Tuesday, 12 July 2011
Ambiga! Ambiga! Ambiga! Asyik nama tu je aku dengar
Di sentuh kembali perjuangan Ambiga di dalam IFC. Si TOLOL di dalam facebook pula menyebarkan semahu mungkin perihal Ambiga dan IFCnya. Seolah-olah baru maklum siapa Ambiga dan kariernya. Sebelum ini, tidak dipeduli perihal MURTAD, perihal Lina Joy, perihal tuntutan IFC, perihal Ahli Parlimen UMNO Barisan Nasional menyokong IFC, perihal Ahli Parlimen UMNO Barisan Nasional menempelak JAWI atas serbuan dan tangkapan artis Jeslina Hashim. Masing-masing kononnya mendabik dada dan berkata : "Akulah pejuang Islam Tulen! Akulah penyelamat maruah Melayu!" Untuk golongan seperti ini, ingin aku bertanya kepada kalian semua;
Di mana suara kalian bilamana undang-undang MURTAD tidak dibentang dan digubal di Parlimen oleh UMNO Barisan Nasional selepas mereka berkuasa sejak MERDEKA?
Di mana suara kalian bilamana seorang bekas menteri UMNO BN berkata : "Kenapa perlu risau mereka yang MURTAD, kerana setiap hari ada yang memeluk agama Islam."
Di mana suara kalian bilamana jawapan balas dari Jamil Khir Baharom di Dewan Rakyat perihal statistik mereka yang MURTAD di setiap negeri?
Di mana? di mana? dan dimana?
Adakah kalian hanya bersuara tanpa menyelidik dahulu kisah-kisah sebelumnya? Atau hanya mengikut-ngikut mereka yang lain? Ambiga itu bukan Melayu, Hindu, bukan Islam. Beliau merupakan Bekas Presiden Majlis Peguam (Bar Council). Segala tindakan beliau melalui IFC dan kes Lina Joy mengikut saluran perlembagaan. Siapa yang bikin perlembagaan ini? Siapa yang tidak membentang dan menggubal undang-undang MURTAD di Parlimen setelah diberi kuasa berpuluh-puluh tahun? Masakan kalian tidak tahu. Dengan undang-undang yang sedia ada itulah digunakan oleh Ambiga untuk kes Lina Joy dan memperjuang IFC.
Persoalannya;
Kemana Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM)? Masih sibuk dengan Halal atau Haram Bir Barbican ke?
Ke mana Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)? Masih sibuk mencari dalil mengharamkan ESQ?
Kemana Jabatan Agama Setiap Negeri? Sibuk mencari dalil menyatakan demontrasi itu haram?
Kemana suara mufti-mufti setiap negeri? Sedang sibuk memfatwakan Poco-poco itu haram? Atau sedang sibuk menelaah kitab mencari hukum mengHALALkan segala kezaliman PEMERINTAH? Atau juga sibuk mengharamkan pernikahan di dalam masjid?
Kemana pula Menteri-menteri yang memegang tampuk kuasa pemerintahan Malaysia? Bukankah majoriti mereka ini dari UMNO dan beragama Islam? Bukankah kalian mempunyai suara majoriti di dalam Parlimen untuk menggubal undang-undang? Atau adakah mandat yang diberikan oleh rakyat kepadamu selama ini hanya dihabiskan dengan memikirkan ke negara mana akan aku lawati bersama keluarga, berkira-kira mengahwini artis muda yang mana, atau sibuk memikirkan pembahagian projek sesama kroni?
Mereka yang kutanya ini berkuasa. Mereka memiliki autoriti untuk mengubah sistem sedia ada. Tetapi kenapa mereka tidak melakukannya. Apa yang aku nampak pihak yang berautoriti di Malaysia ini terutama jabatan-jabatan agama hanya bersuara dalam isu-isu tertentu. Walhal bersepah perkara HARAM yang tidak diHARAMkan. Konsert melalaikan sana sini, dijemput pula ikon Gay Adam Lambert ke Malaysia, merestui pula Konsert Jom Heboh, merelakan pula majalah PORNO Mangga menguasai pasaran. Dimana suara mereka? Masih sibuk berfatwa fatwi isu-isu sampah? Poco-poco? Yoga? Bir Barbican? Atau kalian semua hanya berfatwa fatwi mengikut arahan KERAjaan? Oh, dunia, inilah yang dimaksukan oleh Sasterawan Rakyat, Datuk A. Samad Said sebagai Golongan CARMA (Cari Makan). Bersuara apabila diminta untuk bersuara.
