klik !

Monday, 18 April 2011

macam mane ni?

Pasukan bola sepak Pahang telah berjaya menunjukkan prestasi yang baik pada awal musim liga super 2011/2012. Sehinggakan pasukan Pahang mampu mara ke separuh akhir piala FA yang mana akan bertemu dengan pasukan Terengganu pada bulan 5 nanti. Tapi sejak kebelakangan ini, prestasi pasukan Pahang semakin merosot. Dalam 5 perlawanan terakhir, pasukan Pahang hanya mampu seri 2 kali dan kalah sebanyak 3 kali. Apa dah jadi ni Tok Gajah. Yang menjadi isunya sekarang, fans pasukan Pahang dah terbahagi kepada 2. Satu pihak mahukan perubahan dalam pentadbiran Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNB) yang mana mahukan pengurus dan jurulatih bertanggungjawab sepenuhnya mungkin dengan cara meletakkan jawatan. Manakala puak Elephant Army Ultras tidak mahu merombak semula pengurusan pasukan Pahang dengan alasan memberikan peluang kepada pasukan untuk berubah. Lagi satu puak yang berpengaruh iaitu Tok Gajah.com mengambil langkah mendiamkan diri. Tidak memberi sebarang kenyataan tentang isu ini. Penyokong-penyokong pasukan Pahang sendiri tidak bersatu. Dah banyak puak lak dalam kalangan penyokong. Aku pun duduk kat tengah-tengah. Tapi aku rasa better untuk merombak kembali pengurusan sebab kalau kita tengok, sejak dua menjak ini alasan yang diberikan oleh jurulatih Pahang iaitu Dollah Salleh tentang kekalahan pasukan yang berturut-turut ini adalah kerana pemain-pemain utama cedera. Aku sendiri tak boleh terima  alasan ini sebab itu dah menunjukkan kegagalan dalam melahirkan pemain-pemain yang berkualiti tak kisah lah pemain simpanan ke pemain utama. Masih sempat untuk merombak sementara liga berada di tengah-tengah musim sekarang ni. Lagi pun untuk kebaikan semua . Apa salahnya kalau kita lakukan perubahan? Kita tengok macam mana. Memang orang Pahang ni tak leh bersatu gamaknya,Kalau tengok sejarah negeri Pahang pun memang ada perang saudara antara orang Pahang sendiri. Sejak dari dulu memang orang Pahang takkan bersatu gamoknya. Macam mana negeri Pahang nak maju .Sedih memang lah sedih , tapi nak buat macam mana, suara aku ni hanya suara kecil. Siapa la nak dengar.
Pendesak menggunakan logo PBNB
Elephant Army Ultras (EAU)

Tok Gajah.com












P/S : Hanya pandangan peribadi. Tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.

7 comments:

wanUSJ said...

3 puak la pulak penyokong Pahang nih.. dasattt!

nurAMALLINA said...

pahang, pahang, pahang. aku anak pahang!

adib syazwan said...

pahang oh pahang...~

Pemilik Pokok Mangga Depan Rumah said...

5 game tanpa kemenangan..boleh jadi lalang mcm ni weh.. -mengharapkan kebangkitan-

op anaz said...

adib- Bior menang ke kaloh ke koi tetap sokong..ye dok?
PPMDR- InsyaAllah..bleh bangkit..same2 do'o...

kudabesi said...

tak guna kita nak bergaduh sesama penyokong, bagi yg menyokong rombakan..buatlah banner ke datang ke stadium ke..sambil support team, sambil tunjukkan statement

bg TGC, memang bagus berdiam diri lg pun apa guna nak kasi hangat. hubungan FA ngan TGC pun baru nak nampak elok awal musim nih. FA jemput TGC ke pelancaran jersi baru 2011.

EAU pulak mendukung prinsip berkecuali dan semamangnya ultras tak nak terlibat dgn politik wpon politik berpersatuan. mcm Ultras Malaya la wpon ada geng yg mintak reform FAM dulu2, tp benda nih tak pernah jd official statement pun.

SOkong aje la, kita yg duk jauh kat lipis nih dapat nyokong cara online jer. nak pergi stadium banyok belanja tu, gaji pun tak masuk lagi

op anaz said...

btol la kate wokme te..

Followers