klik !

Thursday 5 May 2011

Seronok...

Tiba-tiba teringat kat kampung belah mak aku. Mak aku orang Raub. Hari ni aku teringatkan air terjun kat kampung aku di raub tu. Korang mesti selalu dengar lata jarum je kan? Ada satu lagi tempat yang menarik tapi kurang popular iaitu lata lembik. Lata lembik ni kalau daripada kampung aku dalam setengah jam je. Kalau nak ke sana, kena masuk ke dalam lagi sampai jumpa perkampungan orang asli. Kat situlah adanya lata lembik. Zaman kecik-kecik selalu jugak pergi, tapi sekarang dah lama tak pergi, rasa rindu pulak. Masa kecik-kecik dulu selalu tengok Pak Ngah aku memancing kat situ. Kitorang buat BBQ keluarga lah lebih kurang. Kalau dulu tengok airnya memang jernih sampai boleh nampak ikan berenang. Yang paling aku ingat masa dulu-dulu kat sini,  aku nampak ada orang tengah mandi manda dalam hujan lebat dibawak arus laju. Lepas tu ada sorang mamat ni ( orang asli rasanya ) terjun selamatkan . Dahlah arus laju gila, tapi mamat tu selamba jek menyelam selamatkan perempuan tu. Time tu dah macam dalam filem. 2-3 minit tunggu, akhirnya mamat tu muncul semula kat permukaan air bawak perempuan tu naik ke darat. Lepas tu aku dah lupa sebab masa kecik-kecik kan macam di "ignore" dalam kes-kes seriez macam tu..Yang aku ingat pak cik aku cakap, sape soh mandi time hujan lebat, arus pun lebat le ( yang sedih time tu kitowang pun cancel nak mandi sebab hujan )...haha...

Pintu gerbang ke lata lembik

seronok jek


 Tapi Pak ngah aku cakap sekarang lata lembik ni dah tercemar sikit kesan daripada aktiviti balak. Sedih rasa bila tempat yang lawa macam tu rosak kerana kerakusan dalam pembangunan. Balak-balak yang ditebang tanpa kawalan menyebabkan kesan kepada alam sekitar. Sedih pun ada. Aku tak pasti pembalakan di kawasan tu ada lesen atau tidak, tetapi yang pasti kesannya dah megubah landskap semulajadi kawasan tersebut. .

4 comments:

Adib Syazwan said...

kas nok mandi jugok yak

Ayen... said...

tu yg kwn malu ngan negeri sendiri sbb beso saje tp x reti nak membangunkan tempat2 gini.negeri lain kecik je tp byk tempat2 yg boleh buat pelancong nak dtg....

Op Anaz said...

Btoi te...Pahang ni kalau pengurusan negeri betul dan tulus, banyok yang amat hasilnya..Banyok benda kat Pahang ni hok yang tok diketengohkan...

arasewel said...

lorh! lata lembik. haha. sllu pegi waktu kecik dulu. sekarang dah takde org. ada pown, yang kapel2 jew. huh! =.='

Followers