan orang puasa lah. Sedangkan orang Melayu Islam pun tak tunjuk contoh dekat bukan Islam. Macam mana tu? Malu lah. Apa cerita weh? Kalau tak puasa pun, jangan lah tunjuk terang2. Malu lah sikit. Malu kan sebahagian daripada iman. Susah sangat ke nak pose? Tak susah pun. Budak darjah 3 pose pun tak mati inikan pulak korang yang besar panjang. Aku pun tak adalah baik mana, tapi tak adalah sampai ke tahap macam tu.
Tak puasa tu satu hal, lagi panas kalau tengok ada minah-minah Melayu yang free hair. Free hair di tambah dengan kaler2 cap rambutan. Warna merah la, biru la, perang lah, kuninglah. Nak sangat ke jadi macam mat Salleh? Diorang tak ingin pun jadi macam korang. Yang korang nak tiru sangat tu kenapanya? Panas bai.. Orang Melayu sendiri macam tu. Lebih-lebih lagi yang letak stiker persatuan kebajikan la, persatuan agama lah, persatuan silat lah. Bawak perempuan kaler rambut + pakai legging jugak. Tak payah nak tampal stiker persatuan baik2 lah kalau korang pun mengangkut hantu rambut perang.
Memang Melayu tak hilang di dunia. Tapi apa guna tak hilang di dunia kalau kehadiran tidak dirasa? Nasib baik orang2 Melayu kat Malaysia ni beragama Islam, kalau tak beragama Islam lagi teruk aku rasa.
P/s : Sabo je lah bulan2 pose ni.
10 comments:
MELAYU = OMPUTIH
rambut kaler cap rambutan..haha...
Memang betui sangat cakap awok tu...ramei yang x puasa nye...
entah yee,,, ermmm,,, katenye pahala aurat n pose lain,,,,,, entahlerr,,,, baek bogel je terus,,, lebih kurang je kan,,,, tak cukup kain,,, yg pening skang ni org pakai tudung sbb fesyen je,,, aduhai kan????
meLAYU akan terus LAYU kalau asyik nak tiru orang je keje ! =.=
toi3..hormat la sket bulan pose nie kan
dak semantan ke nie?koi pong same gak dak semantan gak=p selamat berkenalan
haha . mat salleh celupp jee . ;D
isk sedih dengan orang melayu sekarang actually :|
ru la org melayu..asik kutuk jew...ppuan kne la di bimbing sow2..jgn la asik tindas dowg jew...xsume ppuan cmny jhat taw..cume dorg xde spe nk bimbing..so jgn keje nk tindas jew..xelok k..org kte jgk kn
Aduuuhhhhh!!!!!kurang doh ckit pahale pose kwn arini sbb 'tertengok' gambo makwe tu,huhuhu....
Ina - Tak semua,.. tapi kerana nila sesuku belaga ,rosak susu sebelanga.
Eddy - Ye ngat. Aok x caye aok g nengok dekat jalan bahagia nu..port kat kedai mamak.
MIF - Niat dah lain. Memang jadi macam tu.
Salmiza - Nak tiru boleh, tapi yang baik2 je la..yang tak baik tu kita patot jauhkan.
Denesor- Salam perkenalan..:-)
Aida - Mat salleh pun tak nak jadi macam diorang.
Sudeh - Aku pun sedih jugak..:-(
ade2mama - Ini di tujukan kepada mana2 umat Islam yang terasa..kalau kita tak salah, tak perlu rasa apa2..masing2 dah matang, boleh fikir mana baik mana buruk..:-)
Ayen - Alamak bro,,,..sory lah..smalam hati tengah panas....haha
Post a Comment