Alangkah baiknya mereka yang berautoriti ini mengemaskini cara dakwah mereka kepada Muslim dan Non Muslim di Malaysia. Alangkah indahnya andai mereka ini menjaga kebajikan Saudara Baru yang memeluk Islam secara serius? Bukan hanya mengambil saksi syahadah mereka lantas membiarkan mereka terkontang kanting keseorangan dan kembali kepada agama asal mereka. Alangkah moleknya andai mereka ini menyediakan modul yang sebaik-baiknya bagi menjelaskan keindahan Islam, keindahan undang-undang ciptaan Allah SWT, menamatkan perihal Islamphobia dengan diskusi-diskusi perbandingan agama atau sekurang-kurangnya menjadi satu badan yang mantap dalam melahirkan generasi Muda Muslim yang taat dan faham kepada Agama. Jika mereka melaksanakan semua ini dengan sebaik-baiknya, nescaya kes Lina Joy Murtad ini tidak akan berlaku. Orang yang cetek akal terus menerus menyalahkan Ambiga. Walhal ia hanya seorang individu yang bertindak atas kapasiti perlembagaan. Lebih menarik, perlembagaan itulah yang digubal dan diluluskan oleh UMNO Barisan Nasional.
Monolog
"Apa nak jadi dengan engkau, Ambiga tu Kafir. Kau sokong Kafir buat apa?" Getus si TOLOL kepada si penyokong BERSIH.
"Wahai sifulan bin sifulan! Mengapa engkau begitu takut kepada Ambiga sedangkan kau tahu beliau mengguna pakai perlembagaan Malaysia yang digubal sendiri oleh UMNO Barisan Nasional untuk memperjuangkan kes Lina Joy dan IFCnya? Ambiga itu hanya seorang individu kecil jika dibandingkan dengan institusi-institusi Islamik (kononnya) yang telah kumaksudkan. Mengapa mereka semua ini tidak memurnikan undang-undang MURTAD di Malaysia? Mengapa mereka ini tidak berpadu tenaga dalam menegakkan hukum Allah di bumi Malaysia? Mengapa mereka ini beria-ia membantai Ambiga? Inilah masalah Umat Islam di Malaysia. Bila ada satu masalah, menyalahkan Kristian. Bila berlaku masalah yang lain, menyalahkan Yahudi pula. Bila berlaku masalah seterusnya, menuding jari kepada Bangsa China dan India pula. Inilah yang disebut oleh Maher Zain dalam lagu Awaken : "Yes it’s easy to blame everything on the west, When in fact all focus should be on ourselves" Memang mudah menuding jari kepada Ambiga, membantai Ambiga memperjuangkan kes Lina Joy, namun adakah kalian bertanya ke dalam diri, kenapa gejala murtad boleh berlaku di Malaysia. Apa puncanya. Bermula dari bila. Adakah sebab Ambiga? Atau sebab bermula dari Umat Islam itu sendiri."
"Ah, kau Fairuz. Dah terminum air kaki Ambiga la tu!" Terjah si TOLOL seterusnya.
"Astaghfirullah. BERSIH 2.0 dipengerusikan oleh Ambiga. Bersih 1.0 dahulu dipengerusikan oleh SYED SHAHIR. Seorang MUSLIM. Bersih 1.0 dahulu juga kamu tentang, Bersih 2.0 ini juga kamu tentang. Kenapa bila Syed Shahir mengepalai Bersih 1.0 tahun 2007, engkau tidak menyertainya?"
"Ah. Itu kisah lama. Ini Bersih 2.0. Tahun 2011. Sekarang ini Ambiga pengerusinya. Walaupun aku PAS, tetapi aku tak rela Pas menjadi Pak Turut Ambiga Laknatullah!" Si TOLOL meneruskan keTOLOLannya.
"Wahai sahabatku, aku menyokong Ambiga bukanlah kerana aqidah beliau, bukan pula kerana perjuangan IFC beliau, tetapi aku menyertai dan menyokong beliau kerana aku juga mahukan Pilihanraya yang BERSIH dan ADIL .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment