klik !

Sunday, 7 August 2011

Salah siapa??

Baru-baru ni kita dikejutkan dengan satu kes yang mana pihak JAIS ( Jabatan agama Islam Selangor ) telah menyerbu sekumpulan umat Islam berbuka puasa di gereja Methodist Damansara Utama. Berbuka puasa di gereja??? Kenapa jadi macam tu? Ada ura-ura mengatakan ada cubaan untuk memuradkan umat Islam. Dan yang lebih dahsyat lagi katanya penganjurnya adalah orang Melayu ( namanya masih Islam ). Kita tak tahu apa niat sebenar mereka. Sama ada ingin menjalin kan hubungan diplomatik dengan gereja ke, atau memang saja-saja seronok ke, itu tak dapat nak di pastikan. Ini antara komen peserta yang menghadiri majlis itu :

"dia menghadiri Majlis Gereja itu lebih setahun lalu selepas dibebani pelbagai masalah kewangan.Pelbagai bantuan saya terima,syaratnya,saya harus menyertai setiap program termasuk minum sejenis air.Sehingga semalam,sudah tiga kali saya dipanggil Jais utk beri keterangan krn menyertai kumpulan ini,tetapi secara jujur,kumpulan ini byk berjasa kpd saya dan tiga anak saya,malah sehingga kini mereka sudah memberi kan bantuan lebih RM 20,000 kpd kami. Apa yg saya tahu 100 ibu tunggal beragama Islam seperti saya mengikuti kumpulan ini serta menghadiri setiap majlis yg diadakan di Gereja Methodist Damansara Utama ini,katanya yg ditemui di luar Gereja itu"

Duit? Air apa? 100 ibu tunggal? Apa ni? Kenapa bulan Ramadhan yang mulia perkara2 macam ni yang jadi?

Jika benar kerana duit, apakah duit zakat yang dikutip berjuta2 setiap tahun tak di gunakan dengan sewajarnya? Tak salur dengan baik ke duit zakat? 
 
Air apa? Air apa pulak yang wanita tu maksudkan? Jika benar kenyataannya tu, pihak berkuasa haru siasat dengan segera . Apakah tujuan, fungsi air itu diberikan.

100 ibu tunggal? Ibu tunggal biasanya memang mengalami masalah kewangan sebab tak ada tempat bergantung. Yang paling pelik kenapa ketua penganjurnya adalah daripada dalam kalangan umat Islam sendiri??

Serbuan yang dibuat JAIS adalah hasil aduan daripada orang ramai. Yang tu aku puji apabila ada umat Islam yang berani melaporkan kepada pihak berkuasa. Yang menjadi persoalannya sekarang, kenapa umat Islam yang susah ni tidak terbela? Tidak mendapat bantuan sewajarnya? Aku ada jumpa satu petikan berita dari akhbar :





SEREMBAN: “Saya tiada pilihan melainkan menerima bantuan makanan dan wang daripada pihak gereja,” kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Nur, 40, yang mendakwa sering mendapat cemuhan segelintir pihak kerana mendapat bantuan daripada gereja untuk menyara kehidupannya sekeluarga.

Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, dia kini tidak dapat bekerja kerana menghidap pelbagai penyakit, terutama asma, kencing manis, darah tinggi dan buasir.

“Saya sedar tidak sepatutnya menerima bantuan daripada gereja, namun saya terdesak kerana memikirkan hidup anak yang mahu bersekolah dan makan. Oleh itu, saya terpaksa mengambil bantuan itu,” katanya ketika ditemui di rumah di Ampangan, di sini, semalam.

Nur yang pernah bekerja sebagai pembantu akaun mendakwa, dia terpaksa berhenti kerana masalah penyakit itu dan pernah beberapa kali pergi ke jabatan berkaitan, namun dicemuh umpama peminta sedekah.

“Saya sedih kerana pihak berkenaan yang sepatutnya membantu enggan melayan saya, sebaliknya saya ditolak ke sana sini hanya kerana bantuan berjumlah RM70.

“Yang membuatkan saya sedih adalah ketika mengenangkan nasib anak yang kadangkala tidak makan, malah yuran tuisyen dan sekolah mereka juga sudah lama tertunggak,” katanya yang reda dengan keadaan itu.

Menceritakan bagaimana dia berjumpa seorang pendakwah gereja, Nur mendakwa, dia disapa oleh wanita berkenaan April tahun lalu ketika dia kesedihan kerana permohonan untuk mendapatkan bantuan tidak berjaya.

“Dia (pendakwah gereja) kemudian menyarankan saya mendapatkan bantuan gereja milik mereka iaitu barang makanan berserta wang tunai.

“Saya tiada pilihan, malah hampir setahun saya menerima bantuan itu. Pihak gereja yang lebih inisiatif untuk tampil membantu nasib wanita seperti saya,” katanya.

Dakwanya, setiap bulan pihak gereja membawa keperluan harian ke rumahnya, malah selalu menghubunginya untuk bertanyakan jika mempunyai masalah lain.

“Saya dan anak turut ditawarkan untuk tinggal di asrama mereka, malah mereka berjanji untuk membantu menyelesaikan yuran tuisyen dan sekolah anak.

“Namun, sampai bila saya dan anak harus mengharapkan bantuan pihak gereja, sedangkan saya beragama Islam,” katanya.

Menurutnya, dia berharap ada sinar di penghujung hidupnya dan anaknya untuk mendapatkan bantuan daripada pihak tertentu.

“Jika mampu bekerja, saya akan cuba menyara hidup ini, namun Allah masih sayangkan kami apabila saya diuji dengan pelbagai ujian hidup,” katanya -myMetro

Mereka menyertai kegiatan keagamaan berkenaan secara senyap-senyap di premis persendirian termasuk rumah kedai dan dewan komuniti, bukan saja di Lembah Klang, malah pergerakan ‘bawah tanah’ ini sudah berkembang di seluruh negara termasuk di Kelantan dan Terengganu. Kebanyakan mereka terdiri daripada kaum Melayu dan golongan mualaf yang menyertai kumpulan berkenaan disebabkan kesempitan wang untuk menyara diri dan keluarga serta gagal mendapat bantuan daripada pihak berwajib. Ia didedahkan sendiri seorang wanita Melayu yang mengikuti kumpulan itu sejak lebih setahun lalu, selepas dibelenggu masalah kewangan sehingga tidak mampu membiayai keperluan seharian. Katanya, pendakwah kumpulan berkenaan membantu mereka dengan memberi seberapa banyak wang diperlukan dan selepas itu, mereka memujuk individu yang sudah diberi bantuan menyertai program keagamaan mereka.

Kenapa jadi macam ni? Wang zakat banyak di gunakan nak buat bangunan ke? Bagi aku, wang zakat yg dikutip mesti sampai pada golong asnaf dengan mudah..buang procedure yg menyusahkan pemohon. Buang semua procedure yang melambatkan dan melecehkan permohonan . Pegawai2 mesti lebih kerap turun padang. Pastikan wang yang di salurkan betul2 sampai kepada yang benar2 memerlukan dan yang layak menerimanya.

Bila masalah macam ni timbul. Sebenarnya kita tak boleh nak mula tuding sana tuding sini. Tapi, kita tengok dulu umat islam yang ada pada hari ni sendiri tak melaksanakan hukum Islam dengan betul. Umat Islam sendiri tak berpegang teguh pada agamanya . Ya, memang ramai yang akan sangsi dengan gereja n orang Kristian. Aku bukan nak pertahankan diorang, tapi diorang turut ada cara mereka sendiri dalam sistem dakwah mereka. Tapi, kita yang duduk dalam negara yang majoritinya umat Islam ni, tak mampu ke nak tangani perkara2 macam ni? Kenapa ? Kebanyakkan mangsa2 semuanya dari golongan orang2 susah. Kenapa ya jadi macam tu? Kita kena muhasabah diri kita semuala. Kalau ada orang Islam yang tahu akan perkara ni, tapi masih boleh tersenyum dan tak memikirkannya, aku tak tahu nak cakap. Mungkin ada yang cakap "ah, lantak lah", "ah ni semua politik jek", ah, ada aku kisah ?". Bila ada pemikiran macam ni lah sebenarnya yang akan menyebabkan perkara2 macam ni berulang. Harap2 pihak berkuasa yang dulu tutup mata bangun lah kembali. Jalankan tanggungjawab dengan baik. Pastikan perkara yang tidak diingini ini tak berulang lagi..



.
P/s : Tiba-tiba rasa bersalah sebab aku pun orang Islam. Wallahhualam.....

4 comments:

ade2mama said...

ny la org islam kte..ble org ssah xnk tlg..ble org tu time bntuan gereje..xtime..da dye da trpkse..

bg aku..ppuan tu xslh..tpy yg slh..pihak yg sepatutnye bg bantuan tu,.dye btpe????

maen mercun kew:P
hehehe..

Salmiza S. said...

kdg2 kefakiran blh menjerumuskan kta ke lmbah kefasikan dn kdg2 kemewahan blh mnjerumuskan kte ke lembah kehinaan :D mintak dijauhkan ~

Unknown said...

hish..bhye nyer..takot !!!

Contramen said...

salam, terjumpa artikel ni..
saya cuba komen dengan ringkas dan harap kita sama2 kaji perkara ni - pembahagian zakat di malaysia.

Sekian terima kaseh.
wasalam.

Followers